Friday, July 23, 2010

Hadiah untuk orang kahwin

Kawan sekelas aku sejak darjah 1 hingga ke tingkatan 5 telah pun melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya pada minggu lepas, dan minggu ini, kenduri kahwin akan dilangsungkan di rumahnya, maknanya.... BALIK KAMPUNG DEN yang nun jaoh di mato tapi dokek di hati oh Rombau juo Tampin yang kucintai............ selepas reunion di Bangi 2 bulan yang lalu, kami semua warga sekolah [tuutttt] berjanji akan berjumpa semula di kenduri kahwin nanti jam satu tengahari ketika matahari pacak di atas kepala sebab kami nak makan bersama-sama sambil shuffel dan buat lompat bintang juga bersilat pulut dan bertari tarian lilin (penat tak baca? tak ada tanda berhenti ataupun koma, hahaha)

Sebenarnya, sudah banyak tahun aku tak membeli hadiah kahwin, selalunya bila ke kenduri kahwin, aku cuma hulurkan paket angpau. Rasa-rasanya last aku belikan hadiah kahwin adalah pada tahun 1995 lebihkurang. Selepas daripada itu, cuma paket angpau sahaja. Mak aaii..... mesti blur andainya aku nak carikan hadiah untuk bekas schoolmate classmate ni.

Lagi satu maklumat, orang ni iaitu lelaki itu... berkongsi tarikh lahir denganku, kami berbintang Libra.

(bukan libre........)

;D

Hhhmmm, apa nak beli ni?

ada p/s lagi, terima kasih kepada ~asha~ dan kakLuna kerana sudi follow cerita-cerita di sini :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

33 comments:

nabilah_2908 said...

beli bnda2 yg biasa org bagi pun ok gak..

pnggan mangkuk..cadar..alat2 elektrik..

tk pun beli frame..mcm sy beli hari tu...hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERMIMPI TENTANG ULAR

makdara TERDIVA said...

maksu..saya berjaya tahan napas sebanyak 6 harakat baca perenggan tu :)

saya pun tengah penin nak cari hadiah utk tukar2 minggu ni..

apekata maksu bagi botol susu jer..haha!

kak Erna said...

mak su..belikan jam loceng..digital..

Masy said...

hulur duit jelah maksu ehhehehe

pB said...

kalau pB , pB akan beli sejadah

Mak Su said...

nabilah, makdara terdiva, kak erna, masy, pb - lagi satu masalah saya sebab saya ni jaghang-jaghang keluar kot, entahlah, sudahnya, angpau gaks... tapi eloknya, aku ngepau lauk-pauk kenduri juga, kan... hehehe

Choko said...

member saya kawen saya bagi kuali je maksu..apekate maksu terai bagi kuali tengok..hheheheheheheh

Zareda Norman said...

mak su

bagi buku pun ok... nak bagi pinggan mangkuk mesti ramai yg dah bagi tu..

kakngah said...

pd saya, peket angpau lbh prktikal. ye la.. sekurang2nya blh tampung sewa kusi pelamin hihihi!!
kalau bg barangan ni, kebanyakannya tdk diguna atau dikitar semula dgn memberi kpd pengantin baru yg lain..

kayteeze said...

Beli set cadar pun ok, sebab dia boleh guna walaupun dapat berpuluh cadar yang lain..

Mak Su said...

hadiah kuali? good idea, in fact, maksu pun nak. kuali maksu dah bocor! hahaha

julietchun said...

kena beli sesuatu sebagai kenangan utk dia :P

Ibu n Abah said...

Maksu...
lebih senang beri angpau daripada beri hadiah.. tapi kalau dah namanya teman rapat... kenalah bagi hadiah buat kenang kenangan.
Baru ni anak kawan baik akak kawin. Kami belikan periuk nasi letrik yg canggih tu... anak teman sekerja suami akak kawin suami belikan bohemian kristal untuk hiasan... kiranya hadiah2 begitu membantu untuk pasangan pengantin memulakan hidup baru....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

beli baju tdo untuk pengantin

kah3..

Tihara said...

saya suggest beli periuk nasik elektrik..miahaha

shasha said...

beli mesin basuh pun ok gak mak su....grand gila kalo bawak hadiah kawin pakai trolley....hehehe!

noorlara said...

hadiah perkahwinan tak semestinya untuk kawan lelaki maksu tu, boleh beli yg dapat dikongsi mereka suami isteri. Hakak biasanya suka belikan frame ganbar yg agak mahal maknanya cantik dan berkualiti dah tentunya benda itu akan digunakan untuk mempamerkan gambar perkahwinan mereka sampai bila-bila. Tak semestinye beli sekeping je!

kakpah said...

libra? maksu bolikan dacing yo lah.. ahaks..

miemiey said...

maksu bg je spender..hahahahaha...

ye laa kawn2 ni rasa segan plak kl hulur angpau je kan..mesti nak ada kngn dari kita..beli apa2 pon maksu...toto ke..peralatan elektrik ke..apa2 aje..

~asha~ said...

kak mula2 baca dari atas syok je..ehehe...cerita ttg bagi angpau dan hadiah kawin..skali ada p/s ringkas di bawah tu sentap plak..eheh sbb nama penuh ku terpampang..ahahaha..kak kalo letak asha pun its ok..

one more..maksu, kita sama bintang la...

izman said...

kalau saya, sampul salam atau beli album je. itulah saya bagi kat semua yg jemput saya. ha.ha.ha....

en_me said...

belikan jer hadiah 'kondom'.. tapi pesan 'jangan pakai malam pertama'.. ekeke, larikkks

Rozita said...

en_me...org baru kawen rasanya tk guna kondom lagi...

mak su..beli aje apa yg berkenan di hati. brangan rumah lagi elok. tp sy lebih suka klu ang pau...mcm2 boleh guna dgn duit itewww

Dinas Aldi said...

salam. beli barang dapur la, pinggan mangkuk ka atau apa2 yg sewaktu dgnnya. bagi duitsss pun best jgk. salah 1 la. kalau dua2 kopak jgk, kikiki

DrSam said...

saya pun selalu menghadapi dilema mencari hadiah yang sesuai apabila menghadiri majlis kahwin. Jalan senang bagi duit raya aje.

kak ina kl said...

tulah pasal akak tak suker beli hadiah..baik b agi duit dlm paket tu ..lagi sonang.

Linglung said...

tahun lepas ada seklai gua bagi hadiah kawin...tahun ni pun sekali..tp pergi kenduri org kawen berpuluh2 kali..tgk kemampuan la..ada duit lebih, gua beli la hadiah

LiNda said...

ish..ish.. fening..fening...

Rozita said...

mak su ambik contest kt blog sy
dini's contest

alvin takda umah harga 8juta said...

cuba bagi rumah yg ada corner lot plak sbg hadiah kawin..

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, I enjoyed reading your lively sense of humour....
and your choice of words too.
My University of Pasar Malam bahasa is improving, ha ha.
Have a nice day, Lee.

nottingham said...

hulur duit je.

zai said...

pinggan mangkok,periuk belanga,gelas..tu sinonim sgt dah kot..ala2 untuk mengingatkan pengantin tu tentang.. dah lepas ni jgn dok ingat makan tido je...dulu boleh la mak bapak bagi mkn...ha nak sgt kawin..kitaorang bagi semua benda ni supaya korang ke dapur dan buat sendiri..ada faham?...
cam ni lah..drpada fening fikir apa nak bagi..bagi je homemade coklat..ok apa!