Thursday, July 8, 2010

Makan cili lalu pedaslah lidah

Dalam suatu temuramah yang aku tertonton, ada artis ni menyatakan yang dia suka makanannya pedas-pedas, dia suka masakan bercili dan mungkin itulah salah-satu faktor yang menyumbang kepada kelangsingan badannya hinggalah sekarang.

Nampaknya, selain senaman turun naik tangga seperti yang biasa aku buat juga seperti yang disarankan di tempat cari makan ni, aku bolehlah tambah diet cili ke dalam makananku.

Adalah dikhabarkan bahawa melebihkan lada hitam juga rempah-ratus ke dalam masakan juga boleh membantu meningkatkan pembakaran lemak dan kalori.

Sebenarnya walaupun aku ni orang NS, masakan ala-ala wajib pedas-pedas gila, tapi sebenarnya kemampuan perut dan juga lidah aku terhadap rasa pedas adalah lebihkurang 65% sahaja, kalau pedas sangat... tak mampu den, huhuhu. Bukan cari air, terpaksa cari sweets, gula-gula untuk meneutralkan semula.

Dapat pula baby w tu, langsung tak mahu makan makanan pedas. Semasa mengandungkannya, janganlah mimpi nak makan kari mamak, nak pekena teh tarik mamak, terus termuntah. Pembawakan budak agaknya, tapi sampai sekarang dia tak mahu makan masakan pedas biarpun aku ada juga perkenalkan sikit-sikit. Sejak berkahwin dan mempunyai anak sendiri, darjah kepedasan masakan aku cumalah di sekitar 45%.

Memandangkan aku selalu mengadu sakit kaki, ada orang menasihatkan aku untuk melakukan senaman basikal. Baik untuk pinggul, paha, betis. Wah....nanti i lebih ayu ler lepas ni. Tapi buat masa ini, hanya beskal ini saja yang ada, itupun sudah hampir tak muat dah untuk baby w, lutut berlaga dengan handle!Tengoklah tu, siap ikat dengan wayar penyidai kain, patah sebab kaklang yang ngada-ngada sibuk nak kayuh basikal adik dia.

Bila w berbasikal di taman di petang yang damai, cekotak selalunya diletakkan di dalam bakul hijau tu, sedondon jer... huhuhu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

Farid MOFASAD said...

akak kena rajin joging lak


>>__________<<

roslaini saad said...

salam..Isykkk inilaa baru pertama kali dengar makan cili boleh kurus.. boleh dapat buasir tahula....hehehhe

kalau ada pun kaedah chili.. yang sapu kat badan kemudian panas pijau macam kena cabai tu...

PnConfused said...

mmg de research psl cili bleh thktkan metabolisme n kassi kurus... provided mkn tuh pada2 laaa kan....


:)


exercise mudah2 dahlaaa maksu, brisk walk pon ok... :P

kak Erna said...

mak su akak suka pedas..tapi perut tak tahan..akak kana juga..lepas tu mkan ubat gastrik..janji makan...sedap...

Suzi said...

salam maksu...terjah maksu dimlm hari...buat apa agaknya tu?

alvin takda umah harga 8juta said...

mak su..
buat senaman mulut je..

layan gak..



mak su..camna mak su buat setting org tak bole copy paste apa2 kat blog mak su ni??
ajar arr sy..

PinQib said...

uuuu.. orang cakap.. klu pedas sngat.. kita biarkan mulut kita yterbuka dan biarkan air liur menitik jatuh..

Jum singgah belog Pink!

Takdir yang mendukacitakan! !

silbi abigail said...

Rindu petai cecah sambal belacan kat medan selera setiawangsa...

Bingai @ Bangang said...

Produk rempah dan pedas meninggikan suhu badan dan membantu memecah lemak seperti senaman. Tapi pengambilan produk-produk seperti ini juga mungkin mendatangkan kesan sampingan seperti ULSER (luka dalam perut) dan sebagainya.

(nak kempen kejap website orang. hehehe) Cara baru, mudah dan sedap -> http://www.sabrina.worldwellness.com.my

Kalau sakit-sakit kaki atau badan cuba lak http://www.arizan.ecpi.my

BTW - Blog anda telah tersenarai di http://e-direktori.blogspot.com dan anda dijemput meletakkan logo e-direktori di blog anda.

kakngah said...

try berenang lak maksu...

Masy said...

cekotak itu apekah maksu? cekedikah maksudnye?

ain said...

salam mak su..we all anak beranak mmg ta kuat pedas, sbb tu la tak langsing kot.hehe

MOKCIK AZWA said...

Boleh pakai ker cakap2 artis nie....huhuhu makan cili konon...ntah2 setiap minggu gi buat balutan cili supaya langsing...

ish ish...tergeram pulak kat artis hehehe

kalau maksu naik beskal tu gerenti tak boleh jadi selim, poket jadi selim mungkin boleh jadi kot...
hehehe

Aku Bukan Bidadari said...

maksu, makan cili kurus? tapi beckham tu x mkn pedas tpi kurus melidi ajer, cmner tu maksu?

julietchun said...

siapakah yg bgitu kreatif ikat beskal tu dengan dawai? kasik sepp sikit,ehehehehe.

Cik Pah said...

mil cik pah orang seremban tapi tak makan pedas.. pedih ulu hati katanya..terbalik pulak, cik pah dari sgor nih pulak makan nasi ngan cili sebiji sebiji.. tak pedas tak kawww.

shasha said...

err...rasa cam nak pinjam basikal baby w laa...bole?