Tuesday, August 24, 2010

dan lagu rock yang berkumandang di udara

bagaikan mengerti rasa ini,

engkau
pergi tanpa pesan
tinggalkan ku dalam kesepian
cintaku yang suci bagai tak kesampaian
terkubur di tengah jalan

hanya air mata doa
yang dapat ku kirimkan bersama
kepada Yang Esa ku pohonkan semoga
Tempatmu disisi NYA

lirik mungkin ada salahnya, nyanyian kumpulan mana, tak ingat.....

kitorang last jumpa 1 ogos, itupun setelah berkali-kali dipanggil oleh dia pada 30 julai untuk melawat dia di rumahnya. dan aku menjawab tidak mahulah, dan beralasan sebab aku dah kerap berulang melawat dia semasa dia di ijn.

walau bagaimanapun, hatiku terbuka untuk menziarah dia di rumahnya pada 1 ogos, kelihatannya dia adalah sihat cuma perlu menambahkan stamina sahaja selepas pembedahan jantung yang dilaluinya.

5 hari sebelum hari ini aku tiba-tiba teringat untuk bertanyakan khabarnya tapi tiada jawapan, sehari kemudian dapat reply menyatakan dia demam dan diarhea, dan aku membalas ringkas, 'moga cepat sembuh'.

memang, sembuh dah dia dari tanggungan kesakitannya

menurut pasangannya, dia demam sejak 5 hari sebelum hari ini, iaitu hari yang aku bertanya khabar, oh... alangkah, jikalau aku menelefon saja rumahnya, tentu aku akan berkejar ke sana.

wahai hati..... tiada langsung petandakah yang engkau terima??

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

ejaMaria said...

lagu lama... nyanyian Nash semasa masih dgn kumpulan Lefthanded... klu tak silap... :)

julietchun said...

kadang2 ada petanda tapi kita yg tak perasan kan.

puterikurekure said...

maksu jangan sesali ye. ada hikmahnya Allah tak beri maksu petanda. mungkin Dia tak mahu maksu susah hati sangat.

HEMY said...

semua akan 'diundang' juga suatu masa nanti..

Mak Su said...

ejamarian, oo, lagu nash, best lagunya, kebetulan sungguh

julietchun :(

tq puterikurekure

hemy, benar tu

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan 14

eh tue lagu lama la.. ermm angah pun kurang ingat gak

makdara TERDIVA said...

sabar maksu..petanda tu selalunye kita x prasan @ pun terlalai..

semoga dia tenang disana

atty's said...

al fatihah..

nabilah_2908 said...

takziah yer maksu di ats pemergian acik..

al- fatihah buat arwah...

jom ke APA KATA HATI pulak,
KAD RAYA

Peminat Katie Holmes said...

mudah-mudah dia sentiasa di kalangan orang beriman.

fndrocka said...

hubungan takkan putus..dengan adanya fatihah

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, I regret to learn of your beloved sister's passing away. My deepest condolences to you and family.
It is very sad to lose someone very close to us....I am sorry.

What though the radiance which was once so bright,
Be now forever taken from my sight.
Though nothing can bring back the hour of Splendour in the grass,
Of Glory in the flowers,
We will grieve not.
Rather find strength in what remains behind.

You keep well, Mak Su.....my best regards, Lee.

zino said...

salam takziah dari abang dan keluarga, abang tengok pasangan dia cukup tenang menguruskan segala macam sehingga mengimamkan sembahyang di masjid.. semuga roh nya di cucuri rahmat..

al fatihah..

kak Erna said...

salam takziah..maksu..ikut sedih..bila ada kawan2 sekolah yang lain sms bagi tau kepergian arwah..

anymz said...

salam takziah dari akak maksu,semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org2 yg beriman..
akak dapek sms dr long mah mengatakan anak long lasim meninggal..yg akak konal kak puziah dgn abu yo..
al fatihah

noorlara said...

Maksu,
yg pergi izinkan dia pergi dgn rela, sentiasa bekalkan doa dan ayat suci sebagai tanda mengingati

Hakak cukup elegik dengo lagu Harum Subur Di hati nyanyian BPR ukhukhuk....

ckLah@xiiinam said...

Takziah maksu..

joyahsport said...

takziah maksu..Allah lebih sayangkan acik...moge tabah..

Mr PenyuBiru said...

kadang² kita perasan tanda² tu tapi kita tak mahu menerima hakikat

rATu kEBaYA said...

salam takziah.

semoga rohnya ditempatkan dgn orang yang beriman.. amin..