Friday, July 23, 2010

Kenangan Ramadhan Bersama Ben Ashaari

Aku teruja bila ke blog encik ben di sini, ada-ada saja bloggers yang nak berkongsi kenangan ramadhan mereka. Aku tertahu tentang hal ni sebab aku memang follow encik ben, i setia tau. Aku usha dari kejauhan, lama-lama, tak tahan plaks, bukan kerana cemburu bukan kerana nak merapu tapi sekadar nak berkongsi cerita denganmu, ehwah.

Ramadhan 5 tahun yang lalu, sahur yang pertama, aku dikejutkan dengan suara deringan telefon yang menyatakan bahawa kakak iparku telahpun meninggal dunia. Dia menderita kanser payudara yang merebak menjadi kanser tulang selama lebihkurang 11 tahun. Sebelum Ramadhan tiba berminggu-minggu jugalah dia berumah di Hospital Selayang. Mujur di KL, senang untuk aku melawat arwah.

Selepas beberapa minggu di Hospital Selayang, pihak hospital membenarkannya keluar, lalu abangku mengusahakan kenderaan untuk membawanya balik ke kampung, iaitu sehari sebelum hari melihat anak bulan.

Arwah merupakan seorang yang low profile dan dikurniakan tangan yang berbakat, pandai memasak, juga pandai menjahit, selalu tersenyum. Kain sarung kusyennya pun merupakan buatan tangannya sendiri apatah lagi langsir yang menghiasi tingkap rumahnya.

Sabar dan tidak mahu mencari simpati mengenai penyakit yang dialaminya, sentiasa mempamerkan wajah yang tabah dan cekal biarpun kesakitan membelenggunya. Tawa sentiasa di hujung bibir.

Hormat aku yang besar untuknya dan al-fatihah, moga rohnya ditempatkan bersama roh-roh para solehin/solehah. Aminn.

Masih berbekas di ingatan.

Itulah kenangan Ramadhan terbesar buatku. Apa yang menjadi kepiluan yang besar buatku adalah kerana aku sampai ke rumah arwah ketika arwah telahpun selamat dikebumikan.

p/s: terima kasih miemiey_slamzer sudi follow blog ini. Ca$h mommy pun ada. Tq

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

Cik Pah said...

alfatihah untuk beliau..

HEMY said...

dia dapat nikmat meninggal time ramadhan kan mak su..bagusnyeeee

Mak Su said...

cik pah, thanks

hemy - a'ah kan, alhamdulillah

shasha said...

teringat arwah makcik yg menderita kanser rahim...meninggal di hujung2 bullan puasa....

aNIe said...

Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman...

makdara TERDIVA said...

alfatihah buat arwah..

nabilah_2908 said...

Al-fatihah buat kakak ipar Maksu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERMIMPI TENTANG ULAR

nabilah_2908 said...

maksu ada tk kenanagan yg kelakar masa bulan ramadhan..? share la..hehe.. ;)

julietchun said...

kenangan begitu payah nak lupa.

kak Erna said...

alfatihah untuk arwah..

AngahSayang2314 said...

ya allah... al-fatihah buat arwah.. sedih angah baca

Mak Su said...

thanks semua, sebuah kenangan, tak apa, simpan dalam almari ingatan :)

Zareda Norman said...

Alfatihah...

miemiey said...

sedihnya maksu..yg baik mesti pergi awl kan....

sama2 kaseh maksu...;)