Wednesday, August 11, 2010

Puasa 1: Alif Ba Ta

Aku rasa aku ketinggalan mendengar lagu-lagu dari the previously known as Cat Stevens, aku cuma kenal Yusuf Islam melalui lagunya Alif Ba Ta,
Alif for Allah, nothing but Allah
Ba is the beginning of Bismillah
Ta is for (tak ingat)
Sa is for (tak ingat)
dan seterusnya hinggalah ke Ya.


Itupun masa itu aku dah pun berusia 16 tahun.

Jadi selain dari lagu bahtera merdeka, sepohon kayu daunnya rimbun, iqraq, aku juga senang dengan lagu alif ba ta oleh Yusuf Islam.

Selepas aku kenali internet barulah aku tahu bahawa Cat Stevens itu adalah Yusuf Islam, yang pernah bertanggapan bahawa dunia kemasyhuran adalah tuhan, duit adalah segala-galanya, yang pernah kena sakit TB, yang pernah mempelajari ajaran Buddha dalam pencariannya, dan yang telah dihadiahkan sebuah Al-Quran oleh abangnya yang non-muslim.

Janggutnya yang merimbun membuatkan aku teringat kepada cerita-cerita Arab yang biasa ditayangkan di kaca tv di bulan ramadhan. Kisah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tidak pernah aku terfikir yang dia adalah seorang warga Britain.

Sesungguhnya Islam tidak menukar kewarganegaraan seseorang, cuma ia menukarkan jatidiri seseorang dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta. Itulah yang lebih berhak.

Bagi yang berminat nak tahu transisi islamnya Yusuf Islam, bolehlah lawat ni.

Terima kasih kepada nidus2 atas kesudiannya follow cerita kosong maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

Mr PenyuBiru said...

tazkirah yg menarik di bualn pose ni.insaf..

HEMY said...

lagu cat stevens takde irama or melodi yg catchy sangat..tp lirik dia naisss

julietchun said...

rasanya raihan penah berduet dgn diakan?

kella said...
This comment has been removed by the author.
kella said...

terima kasih maksu share semuani!

kalau perasan kan, dulu masa kita kecik2 tv selalu gak kuarkan lagu2 zikir, agama,yang boleh menjadi ikutan, mbuatkan kita terhafal dengan sendiri,
tapi
sekarang takda kan?

hmmm..

selamat berpuasa..

dan selamat berbuka puasa untuk maksu sekeluarga!

masak apa? :)

kella said...
This comment has been removed by the author.
makdara TERDIVA said...

lagu sepohon kayu memang nostalgia..maklumlah..sejak tadika dah tau lagu tu.. :)

Mak Su said...

mr penyu, saja jer, utk menghormati bulan ramadhan yang barakah ni :D

hemy ;)

julietchun, ada

kella, masih tak der idea nak masak lauk apa petang ni, ;)

makdara terdiva, lagu nasyid popular dolu2 :)

Cik Pah said...

cat steven.. lama tak dgr cite pasal dia kan.. camne dia skang ek?

fa10 said...

mak saya memang peminat Cat Steven, skrg dia minat Yusoff Islam pula..
Selamat berpuasa Mak Su..

shasha said...

tak pernah dgr lagu tu..tapi ada dgr juga pasal yusuf islam...oh ya..salam ramadhan maksu...buka apa ari nih?

Tihara said...

pernah terbaca..cat steven dapat hidayah semasa dia lemas di pantai..suara dia sedap didengar kan :)

ckLah@xiiinam said...

Sedap lagu Yusuff Islam ni kan maksu.

Zaitun said...

Kak Zai peminat Cat Steven@Yusoff Islam.
Selamat berpuasa Maksu.

kakLuna said...

saya pun ada kaset Cat stevens yg A for Allah B for bismillah, tu

cover kaset tu warna kuning kan? hehe..nostalgia nya..

MOKCIK AZWA said...

Cuba dengar lagu2 lama Cat Steven a.k.a Yusuf Islam terutama ..Morning Has Broken...syahduuu jerrr..

en_me said...

insaff kanns..