Monday, July 12, 2010

Gaya dia yang lebih

Weekend lepas, kakak komplen, bawah matanya lebam, terkejar-kejar menyiapkan kerja-kerja sekolah yang penting untuk menambahkan lagi point untuk peperiksaan SPMnya nanti (Sejak balik dari sekolah tempohari mengambil report card, aku dah berubah menjadi diktator (pada waktu-waktu yang bersesuaian) jadi setiap hari dia dikerah untuk menyiapkan tugasan sekolah, alahai).

Oleh kerana itu, aku ketepikan sedikit hirisan timun untuknya, buat tekapkan di mata. Tak lupa juga, aku ketepikan 2 keping setiap seorang untuk kakngah dan kaklang. Untuk aku pun ada juga. Tapi ini budak w, gaya dia yang lebih, lawan taukey Tengoklah tu, macam kat spa, dengan 3 hirisan timun!! remote dekat dia, lapik kerusi dengan selimut busyuk kesayangannya.Adoi, tak boleh tahan tengok gaya budak ni, lebihlah pulaks...

Inilah dia salah-satu kerja yang kakak kena siapkan, lukisan batik. Canggih betul sekolah sekarang, siap kena buat kain batik / lukisan batik. Kalau masa maksu sekolah dulu, kain batik diguna buat samping ketika menyanyi di pentas, untuk persembahan penutup sekolah dan penyampaian hadiah hujung tahun.

Lain sungguh kan.....

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

15 comments:

GDIZ said...

perempuan kan. Kecik2 pun dh pandai jaga kecantikan.hehe.bagus2. ;p

kakngah said...

eerrr... timun di hidung??

Mak Su said...

gdiz, ahaks

kakngah, itulah tu

Cik Pah said...

habislah mak su.. nnt dia besar sket lagi mesti minta blanja nak ke spa/ salon ker.

ejaMaria said...

hidung ade lebam eh?... hehehe

Mak Su said...

cik pah, hihihi

ejamaria - saya pun heran

makdara TERDIVA said...

anak sudah lawan mak! hahaha!

teringat si abg yg buat keje sekolah sampai sakit2 mata..
pastu pagi esoknya bangun tido taik mata berselepat..

Kniedaz said...

alahai...rajinnya...saya tak sempat pun nak letak timun bagai..kadang2 nak gak simpan uncang teh..tapi asyik terbuang je..kahkahkah

Mak Su said...

makdara terdiva, sian kat budak2 tapi utk sekolah mereka, kita kena tegas, ek...

kniedaz, maksu tak pernah buat pun sebenarnya, tp anak punya pasal, usahakan jugak

achik said...

amboi.. mmg x boleh tahan betul tengok gaya baby w.. eheheh..

azq said...

awal2 dah letak timun kat hidung ye babay W, takmo blackhead hinggap eh?
hahahhahaha...

oh, samalah, sejak lepas ambik report card ni, makin berdesing2 suara ku menyuruh anak2 buat h/work... malu weh jumpa cikgu bila dalam buku latihan bertanda '?' sebesar alam! hihihi...

Mak Su said...

achik- hehehe

azq - aramak... hahaha

Aleeya said...

ape la yg dibincang tu...pasal jusmate kah heheheh

Aleeya said...

kemain anak dara sowang nehhh hehehe

Ain said...

lawak la baby w....

sampai ke idung tempek hirisan timun, buleh bernafas ke Yang?

hahaha....