Friday, August 20, 2010

Paket sudah dapat

Baru 10 hari berpuasa, tapi di tempat cari makan ni.... aku dah dapat paket untuk duit raya, mereka dah siap distributekan. Aku dapat 5 paket. Setiap paket ada 10 sampul, kan?


Biasanya pun aku guna sikit saja, anak buah aku ramai dah besar-besar, kan aku ni mak saudara yang bongsu... yeaaahaahahaha, lega. Anak buah paksu chot pula boleh dibilang dengan 10 jari, sebab adik-beradik dia tak seramai adik-beradik aku.

So tadi kakak keemasan ternampak paket-paket angpow ni terlantar kelemasan tiada ghairah di atas mejaku dan dia nak sikit, aku beri kat dia 2 paket, ada lagi 3 paket baki kat aku.


Masalahnya, duitnya non ado?


Tahun ni frankly speaking aku adalah status heavily inflasi.... aiyayaya, buat rumah tertutupkah seelok-eloknya? Lepas tu kalau terserempak sanak-sedara yang ada anak kecik, buat-buat pengsan.... kan?

Paket angpow ada, tapi takut kot kena pow, aku siapkan penampau sajalah, boleh tak? ngeeeee


Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.


© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

hans said...

hoihoho
letak RM5 jer dalam sampul tu

P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!

~ yus ~ said...

kalau 1 sampul RM1, 50 sampul baru RM50. Oklah tu maksu, n cara saya kalau tgh inflasi,yg datang rumah jer dapat angpow, kalau tak datang rumah kita mmg tak dapat, walaupun terserempak kat rumah sedara...hehe.

Selalunya mmg tak ramai yg sampai ke rumah...sbb biasa jumpa kat kampung jer kan..

Peminat Katie Holmes said...

haha. sy masih belajar.
mahu duit raya maksu.wakaka.

Yunus Badawi said...

Bagi saya ajelah sampul tu kalau mak su tak nak.

Selalu saya tanya kat bank mereka kata belum sampai. Tapi bila sampai, habis difaraid semasa staff bank tu huhuhu

shasha said...

waaa...sama la kita tahun ni mak su..budget sgt tight...

Catwoman said...

Salam Mak Su.....

Jgn lupa sama sy & Aqif serta baby dlm peyut ni tauuuuu......

Hihihihihi......

:)

Shifu67 said...

pakai sampul nak best aaa... tak nampak berapa henget...

Zaitun said...

MakSu... simpan sampul untuk orang kawin hehehe...

KAMATO said...

salam maksu, setahun sekali takpa hulur2 kat anak saudara tu....

LiNda said...

Lepas dpt duhet, dorang buang sepah2 sampul tuh . Sabor jeklah ...

kakpah said...

dulu kecik2 orang bagi duo ploh sen je. budak2 sekarang kita bagi seringgit boleh dorang cakap' ek ele.. seringgit je?'

ckLah@xiiinam said...

Maksu;
Jangan lupa....untuk ckLah barang sepeket dua...

:)

kak long said...

kaklong nak yo...
terigin bona..asyik ngulo yo dapek eh tak do..huhuhu


jangan bori penampa cukup...kekeke...

nanaruzana said...

Na pon taun ni xdek duit raye utk sape2...dlu keje,poket lebat...bnyk la derang dpt...this year...aahahhaa...bankrupt..

ciK LyndaWawa igUana said...

mintak duit raya maksu..
saya lum keje lagi...
=)
hehehe

HEMY said...

oh..gitu pulak...baru nak gi raya umah maksu..

sy pn tengah dilema ni nak bagi duit raya 2 tempat ke...umah belah saya je..ahahaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nak datang rumah nak duit raya

Dinas Aldi said...

hahaha bagus idea tu, saya pun nak pura2 pengsan jugaklah!