Friday, August 27, 2010

Pakcik nak miscall saja

Pakcik driver ni memang kelakar, dia nak miscall aku, dia tembak nombor aku nak suruh aku telefon balik, tapi dia punya miscal sangatlah lama, ring ring ring lebih dari 5 kali ring aku jadi rimas, lalu aku angkat telefon, tiba-tiba terdengar suara sedih, 'pakcik nak miscal saja'.

"Ok pakcik, ok, saya telefon pakcik balik ya", dan aku membayangkan dia tersenyum girang sebab berjaya selamatkan kreditnya.

Memang stail dia miscall begitu, lama-lama aku dapat idea, rendahkan suara deringan telefon, memekak, nanti aku tak pekak, orang lain pula yang pekak. ho ho ho

Anak aku si kaklang tu macam itulah lebihkurang ceritanya, miscall tapi lama sungguh, aku dah ajar dah, sikit-sikit sudahlah, mak tahulah kamu nak miscall.

Nanti kredit cepat habis, minta duit kat sapa?

kan........ duit epf lambat lagi nak dapat ni......

p/s: mekasih ya PinkCactus, sudi follow blog maksu ni :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

nuraarin-life said...

tapi kadang2 ada juga yang buat misscall pendek sgt... dengar sepantas kilat jer, hehe

relevan said...

Lor..sian pakcik..ada ka miscol lama sangat..bila angkat dah tentu kena cas..

Mak Su said...

nuraarin, iya kan, nanti tak terdengar ;)

relevan, hehehe

a kl citizen said...

miss call pun kena buat tutorial ni.... ada yang tak reti gak camana nak buat miss call...

iina said...

hehehe.. dia tkut call xdpt kot ;)

nanaruzana said...

comel sgt pakcik tu......

Aleeya said...

ayokkk, tak ske wt miskol..slalu tepon terus jewww hehehe

julie^beth said...

miskol salah konsep tu. patutnya 2 kali ringing aje. hihi

HEMY said...

mak saya pn kadang nak miscall tapi lama benor..musykil sampai..kang kot tak angkat rupanya mmg mustahak perlu diangkat..ekekeke

Ain said...

silap gaya miscall kredit pasti melayang...

baik call terus..... hahaha

lawak jer pakcik tu kan maksu...

LiNda said...

Pakcik tuh mengaku buat miss call.hehe

Anak2 saya pun kalau buat misscall punyalah lamaaaaa..

kakpah said...

kakpah ni malas nak layan miscall. kalau penting sangat, call betul2.. aku malas nak call balik haha..

Sharinginfoz said...

kredit oooo kredit....

DrSinga said...

anak miss call..call balik..rupa2 nak mintak transfer kredit...
best kan jadik anak....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mak su miskol tu boleh terjemah pangilan rindu ke...jimat jimat

piewahid said...

salam maksu,
serba salah dgn maslah miskol2 ni kan...

p/s- saya kalau miskol yg nak amik ksempatan, mmg tak layan. bukan bkira tapi rasa mcm dpergunakan.

nottingham said...

kesiannya pakcik tu! mesti penting dia misscall

embun d tengah malam said...

tu bukan miscall dah tu...

tu kira call...hehhehe

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, love your humour.
Ada juga ni miscall? You tada voicemail?
Anyway, have fun, and a happy hari merdeka. Lee.

tasekM said...

bak sini no maksu nk miss call gak. he he.


.

kak ina kl said...

geram gak klu selalu dapat miss call..sbb akak pun selalu tak ada kredit.

shasha said...

hhahahaha..miscalled yg panjang..