Tuesday, July 27, 2010

lah dah international dahlah

kalau menonton wayang kita cerita kita wayang siapa kalau bukan wayang kita, adalah tidak menjadi kehairanan bila terdengar dialog:
okeylah
aku nak pergi makanlah
kau mandilah dulu
kau tolong belikanlah
aku suka baca blog kaulah tu sebab aku datang selalu (oops, ni tak pernah dengar lagi dalam wayang)

Tapi selepas menonton 2, 3 filem Tamil yang disiarkan di tivi, maksu tengok mereka sudah mula menggunakan menambah 'lah' di hujung beberapa ayat-ayat mereka, sudah tentulah cerita mereka filem mereka itu berkaitan dengan Malaysia dan culture kita (baru-baru ni saya tengok Vijay, hero cerita Tamil yang hensem wajah babyface tu, cakapkan alamat suatu tempat dalam Bahasa Melayu, yeah, saya seronok plaks, macamlah Vijay datang ke Malaysia nak cari saya), hahaha.

Eh wahlah, hebatlah, lah sudah jadi internationallah.

Saya sungguh banggalah :D

Tapi ada satu hal ni, buat saya menjadi hairanlah. Saya kelirulah, kenapa ada hati dan jiwa yang suka sentaplah walaupun tiada siapa sentuh, usik, touch dia..... kenapa ha?

Hati dan jiwa itu akan rasa terganggu bila:
ada orang genyeh mata depan dia
ada orang senyum sambil pandang henpon depan dia
ada orang masuk ke dalam ruangan kerja sambil pegang beg warna coklat di depan dia
ada orang masuk ke ruangan kerja dengan muka yang tensen
ada orang masuk ke ruangan kerja dengan pandangan mata yang keliru
ada orang lalu depan dia sambil ketawa beramai-ramai dengan kawan-kawan
ada orang berjalan dengan gaya tunduk memandang ke lantai
ada orang bersiul-siul kecil lalu di depan dia
ada orang pakai kasut tumit tinggi 5 inci lalu depan dia
ada orang jawab telefon dan berbual-bual di telefon di depan dia atau berhampiran dia
ada orang mengeluh marah di depan dia, hampir dengan dia, untuk perkara lain tapi dia terdengar
ada telefon bimbit orang membunyikan lagu scorpion tatkala terima panggilan
ada orang tengok gambar vacation di pc dan dia kebetulan terlihat

- kalau nak dilistdownkanlah, banyak lagilah perkara yang menjadi kesentapanlah kepada hati dan jiwa orang itulah, saya berasalah sangat hairanlah.......

Hhmmm, hairanlah tak lah or awak hairanlah? Pelikkanlah..... iyalah, suka hatilah....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

iina said...

hati org kita tak dapat nak jaga kan maksu.. baiklah jaga hati sendiri.. ;)

fa10 said...

kalau LAH dah jadi international...
untunglah org yg nama Abdullah, Razilah, Ramlah, Jamilah... tak perlu perkenalkan nationality.
OKlah... nak lunch dululah...

kak Erna said...

mak su pun suka tengok cite tamil ye..kat rumah akak ni ada sorang..mesti bukak...hari2 tak mis..

noorlara said...

nasib baik depa guna "lah" kalu "apa nama"lagik gempak hahahha, maksu ni macam tau jek akak rindu ke dia,ptg tadi tak sempat nak singgah tp niat ada hahahha

shasha said...

selalu jalan sambil tgk handphone dan sengih2 sorang...pelik ek...

LiNda said...

Salam Mak Su ..
harap sihatlah
jangan marahlah
nanti cepat tualah !

hahahaha

ckLah@xiiinam said...

Ya maksu...hati kita..suka hati kitalah...Yenna dey. Amma!

Kujie said...

tak nak sentak pagi2 ni maksu...relex2 sudah

MOKCIK AZWA said...

OkLAH tu..ada jugak LAH masuk dalam citer Tamil LAH, daripada tak da masuk langsung LAH...ntah apa2 LAH mokcik ni huhuhu

jangan sentap2 LAH...relak LAH hehehe

Farid MOFASAD said...

jaga diri emak sulung

:)

Mak Su said...

:), tima kasih LAH, okey LAH :D

DrSinga said...

kenal ckLah???
:)

Choko said...

penin lah...hahahha!

makdara TERDIVA said...

maksu..cayalah! kita pun suka gak tgk citer tamil..haha!