Wednesday, July 21, 2010

Makan sampai pinggan licin

Awal bulan haritu kami ke Sate Samuri, di Kajang... jalan sesak malam-malam tu, semua orang keluar mencari makanan, agaknya semua nak celebrate pendapatan masing-masing, macam kami juga..... Punyalah susah nak cari parking, pernah pergi ke Kajang town tak? Finally kami parked kereta di dekat-dekat courts mammoth tu, di seberang jalan tu... nampak tka? kat sinun...

Berjalanlah dalam gelap malam tu, tapi tidak meraba-raba, kerana Malaysia sudah lama diterangi lampu-lampu, terima kasih kepada teknologi dan ekonomi :)
Sesampainya di restoran, kami mencari tempat duduk dan tunggu, tunggu, tunggu, sampailah ada seorang abang waiter kata kami kena pergi order di kaunter. Aik? Ooh... ada perkembangan terbaru..... tiada lagi waiter datang ke meja anda mengambil order. Okeylah, aku pergilah ke kaunter, order order dan terus ambil kuah satay yang menjadi kesukaanku dan sepiring nasi impit. Terus bayar! oohhh, macam style fast food yang lain-lain, bagus juga buat macam ni, tak kisahlah.

Gambar makanan baru sampai tak ada, tapi gambar pinggan dan licin adalah.
Dah kenyang, kami pun balik....... burp.... alhamdulillah.
Aktiviti makan-makan selepas ini? Rasa-rasanya nak terai yang lain pulalah, bercambah-cambah kedai di area Kajang tu, yang semuanya nampak menyelerakan dan boleh menambat selera :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

Donny Ien said...

sodapla wei mak su..minta sket hehe..

Yunus Badawi said...

sodap tu mak su sampai licin.

Sate Samuri tu dah ada banyak cawangan di sekitar lembah klang ni. Tak perlulah kami nak ke Kajang kalau nak makan sate dia. Tapi kalau kami ke Kajang kami lebih suka sate Malaya di restoran Mee Bandung Muar tu ngeee

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kali terakhir makan raya tahun lepas..


rumah mak di Semenyih. tak ramai orang pun masa tu.. terasa lebih nikmat..hehe.

shasha said...

tak pernah makan kat sana..nanti bole bawak saya pegi tak?

kak Erna said...

mak su..akak makan kat senawang je.cawangan dia..

LiNda said...

Pernah gak makan kat mana2 cawangan dia . Tapi, Kat Kajang gak yang sedap !

pastu, mesti order ABC dia yang tinggi menggunung ..

kakpah said...

memang disarankan makan sampai pinggan licin. tak membazir rezki. kalau boleh lidi sate pun kena kunyah hiii.....

Zaitun said...

Dah lama diaorang buat macam fast food,tak ada waiter datang ke meja.
Kalau hari cuti atau dapat gaji Kajang memang sesak itu sebabnya kak Zai hanya pergi ke r&r awan besar untuk makan sate.

Shukri Mohd Ali said...

oho sedapnya =)

aNIe said...

Maksu...akak dah lama tak pekena sate Hj Samuri yang terkenal tu...memang suka...sebab sedap...tapi jarang dpt pergi ke sana...cik abang tak kuasa lah nak memandu sampai ke kajang tu...

Purpleheart said...

ooo macam tu ye nk order satay sekarang..mujur mak su bagitau awal2..

syaf said...

kejam sih mak su...dah licin bru bru nk snap ek..time kenyang melantak x ingat kat den

Choko said...

maksu...if nak mai makan lagi sate kajang yg betol2 sedap adalah kat sate jamil seblah masjid kajang tu dgn sate uk kat seksyen 7 kajang...x caye??saya ni dok kajang..ahahahahah!!

Mr feckry said...

walawei..sate kajang...

ayahnyah dan wannyah said...

gaye macam lapo betui mak su.elokle smpai licin.senang orang basuh.

T@sh Sch@ said...

ermmmm windu ngan kl ... sll awal bulan g celebrate gak kat samuri sate ... :(

Ina Hashim said...

last time sy beli sate kajang hj samuri dekat stadium tu, dah x sesedap dulu...yg dulu pny mmg kelassss

mokjadeandell said...

maksu,salam ziarah.
makcik pun keliru,masa pi sana hari tu.Org tgh ramai,rasa macam nak bebai,awat depa tak mai tanya apa nak dimakan.Rupanya sistem depa dah tukar,makcik saja yg tak faham!

peminat setia kajang dari dulu dulu .

CuTeMiUt78 said...

ohh sekarang dah buat style lain ya maksu.. time nak order cam dah kat fast food gitu.. lama tak kesana dah