Wednesday, July 14, 2010

Semakin nyata semakin menggila

Tengahari ini aku nak pergi melawat rakan di hospital ampang, dia telahpun menjalani pembedahan brain tumor semalam.

2. Aku telah lama mengamalkan jika tidak senang pada apa-apa, luahkan cepat-cepat, keluarkan dari badan, supaya tidak rosakkan badan. Falsafahnya, biar merah di muka jangan terbuku di dada, oleh itu, aku keluarkan ketidak-puasan hati aku di sini.

3. Sejak dapat tempat di sebuah IPTA dulu, iaitu tahun 1988, aku membuat janji akan membaca quran setiap hari. Aku lakukannya ketika itu kerana aku menjadikannya amalan harianku, sebagaimana amalan kedua orangtuaku. Selepas itu aku membaca quran atas rasa syukurku kepada Allah swt yang memberikan aku hidup ini. Selepas itu aku membaca quran untuk menumbuhkan juga menguatkan rasa cintaku kepadaNYA kerana aku semakin menuju ke penghujung riwayatku. Selepas itu aku membaca quran setiap hari agar aku dapat ketenangan dalam menjalani hidup ini. Selepas itu aku membaca quran setiap hari agar aku tidak jadi gila dan jadi serial killer di tempat cari makan kerana meroyan meragan diperlakukan tanpa keadilan tiada respek tiada penghargaan tiada perhatian. Selepas itu, aku baca quran setiap hari agar anak-anakku akan menjadikan ini (membaca quran setiap hari) sebagai amalan mereka kelak.

Abah, insyallah anakanda maksu xyz akan cuba menurunkan amalan ini kepada anak-anak.

4. Apa yang kamu boleh pelajari dari kacamata aku yang tidak pakai kacamata ini? Bahawasanya manusia hanya akan nampak kamu, lihat kamu, hargai kamu atas kerana duit kamu, kewangan kamu yang hebat, pangkat kamu, anugerah dunia yang ada pada kamu. Bahawasanya orang yang kaki gebang mudah naik, dan orang yang senyap akur akan berada di telapak selalu.

I am always gravitised........

5. Aku adalah orang yang tidak suka dikerumuni perasaan tidak enak, bahawasanya aku akan sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari belenggu perasaan yang tidak enak, insyallah. Habis tu macamana nak maintain awet muda kalau asyik runsing sahaja? kan.....?

6. Bahawasanya setiap pembohongan yang dibuat ke atas orang yang jujur, akan dijadikan tampak jelas nyata juga... kemana kamu nak pergi!!!? I see!!!! you know.......... don't play play aaaaa

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

eis said...

bagus mak su, jgn simpan2 perasaan tu. nanti update pasal kawan yg kena operate tu ye. kesian dia..

Yunus Badawi said...

Alhamdulillah maksu menjadikan membaca al-Quran satu amalan harian. Tak ramai org yg berbuat demikian. Yg ramai mesti baca paper setiap hari. Atau baca blog setiap hari hehehe

Mak Su said...

eis, insyallah, petang kang ek

yb, mmg sy buat sjk tahun 1988 iteww... hehehe, tapi cuma hari ni jer org tahu kot, siblings kandung, siblings ipar semua x tahu. naper saya habaq kat blog ek? nak mati dah kot haku ni.....

makdara TERDIVA said...

memang betul..org pandang kita sebab duit..x de duit, sebelah mata pun tak pandang..sedih..

baca quran tp kadang2..apelah nak jdi..huhu

puterikurekure said...

terharunya maksu baca al-quran hari2. saya ni baca bila teringat je. tak patot betul.

Ibu n Abah said...

mak su...
bila baca quran... tenang rasa jiwa... mmg bagus jadikan amalan...

Mr feckry said...

maksu..gua nak ikut lu..lu akan dapat pahala bacaan gua..insyaallah

mamarempit said...

kekadang bile ct sminggu dr membacanya...(maklum le pempuan)...dh rasa cam gagap...apetah lagi kalau sebulan skali baca, staun sekali...tk pun yg langsung tk nk bace...SubhanAllah

Peminat Katie Holmes said...

1988. tahun sy baru bukak mata tgk dunia, maksu.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam MakSu,


kesian kawan tu ye..

Alhamdulillah. MakSu seorang kawan yang susah dicari sekarang ni.

HEMY said...

saya asek miss je ngaji skang..sok anak saya..tknak kasi katam awal..biar pelan2..nnt malas

Rozita said...

dlm keadaan apa jua kalau kita masih berpegang teguh pada ajaran allah, insya-allah..selamat

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam mak sue..

terima kasih sudi join contest kina. nantikan jawapan nyer 17.07.2010 nie.

Mak Su said...

thanks all :D

kina, maksu menang tak?

kayteeze said...

Maksu,

I'm always by your side. Kita tak dapat elakkan dari rasa down bila sampai masanya, kan...

مريم أبو أحمد said...

bravo, maksu! baca al-quran, bukan sekadar untuk amalan sendiri. tapi juga jadi penyambung pahala di alam sana... hadiah tidak ternilai buat mereka yang sudah pergi.

p/s: terkadang rindu pada yang tiada tengah2 baca quran, terus niat untuk dia.. mudah-mudahan sampai... tapi confirm sampai sekiranya anak2 mereka yang bacakan (kategori anak soleh). Allahu akbar!

Tapak Kaki said...

kalau budak-budak malas nak baca Quran, rotan je diorang.. macam aku kecik-kecik dulu selalu je kena rotan... berbekas dowh..haha