Tuesday, August 24, 2010

Belasungkawa

Pemergian kekandaku, acik, buat selama-lamanya
tiada lagi kerunsingan
(buatku)
tiada lagi kerisauan
(buatku)
tiada lagi tandatanya
(buatku)
tiada lagi tertunggu-tunggu
(aku)
lewat emel, sms mahupun
vokal lemahmu

Dia telah pun pergi
11 ramadhan tempohari
pergi terus meninggalkan kami
tidak sempat kami
untuk berbalas pamitan
sebak
mengharapkan miracle to happen
that this is not the end
tika jenazah rehat di ruang legar
tika bermandian kasturi mengharum
bagai terasa sentuhan tanganmu
tika kau memandikan aku
suatu ketika dahulu

hanya doa sebagai iringan
berserta talkin diiringi ucapan
ucapan salam penghabisan
sebelum tanah terakhir
menutup liang lahat
tinggalkan dia dalam kelam
moga dirahmati Tuhan
disinar cahaya terang

kucupan di dahi dinginmu
sentuhan di pipi sejukmu
kekalku pahatkan
di dalam memori(ku)
p/s: Tak lupa, terima kasih buat cik LyndaWawa dan syuhadahyusof atas kesudian follow blog ini.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

puterikurekure said...

al-fatihah.

PnConfused said...

innalillahiwainnailaihi rajiun...

mamarempit said...

al-fatihah
salam takziah mak su...
moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 mukmin

Tirana said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah

h a n i e said...

al-fatihah...

~aSFaLiZa~ said...

takziah mak su. alhamdulilah dia pergi di bulan yg mulia

Fariza said...

Salam takziah & alfatihah pada arwah..

makdara TERDIVA said...

alfatihah..

bekas biras saya pun baru meninggal sabtu lepas..semoga roh2 mereka dicucuri rahmat..aminnnn

shasha said...

takziah utk mak su sekeluarga...

nanaruzana said...

takziah maksu..

en_me said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat kekanda makk itteww..

gee ryder said...

salam takziah

achik said...

Al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat..

julietchun said...

al-fatihah.eloknya perginya dalam bulan ramadhan.

Ain said...

salam takziah maksu....

sama2 kita doakan moga roh arwah tenang disana....

al-fatihah..

Sha said...

salam:)

smoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah, Amin.....

m.q said...

takziah
semoga rohnya ditempatkan dlm gol org2 yg beriman

ckLah@xiiinam said...

Takziah buat keluarga Maksu...

sahromnasrudin said...

salam..takziah atas pemergiannya...

zella y said...

salam takziah...

al-fatehah....

Mak Su said...

terima kasih semua

kak ina kl said...

takziah..semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..