Friday, August 27, 2010

27 Ogos, 17 Ramadhan

Sama saja tarikh tu kan, 7 dengan 7. Kebetulan pula, hari ni hari Jumaat, penghulu kepada 7 hari dalam seminggu. Tapi ini tak ada kena-mengena dengan penghulu Kampung Dusun, kampungnya si Sharif Dol.

Hadis menyatakan selemah-lemah iman adalah membangkang kemungkaran, di dalam hati. Bukan apa, 2 petang yang lalu, masa budak-budak ni balik dari sekolah, katanya ternampak satu awek menonggek naik motor siap terkeluar daging-daging punggong dan ternampaklah garisan thongnya. Bila aku sampai ke rumah, budak-budak ni berceritalah.

Aku pun respon, 'alah biasalah orang perempuan nak menunjuk-nunjuk pungkoknya kat orang, nanti kalau orang tengok atau terbeliak biji mata atau mencebikkan bibir, nanti perempuan penggoda itupun akan tersenyum lebarlah, berjaya buatkan orang lain marah, berjaya menggugah iman orang-orang yang sedang berpuasa', dan menyambung, 'jangan awak pula buat macam tu, ingat, jaga nama baik'.

Itu kisah orang perempuan anak-beranak berborak, tapi si ayah mereka tak suka, "dahlah, jangan mengumpat lagi". Oleh kerana aku pun tak tahu aku ni mengumpat atau apa jadi di sini aku nak khabarkan kat lelaki atau perempuan yang hebat sangat samada mereka rasa tubuh badan mereka sangat sempurna dan lentik dan sasa dan dot dot dot lalu suka-suka nak tunjuk kat orang, fikir banyak kalilah, berapa lama kau nak menunjuk? Nanti nyawa kau diangkat, dan badan kau tu orang golek-golekkan ke kiri ke kanan, mengeluh sedikit pun kau tak mampu".

In other words, saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada handai taulan siber atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih kepada rakan siber yang hantar sms tempohari. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan takziah lewat facebook.

Walau macamanapun, ada juga terasa ralat sedikit sebab 2 orang yang dekat dengan saya (bukan saja dekat, malah ada perkaitan kekeluargaan juga!) langsung tidak ada telefon, sms mahupun buat misscall ataupun tembak, in case mereka tak cukup kredit. Sedangkan di rumah mereka ada telefon hingga 3, 4 ketul, termasuk telefon rumah TM.

Ralat sebab bila mereka ada kesusahan hati, mereka hubungi aku dan aku lendedkan my ear (lended? peliknya bunyinya) dan extendedkan my shoulder..... hhmmm, sampaaaiii hati. Macam tu lah perangai orang, kan... mahu dilayan, tapi bila diminta layanan, tak mahu melayan. Diaaaaa sajalah yang ada masalah, orang lain ni?

Tak lupa terima kasih kepada relevan dan eliana, atas kesudian follow blog ini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

11 comments:

Cik Pah said...

takziah untuk keluarga mak su yer.. dah lama tak update blog.. macam macam cerita yg terlepas..

moga mak su sekeluarga tabah dgn pemergian beliau

Mak Su said...

tq cik pah

Yan said...

org yg maksu cakap tu tak tahu menahu ke??

Yati Ali said...

salam ziarah...
takziah utk mak su sekeluarga...

aNIe said...

Maksu...kalau kak anie.....biarkanlah mereka tu...memang kita rasa sedih...tapi nak buat camaner kan...insyaallah satu hari nanti mereka tau mereka silap... kerana ALLAH itu ada...dan biarlah mereka disedarkan dari kesilapan mereka...

julietchun said...

gi bazar ramadhan mcm2 aksi ganas buleh tgk, kesian mata nih tak buleh berpuasa dgn selesa :P

nabilah_2908 said...

kalau sy pun..akan rasa ralat gak...tapi nk buat macam mana..dh sikap mereka begitu..

sy pun pernh rasa...tp ttp menjadi pendengar setia dia...walaupun dia tak pernh nk dgr masalah sy... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DURATUL JANNAH

zue said...

salam mak su,
org jenis mcm ni jgn di layan lagi.

Mak Su said...

tq yan, yati ali, kak anie, julietchun, nabilah, zue :)

shasha said...

mak su..kita bole lendedkan my ear to mak su tau...hehehe...

Zareda Norman said...

mak su

org tak suid lenden ear dan extended shoulder.. biarkanlah... merajuk pada yang sayang je ok