Thursday, August 19, 2010

Malam ke 10: Rama-rama terapung, Lebah menyengat

Bila disebutkan dalam Bahasa Melayu tentu susah nak kenali, apa ni? apa ni menatang rama-rama terapung lebah menyengat? Tapi kalau tulis dalam bahasa inggeris tentu semua tahu dan kenal tentang lagak seorang ahli tinju yang suka "provok" lawan, gerakannya yang lincah di dalam ring. Itulah dia Muhammad Ali, lahir pada 17 Jan 1942 (dah lepas dah birthdaynya) dan dinamakan Cassius Marcellus Clay, Jr (Cassius Clay)

Dari segi sejarahnya, Clay sebagai amatur telah menang pingat emas dalam pertandingan Light heavyweight pada tahun 1960 di Olimpik Musim Panas di Rome (amboi, tuanya Ali ni, aku belum lahir tau tahun 1960, i am still young).

Selepas jadi profesional, dia adalah yang pertama memenangi lineal heavyweight championships sebanyak 3 kali.

Terkenang-kenang tika di sekolah rendah dulu, ada 1 scene ni dalam kepala otak aku yang ketika itu berwarna hitam putih, kami semua duduk di dewan tonton tv sambil jerit Ali! Ali! Ali!... pada ketika itu aku ingatkan dia memang Ali (memanglah Ali, bukan Nasir, ahaks), maksudku, aku tak tahu pun dia adalah mualaf.

Jadinya, hari tu aku dah cerita tentang Malcolm X yang ada kait-mengait dengan keIslaman Ali, alkisahnya Ali ni ada seorang abang yang telah pun memeluk Islam, tapi bagi Ali pula, dia telah mengikuti secara senyap-senyap perkumpulan Nation of Islam . Sehinggalah pada tahun 1964 Ali mengumumkan yang dia adalah ahli Nation of Islam dan ketika itu orang ramai memberikannya gelaran Cassius X dan seterusnya pada 6 haribulan 3 tahun 1964, Malcom X secara rasminya akan diberikan kebenaran menggunakan X di belakang nama Cassiusnya.

Walau bagaimanapun, pada sebelah malamnya pula, Elijah Muhammad telah membuat pengumuman bahawa Cassius akan dinamakan Muhammad Ali.

Kronologi:
1964 - memeluk Islam
1975 - ikut fahaman sunni
sekarang - sufism

Ali pernah digantung lesen tinjunya kerana engkar atas arahan kerajaan Amerika menyuruhnya ke perang Vietnam, katanya 'agamanya tidak ajar dia memerangi orang' (saying his religious beliefs forbade him to fight). Rujukan

Buat masa sekarang, Ali telah bersara. Pada tahun 1999, Ali dianugerahkan "Sportsman of the Century" oleh majalah Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century".

Buat yang berminat nak tahu lebih, bolehlah google ya :)

TQ kepada Putree Sejinjang & piewahid sebab sudi folo blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

10 comments:

aNIe said...

Maksu...masih ingat lagu yang diorang cipta khas untuk dia ketika dia dtg ke Malaysia...

Muhammad the black superman...

kal jis (im not carl zeiss) said...

Thanks for sharing info yg sgt menarik :)

Shifu67 said...

oooo sama la kita... masa tu cikgu kat sekolah buka tv pendidikan... pakat tengok boxing... kita tak tau apa.. ingatkan itu la siaran tv pendidikan.... huhuhu

kakpah said...

masa perlawanan, cikgu bukak tv kat kantin. semua pelajar pergi kantin tengok ali berlawan. hooray.. haritu tak belajar.
semangat sukan betul cikgu2 masa tu kan?

LiNda said...

Bukankah dia yang geget telinga lawan ?

kann..kann..

Mak Su said...

kak anie, saya tak ingat. tapi dia ada gaks gelaran the great ker apa ntah

tq kaljis

shifu67, hahaha

kakpah, bener

linda, itu mike tyson, geget tinga lawan, ;)

MOKCIK AZWA said...

Mokcik masih ingat, mokcik dalam darjah 6 masa tu. Satu sekolah kononnya menonton rancangan pendidikan...padahalnya menonton perlawanan tinju!

Sayangnya Muhammad Ali kalah huhuhu...anak pompuan dia pun peninju juga.. Laila Ali..

Mr feckry said...

tabik! Allahuakbar!

Mak Su said...

mokcik, saya tak ingat langsung, saya cuma ingat saya jerit ali ali ali jer...hehehe

mr feckry :)

achik said...

saya pun ingatkan dia yg gigit telinga tu.. silap orang rupanya.. ;p