Tuesday, July 27, 2010

Tujuh belas menit

adalah bersamaan dengan 1020 detik. Itulah nombor yang tersiar di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, menggambarkan suasana huru-hara dalaman di Malaysia, sebuah negara yang aman damai dan permai.

Menurut akhbar berkenaan, purata satu orang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit dan sekarang sudah ada lebih 200,000 orang bayi yang tidak ada rekod bapa kandung!!

Kenapakah kejadian sedemikian terjadi?

Pada pendapat aku, perkara ini melibatkan ibubapa sekitar umur 38 - 48 tahun, dan remaja umur 13 tahun ke 21 tahun.

Apakah sebabnya? Apakah ini semua adalah fenomena yang dibawa oleh kemudahan internet? ataupun budaya kerja suami_isteri? Ataukah keperluan duniawi yang memerlukan ibubapa kerja kerja kerja tanpa mengira sumber pendapatan? Ataupun remaja yang dilanda kebosanan dan nak amusekan diri sendiri hingga lupa nak jaga nyawa sendiri mahupun nyawa lain, adakah mereka sudah tiada respek kepada tuhan mereka sendiri? Agama apa pun tidak suka perhubungan tanpa nikah, tapi kalau untuk keperluan kebaikan.... hish, tak tahu apa nak cakap!!

Carilah ke akar umbi punca permasalahan ini dan berikan dos antibiotik yang kuat agar kepincangan dapat diluruskan... teringat kepada cerita lakunan P Ramlee, Semerah Padi. Rotan!!! Sula!!!!

Garang bertempat itu perlu untuk kebaikan kerana manusia memang lemah dalam ingat dan peringatan.

Adakala menjadi kawan untuk perkongsian tapi sandarkanlah pada hormat dan adab untuk kebaikan.

Saya suka dengar lagu 'empat minit' tapi tak suka kepada pakaian penyanyinya yang cuma berbaju dalam saja, tapi saya tak suka kepada purata 17 minit.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

makdara TERDIVA said...

pokok pangkal hati kita..semoga anak2 kita terlindung dari perkara2 yg tidak baik..

takut dgn dunia tanpa sempadan..kelik2 kt internet boleh jumpa mcm2 benda..huh!!! inilah padahnya.."guna jari pun boleh"

kayteeze said...

Maksu, sekarang ni anak-anak tak macam kita dulu. Mereka tak matang berfikir, badan je besor. Tu yang susah nak didik.

Macam Tie ni laa... masa umur 10 tahun dah tahu tanggungjawab. Tapi yang dah sek men tu... hari-hari nak beritahu kerja dia.. susah betul laa...

rATu kEBaYA said...

erm.. susah nak cakap pasal ni.. mak kat selangor anak kat johor.. depan mak pak elok patuh.. ditanya takder apa2 tup2 9 bulan kemudian lain yg jadi.. mak pak alert pun terjadi.. klu yg tak alert tu apatah lagi.. pokokk pangkal diri remaja tu sendiri.. sume org pernah remajakan.. mak pak tunjuk jalan kita yg merencanakan.. tu pendapat sayalah.. semoga anak2 kita dihindar dari perkara yg meruntuhkan akhlak.. amin

Mak Su said...

makdara terdiva, kayteeze, ratu kebaya - betul tu.... kita dah tunjuk jalan, tapi kadangkala saya jadik syak, adakah ini semua berkaitan dgn punca rezeki gaks? :(

puterikurekure said...

dunia dah gila kan maksu?

dunia=orang2 skarang.

haihh~

Kniedaz said...

lagu 4 minit? lagu apa tu ya?

Mak Su said...

intan :(

kniedaz, empat minit tu lagu madonna dgn justin timberlake

T@sh Sch@ said...

ermmm... takuttt ..:(

HEMY said...

hukum khudud tu ada sebab keras hukumannya kann...

haishh..yang kesian kat budak tu..takde bin..sian depa

LiNda said...

Angka ini memang besar . Sedih rasanya, kerana banyak terlibat adalah bangsa melayu .

PnConfused said...

ada ustaz pernah ckp... anak tuh bukan hasil drpd pe yg mak ayah dia buat ms dia dilahir dn dibesarkan, bahkan daripada sejarah hidup dr kecik mak ayah tuh...

faktor makanan, byk mkn di luar, tah sapa2 masak, entahkan solat entahkan tidak..

pendidikan dll... haihhhh

nanaruzana said...

hmmm tu la...yg nak anak xdpt2....derang yg ske2 maen ni dok buang2 anak...sdeh sgt...

nabilah_2908 said...

hmm..adakalanya ibubapa dh didik dgn cukup sempurna...

dpn ibubapa..berlagak baik....tp bila lepas drpd pandngn...dia mula bertukar sifat...

apa yg di tegah itu lah yg dibuatnya....entah la...

jom ke APA KATA HATI pulak,
MASA ITU EMAS

Masy said...

ya Allah.. moga2 dijauhkan sy dgn mende2 ni.. takotlah maksu.. selagi blom nikah, inilah perkara yg sy takotkan sgt.. setebal mana pun iman klu dah dirasuk setan, mcm2 bole jadi uhuhuhuhuhhu

T__________________________________T

Mak Su said...

doa adalah juga senjata mukminin, marilah perkuatkan permohonan

kakpah said...

semua kena ambil peranan. ibu bapa, masyarakat, ketua , negara...blabla..

kena pakai hukum Islam.

Yan said...

lagu 4 minit?? ade ke??? tak penah taupun.. lagu omputis ke maksu>

Mak Su said...

beutl tu kakpah, yan - lagu omputih.

one said...

geruun