Wednesday, July 14, 2010

Sembang petang

Sebelum tadi dah beritahu pada encik tali leher yang aku nak melawat seorang rakan di hospital, sampai di sana, dah ramai dah menunggu giliran kerana hanya 2 pelawat dibenarkan sekali masuk, dia ditempatkan di icu. Pesakit dah sedar, alhamdulillah. Hhhmmm, itu saja yang dapat aku beritahukan. Dah tentu kawan-kawan tahu apa yang kelihatan di wad icu, wayar sana sini dan semuanya membikin seriau.

Sambil menunggu giliran, berbual-bual dengan seorang kakak ni, yang memang rapat dengan pesakit, menurutnya setiap kita memang ada sel-sel "berunsur negatif" di dalam badan TETAPI janganlah diaktifkan dengan stress stress stress jikalau tidak, akan terhasillah sel-sel kanser dan yang sewaktu dengannya.

Fuhhh..... suatu peringatan untukku.

Selain dari itu, aku suka juga nak berkongsi tentang perkembangan kaklang, dia akan menghadiri perkhemahan untuk PRS (Pembimbing rakan sebaya) pada hujung minggu ni.

Syabas kaklang!

Biarpun kaklang lambat membaca di awal persekolahannya dulu, cikgu di sekolah rendah nampak potensi dirinya dan telah melantiknya menjadi pengawas, lalu ketika di sekolah menengah ini (tingkatan 1), cikgunya merekomenkan agar dia menjadi PRS.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

Ibu n Abah said...

salam maksu...
Tahniah untuk kak lang... semuga menjadi anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat... Amin...

nuraarin-life said...

tak semestinya anak yg lambat dari anak2 org lain menjadi kurang cerdas... ada hikmah di sebaliknya..

Tahniah kak lang!!

Pok Li said...

Sering insaf bila ke hospital

anymz said...

anak akak yg no 3 tu dulu pun kes mcm kak lang..lambat membaca dan lambat pick up..skang dia di poly PD buat diploma acc dan setiap sem maintain CGPA 3.4 atau 3.5..alhamdulillah..kita sebagai ibu byk2 berdoa

Mak Su said...

tq ibu n abah, nuraarin, kak anymz.

pok li, betoi tu

zulkbo said...

Salam bertandang sahabat
moga hari mu di berkati
dengan kesihatan yang baik
dan gembira selalu..

alvin takda umah harga 8juta said...

waaaaaa...
satu info yg baik ni...

thanksss...

zino said...

alang dulu pun masa sekolah rendah slow juga.. tapi meningkat di sekolah menengah..

shasha said...

keep up the good work kak lang!!

noorlara said...

Ingatan terbaik untuk semua gaks,
tahniah gaks buat kaklang sicomel tu. Syabas ke mak dia ye

Zareda Norman said...

go go kak lang.. Auntie zar duku pun x-PRS kat sekolah dan pernah jadi Pengerusi PRS masa form 6. Jadi PRS sangat bagus untuk membina keyakinan dan ketahanan mental..

Ad Rifza said...

Jangan stress stress..huhu..kena kawal lah kan..hmmm..

Tahniah kak lang..jadi contoh yg baik..

Masy said...

bkn je bole mendatangkan kanser, klu tlalu berfikiran negatif ni pon bole buat org jadi sakit jiwa.. bahayaa...

amalkan gaya hidup yg sihat ye maksu :)

Tapak Kaki said...

maksu owh maksu.. dulu masa sekolah aku ada join gak PRS ni.. Pemusnah Rakan Sebaya..haha

kak ina kl said...

apa ke benda prs ni...tak fahamlah

T@sh Sch@ said...

bagus kak lang ... seronok jd PRS ni ... selain lebih berilmu dan lebih berdedikasi ... kiter leh jadi lebih glamours kak lang ... hihihi (tingat xzaman sekolah dilantik ketua pemimpin pelajar ...heheheh)

doakan kak lang n anak2 maksu yang lain lebih maju lagi ...
go mak su ..go maksu .. (eh!!)