Tuesday, July 6, 2010

Gambar terkini


Inilah dia w, dengan cekotaknya (anak patung katak kaler ijao), sangat sayang, dibawa tidur dan juga ketika berbasikal di petang hari bersiar-siar. Masa mula-mula diberikan, dia sangat takut pada katak itu, lalu aku kata, ini bukan katak, ini cekotak.


Ini w, dia selongkar barang kakak-kakak dia dan jumpa inai, dia ingat pen tulis-tulis lalu nak cakar dinding, sebelum itu terjadi, meh aku cakarkan tangan dia.... lalala


kakngah bergembira peace peace selepas menghabiskan duit kutunya.


W bergaya dengan baju pink yang dia berjaya dapatkan selepas dia mengugut akan nangis golek-golek di kedai. Aku kata, 'mak belum dapat kutu lagi, kakngah yang baru dapat kutu'.
Dia pun jawab, 'ambil saja kutu dari Li_li, Na_na, Ti_ti, tapi w mesti nak baju pink ni sebab w suka jadi cantik pakai pink' (dia pegang tak lepas)

Teropong teropong.... "net not net not, anda di mana? anda di mana?"

Terima kasih buat ~yus~ & Tihara yang sudi menambahkan geng tidak kosong maksu, yea yea yea :D
Maksu target geng seramai anam billion, lepas tu boleh buat koperasi, heh heh heh (angan-angan)
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

zulkbo said...

salam bertandang..
moga hari ini sihat-sihat
sahaja yek...

nabilah_2908 said...

hehee..pandai tul W ugut Maksu... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAH GUNA

m.q said...

pandai tol baby w mujuk nak beli baju cantik kaler pink yer

Ain said...

chumell jer panggil cekotak....

hehehe....

pandai baby w psiko mak su yer....dapat baju selai....

MOKCIK AZWA said...

Mak su,

cekotak itteww sangat cute seperti namanya hehehe...mokcik suka katak ijo...

memang santekk aa baju pink itteww...kalau anak daras mokcik nampak harus dorang pun nak nanges golek2 kat depan kedai klu tak dibelikan...

teropong aper la tu agaknya mak su ekk...hehehe comel la tukang teropong tu ..

shasha said...

heheheh...baby w yg dah tak baby dah...dah besar!

pB said...

ello ello

HEMY said...

haha...enam billion yeee...hebat ah skill ngepau baby W

Cik Pah said...

tinggi targer akak.. tapi mana tau kan. impian akan menjadi kenyataan..

Kniedaz said...

angan2 nak bukak koperasi ye..ble wat pinjaman peribadi tak nanti? hehe

daisy said...

dik..pinjam katak ijao~

aNIe said...

Maksu...comelnya baby W....

MOKCIK AZWA said...

aik...rasanya tadi dah tinggal komen panjang lebar dah...gi mana ek??

Mak Su said...

hehehe, tak boleh bawak baby w ke kedai.... kempis wallet :)

target nak buat koperasi, boleh buat personal loan, hahaha

mokcik azwa, semalam blogspot tak leh tulis komen, fenin lalat kot