Monday, July 12, 2010

Pergi tengok orang

Kami dapat jemputan ke kenduri kahwin @ makan-makan ke Kapar pada hari Sabtu lepas. Acara makan-makan dibuat pada waktu malam. Bermula pukul 5pm hingga 10pm. Sejuk saja suasana, makan pun dalam keadaan santai. Tengoklah tu, pinggan paksu chot dah licin dah. Tunggu baby w makan, dok kira nasi tak sudah-sudah.
Cantik rumah tuan rumahnya, batu-batu tak sama saiz tu, dia tampalkan sendiri ke dinding. Sangat kagum. Kalau ada duit lebih, aku nak suruh paksu chot tampal batu tu kat bedroom kitalah...weee huuuuu (ada ker orang buat?)
Pengantinnya tak berbaju songket, jadi aku agak keliru. Tapi setelah tuan rumah perkenalkan, barulah eden tahu, hi hi hi.

Untuk pengetahuan sahabat blogger semua, tengahari ni aku nak pergi melawat rakan yang tidak sihat tempohari, yang aku katakan dia pengsan kat pejabat tu, di sebuah hospital swasta di Ampang sinun.

Kasihan juga mendengar ceritanya, brain tumor. Anak baru seorang, umur dekat nak setahun kot, masih beri anaknya susu badan rasanya... huhuhu, kasihan, al-fatihah buatnya yang sedang sakit itu, moga diberikan kekuatan dan kesembuhan dari Allah Taala. Aminn

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

16 comments:

kakngah said...

w kelihatan begitu segar sekali..
rahsia nya..
timun di hidung!

julietchun said...

tampal kat bedroom? Mungkin maksu org yg pertama buat, buleh masuk M'ian book of record :P

PnConfused said...

alfatihah jugak utk beliau

Farid MOFASAD said...

akak


kapar dah dekat dengan umah saya







>>_________<<

nabilah_2908 said...

ya Allah..brain tumor..bahaya tu..kesian dia...

Al-fatihah buat kwn maksu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
KENDURI DURIAN

HEMY said...

nauzubillah..jangan la ya Allah ko uji aku sedemkian rupa..takut aku tak mampu dan tak sanggup nak hadapi

Zaitun said...

Ya Allah kasihannya,kak Zai dah tengok macamana derita orang sakit kanser.Semoga dia tabah menghadapinya.

pB said...

pB pun ke Kapar gak , tapi belah tengah hari..

Mak Su said...

kakngah, hahaha

julietchun, ingat nak tampal kat dapur jugaklah, hahaha

thanx pnconfused, nabilah, zaitun

farid, alahai, nyesal tak mintak address, kalau tak boleh singgah rumah Farid :)

sentiasa positif ya hemy :)

pb, oh...kalau tak boleh saing :)

HappyIrfa said...

salam maksu..
lawak tgk bb w letak timun kat idung..

alfatihah buat teman maksu itu

Mak Su said...

tq happyirfa
gituler anak dara kenit tu, pandai meniru ;p

puterikurekure said...

kesiannya kawan maksu tu.

MOKCIK AZWA said...

semoga kawan maksu tabah menghadapi dugaan...

Ibu n Abah said...

salam maksu...
akak pernah punyai kenalan yg mengidap 'brain tumor'.. last kami jumpa, dia tunjukkan scar pembedahan di kepalanya... 2bulan lepas tu, suaminya beritahu, isteri dah meninggal... sedih.. rasa kehilangan sangat....

Mak Su said...

akak (ibu n abah), takziah

Cik Pah said...

siannya anak dia.. masih nyusu badan.. alfatihah untuk beliau