Wednesday, July 14, 2010

Pencarian babysitter semalam

Pertama-tama adalah ucapan terimakasih buat azura atas kesudiannya follow blog ini.

Sambung cerita semalam, semalam Pn L sudah tolong tanyakan kepada seorang jiran tentang perihal penjagaan w ketika kakak-kakaknya ke sekolah. Alhamdulillah, jiran itu bersetuju. Jadi aku tak payah peninglah nak fikirkan soal ini lagi.

Tapi aku ingatkan hati aku akan girang, malah aku jadi tambah gusar dan kegersangan kerana keinginan aku meluap-luap untuk meninggalkan tempat cari makan yang tidak memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada aku ini.

Aku fikirkan bolehlah menggunakan soal babysitter sebagai batu loncatan tapi nampaknya aku kena berusaha lagi memikirkan cara lain untuk meninggalkan tempat ini.

Hhhmmm - aku sangat teruk..... kan?

Apa nak buat, aku dah sampai berasakan yang pendapatan ini is not everything in the world, usaha naik motor setiap hari, petang-petang kadang-kadang berhujan, tidak berkira dalam apa hal, menolong sesama taulan, berkongsi ilmu pemberian Tuhan dengan orang lain - adalah sudah tidak berbaloi.

Bila perasaan dah jadi begini teruk, tidak ada lagi ubatnya melainkan berambus. Kan.......?

Hhhhmmm, entahlah, apakah perasaan teruk ini akan berubah esok lusa?

Lain-lain perkembangan, beberapa ruangan kerja peribadi dan ruangan kerja umum dicuci dengan ubat nyahkuman semalam sebab ada saspek [teetttt] di tempat mencari makan ini.

Buat masa ini, tidak pula ada sebarang arahan untuk kuarantin.

Ya Allah....tolongi aku.

p/s: rasa-rasanya selagi di sini dan begini, aku akan berduka selalu :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Ummi said...

mak su,

kadang-kadang memang berat kaki ni nak melangkah keluar sebab banyak sebab yang buat kita kena fikir banyak kali

kawan ummi, sudah geram dengan tempat cari makan, berhenti dan skrg senang lenang kat rumah buat kek untuk jualan, lagi banyak pendapatan dari skrg, katanya, nampak dia happy sangat boleh jaga anak kat rumah

tapi ummi ni jenis takut, nak settlekan hutang sikit2 yang nak habis baru nak berhenti, tapi sampai bila,

so mak su doa dan mohon kepada Allah

Ya Allah kau buka kanlah pintu rezeki kepada hamba ini

Mak Su said...

ummi... maksu pun jenis takut. maksu dah tak tahan sebab selalu kena buli

Cik Pah said...

nak berhenti kerja nih mak su kene pikir dgn mendalam , cuba mak su cuti tanpa gaji dulu untuk sebulan contohnya.tgk camne kan.

sayangsayangibu said...

Maksu
kadang kita berattttt... sangat hati pasal penjagaan anak anak ni kan?

Whitetulip Tales said...

salam maksu..usaha lagi maksu..smpi dapat..insyallah..usaha dan tawakal..jan la bersedih lagi. Nnti susah nak ubat hati tu..ok..sayanggg maksu..

MOKCIK AZWA said...

mak su...tahniah dah dapat baby sitter baru. kurang sikit pening palo tu.

tang nak berhenti kerja tu...mokcik pun macam ummi...bila ingatkan hutang yg keliling padang nie alahiii...terbantut!

tapi kalau mampu...why not?

semoga bertemu jalan penyelesaian.

Mak Su said...

cik pah, good idea

whitetulip :)

thanks mokcik azwa

Kniedaz said...

maksu ~ maksu carila keje lain dulu sebelum maksu benti..takut yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran ..saya penah hadapi masalah kat tempat kerja dulu pastu saya melawan..skang dah ok..sebab saya suka sangat kerja saya ni itu sebab saya melawan..

Mak Su said...

kniedaz, maksu cari juga kerja lain... buat masa sekarang maksu rasa maksu nak melawanlah, janganlah mereka cuba cuba nak menyotong-nyotongkan maksu lagi.... sabar ada hadnya, betoi tak.... hihihi