Wednesday, August 25, 2010

di celahan sendu, aku tertawa

sebaik terjejak saja kaki kami ke wad kecemasan, w tanya, 'siapa ni?', 'kenapa tidur?' Aku nyatakan padanya bahawa ini mak saudara dia, sedang sakit. tak sihat, kena berehat, kena tidur.
lain daripada berasa hairan, w menghiburkan hatinya dengan berlari-larian di sekeliling wad dan membuatkan mata-mata nurses terbeliak melihatnya, oh ya, jahitan di dagunya sudah pun dibuka, ada parut dan doktor suruh rajin sapukan losyen bervitamin e (terlupa pula nak ambilkan gambar untuk ditepek di sini, hehehe)

seterusnya setelah khabar bertukar iaitu si dia sudah tiada, dan tika jenazahnya diusung ke dalam rumah dalam keadaan sudah berbungkus, w berbisik (tapi suara kuatlah), "mak, mak, itu pocong!" dan dia mendekat kepadaku. aku beritahu, itulah makcik saudara tadi, sudah mati.

"mati tu apa mak?"

"mati tu maksudnya sudah tak boleh bernafas, hidung dia tak larat nak hirup udara dah", "jadi dia matilah", "cuba w tarik nafas, fuuuu fuuuu haaaa haaaaa fuuuuuu", aku menggayakan dan w mengikut caraku dengan penuh semangat.

Alamak! tidak perasan rupa-rupanya perbualan kami menarik minat seorang kakak iparku yang duduk berdekatan. Dan si kakak tersenyum mengangguk tanda setuju dengan penerangan yang aku berikan buat seorang anak kecil berusia 4 tahun.

Siangnya, tika si pasangan kepada si mati leading mengusung jenazah ke masjid dan tanah perkuburan, paksu chot tidak lupa menghulurkan tangan bak pepatah, "ringan sama dijinjing, berat sama dipikul".

Oleh kerana kedudukan pengusung tidak sama rata tinggi rendah, paksu chot yang tidak mempunyai ketinggian seperti basketball player berasa amat sukar di mana kayu pengusung tidak terletak di atas bahunya sementara anak arwah pula tinggi-tinggi belaka.

Dengan ramainya pengusung yang volunteer, dengan kedudukan tinggi rendah tak sama, dengan kawasan perkuburan berada di atas bukit, sudahnya, selipar paksu chot, koyak dan tercabut...! ;)
(gambar hanya hiasan semata-mata, dari koleksi peribadi)

Selepas ditanam, w tanya mana makcik saudara dia? Aku katakan, dia dah disimpan dalam tanah, sebab dia dah mati, dia tak boleh bernafas lagi, biarkan dia tidur dalam tanah saja. dah w bising pula nak tengok makcik! nak tengok makcik tidur! nak tengok makcik dalam tanah!

ish, buat malu sajalah

yang kakngah pula dok tanya pada ayahnya, "apakah wajib bagi orang yang mengusung keranda itu untuk setiap kali melangkah kena baca al-fatihah?", tentulah paksu chot yang kepenatan jadi tambah penat, mana boleh, waduh, bila nak sampai kalau 1 langkah 1 fatihah berhenti, kemudian 1 langkah 1 fatihah berhenti, patut boleh kebumi sebelum zohor, jadik kebumi dekat nak maghrib.... ffuuuhhhh

(tergelak juga aku dibuatnya)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

32 comments:

puterikurekure said...

w dah besar dah. boleh faham dah tu maksu. lepas ni kena get ready soklan mencabar dari dia la.

pB said...

budak sekarang cepat fahammmmmm

Mak Su said...

intan, dia pun sibuk nak tolong orang mencangkul meratakan tanah

pb, betoi

shasha said...

setahu saya 3 langkah je kan baca fatihah tuh...err..tak sure laa

makdara TERDIVA said...

budak2 byk tanya lagi bagus.. :)

jgn sedih2 ye maksu..

ejaMaria said...

w, dah tengok psl kematian... anak-anak Maria belum lagi... Maria pun tak tau lagi klu berdepan dgn kematian mcm mana nak explain...

HEMY said...

3 langkah pertama je kan mak su..hari tu ingat nk experience kebumikan atok..tapi tak sempat

kayteeze said...

Jenuh juga nak bagi penerangan hal kematian ni pada budak kecik, kan...

Ada seorang ustat tu kata, tak perlu henti-henti.. baca straight je.. Sebab kesian kat jenazah tu jadi letih menunggu. Lagipun bacaan tu untuk kita yang hidup. Yang mati tu dah terputus hubungan kecuali anak lelakinya yang soleh. Betul kan Maksu ?

Mak Su said...

shasha, maksu lagi ler tk reti

makdara terdiva, thanks, sedih gaks tapi saya nak rakamkan kenangan sy dengan arwah :)

ejamaria, moga2 dpt idea :)

hemy, oh, gitukah?

tie, depa baca terus, kaki langkah, mulut baca fatihah, ada juga yg berselawat sj haritu sepanjang perjalanan

Yan said...

setiap langkah sekali fatihah jenuhla nak menyampainyer...

DrSinga said...

boleh dia terpikir 'pocong' ...???
:)
alfatihah jua untuk arwah..

PnConfused said...

xpelah maksu.. bleh menghiburkan hati yg duka.. :)

GaDis CoMeL said...

budak2 yang rajin bertanya tu tandanya otak dia berkembang. w tu sgt comel lahhh..
hehe.

Mak Su said...

yan. a'ah, jenuh tu

dr singa, heheehe, haritu tengok crita pocong kat tivi, tu sbb dia teringat

pnconfused :)

gadis comel, maksu pun comel, auuww

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya tenang disana.

Banyak soklan W ek..takper..bagus tu kalau banyak bertanya daripada tak tahu tak nak bertanya..

manje said...

salam maksu

kuatkn smgt yea...
anak2 ni mmg anugerah buat kita, boleh buat kita ketawa saat berduka... (^^) ~

Mak Su said...

tq mokcik, manje

julietchun said...

mujur dia tak sebut momok ke hapa :P

nabilah_2908 said...

jenuh juga rupanya nk melayan soalan2 ada anak2.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CARA MELETAKKAN LINK BERSAMA KOMEN PART 2

GDIZ said...

salam maksu.
cabaran membesarkan anak2..sy baru nak mula menempuhnye maksu :)

Mak Su said...

julietchun ;p

nabilah, gdiz - mmg, kena kreatif ler kita ni ;)

azq said...

takziah utk keluarga maksu..

aNIe said...

Maksu...ada masa budak2 ni memang suka bertanya...kadang soalan tu susah nak kita jawab...

Al-Fatihah buat yang pergi...dan salam takziah dari akak buat keluarga maksu...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku juga akan mati

iina said...

Semoga roh makcik sedara maksu itu bersama orng2 yg dirahmati hendaknya..

Zaitun said...

Salam takziah buat Maksu sekeluarga.

Kujie said...

Takziah untuk keluarga Maksu.

Zareda Norman said...

Alfatihah buat ibu saudara mak su

Mati itu pasti.. kita yang tinggal.. jangan putuskan doa.. semoga rohnya tenang disana

al-lavendari said...

w tu anak bongsu ke ?

sedih juga bila hari raya semakin hampir !

Idalara said...

salam maksu
gitulah anak2 akan bertanya apa yg dilihat..akaj bertanya selagi tak dapat jwpan yg puaskan hatinya.

(salam kenal..baru ni dpt singgah,terimaksih singgah tempat kak ida..kak ida dah nak masuk 47 oktober ni..alhamdulillah masih cergas)

Mr PenyuBiru said...

kadang² tak terfikir dek akal pertanyaan budak² ni hingga suakr nak menjawabnye.

SUZIE APAI said...

anak2 mmg akan menguji kita setiap hari dgn bervariasi soklan...kdg2 tak amusk akal tapi itula tanda mereka ingin tahuuu