Thursday, July 15, 2010

Cerita Kosong: Iyalah, tapi siapa dia tu?

Jarum pendek telah berganjak melangkaui angka 6, orang yang ditunggu-tunggu masih tak kunjung tiba. Aku melangkah perlahan-lahan ke meja penyambut tetamu di lobi, kedua-kedua kerusi yang disediakan telahpun berpenghuni, Alberto Messi sedang bertugas sebagai penyambut tetamu gentian dan pakcik Graham Muller duduk santai di sebelahnya.

Aku tersenyum panjang sambil menghampiri mereka dan alberto tersenyum mesra kepadaku, nampaknya seperti dia tak sabar-sabar hendak berbicara, aku memulakan, ‘Alberto Messi kena bertugaskah, kenapa tak pakai baju kurung? hahahaha. Mana Shakira Hannah Maisara ?’. ‘Shakira Hannah Maisara balik cepat, ada hal’. ‘kak, kak, akak pernah dengar tak pasal ofis kita ni?’.

‘apa dia? Apa dia?’, tanyaku pura-pura tak tahu sedangkan aku terus dapat mengagak apakah yang dia maksudkan. Aku sendiri dan beberapa rakan pernah ada unexplained weird encounter sebelum ni. Alberto Messi memandang kepada pakcik graham muller yang sedang duduk tenang melihat orang yang lalu-lalang berhampiran, ‘pakcik Muller, ceritalah, biar akak Kimora Raihanna ni saspen, tak berani duduk dalam gelap!’, gertaknya mengharapkan aku menggigil ketakutan.

Aku yang teruja terus mengasak pakcik Graham Muller bercerita, dia yang pada mulanya tenang dan cool tanpa berlengah-lengah terus bercerita, ’tak ada apa, tak usah takutlah, saya pun tak berapa nak percaya benda-benda ni, tapi tang ni, saya percaya cerita budak tu’.

’hah?! Apa dia? Cerita apa? Budak apa? Cepatlah, dah tak sabar ni, dok tershuffel-shuffel dah ni tak sabar’.

Pakcik Graham Muller meneruskan ceritanya, ’2 hari lepas, ada satu budak ni sampai cepat, dia nak pergi buat air kat pantry, kiranya dialah yang first sampai kat tingkat tu’. Dia berhenti sebentar menarik nafas, ’dia tak buka lampu sebab masa tu baru pukul 7pagi, ataupun lebihkurang pukul 7 5 minit pagi macam itulah; tapi dah terang jugalah, cahaya matahari pagi dah mula masuk dah ikut tingkap, bolehlah kalau setakat nak pergi buat air’. Aku mengangguk-angguk tidak sabar nak tunggu penyudahan kisah ini.

’kak, dia nampak hantu kak’, tiba-tiba Alberto Messi menyampuk. ’hantu? Siang-siang tu? Kat mana? Kat mana?’, aku mulalah jadi tambah tak sabar.

’hish Alberto ni, nantilah, aku tengah cerita ni’, sergah pakcik Graham Muller, dan menyambung semula ceritanya. ‘tapi saya ni prinsip saya senang saja, aku buat kerja aku, engkau buat hal engkau, aku tak kacau engkau, engkau jangan kacau aku’. ’saya ni, baca saja ayat kursi ke mana-mana, tempat ni memang keras’, tambahnya.

’ya lah, tapi siapa dia tu?’, aku mula tak sabar.

’kita jangan ambil tahu siapa dia, kita ni kalau boleh, jangan minta nak jumpa dia’, kata pakcik Graham Muller.

’akak nak jumpa hantu ker?’, tanya Alberto.

’hish, orang bukan tanya pasal siapa hantu tu, orang nak tahu, siapa dia budak yang nak buat air tadi, cerita belum habis’, kataku, mula geram.

’adalah budak Cina tu, manager tu, dia kata dia nak pergi pantry buat air, masa dia lalu tu dia ternampak kat tepi tingkap dekat dengan pantry tu, ada satu orang, tinggi besar hitam memandang ke arah dia, budak tu terus menggigil ketakutan dan terus lari ke depan, dia tunggu saja kat situ sampailah ada orang lain masuk ke pejabat pula’, pakcik Graham Muller menyambung ceritanya.

Aku cuba bersiul tapi tak menjadi, ’siapa dia? Siapa dia?’

’kat tempat ni memang macam tu, ramai dah kata jumpa macam-macam, tapi saya tak mahu tahu siapa, biarlah, dunia dia lain, dunia kita lain’, pakcik Graham Muller menerangkan.

’tak, maksud saya, siapa dia manager Cina tu?’, kataku memperjelaskan soalanku. ’Alberto, siapa dia?’

’saya tak tahu kak, saya pun dengar cerita saja’.

’saya pun ada pengalaman pelik-pelik’, kataku pula. ’dalam tandas’, tambahku lagi, langsung aku bercerita tentang beberapa pengalaman rakan-rakan dan aku sendiri di tandas.

Setelah mendengar ceritaku, Pakcik Muller dengan tenang mengeluarkan pendapatnya, ’hhmmm, tak pasti, tak tentu, kadang-kadang perasaan saja, tapi pengalaman manager Cina tu saya percaya, memang betul tu, sebab ceritanya, dia takut sungguh-sungguh, memang dia tengok dengan mata kepala sendiri’.

Aku mula ingin berbalah, ’kalau takut, ramai yang takut, kita tak tahu yang dia nampak tu betul atau cuma perasaan saja sebab dia seorang masa tu, kan, sunyi, tentu perasaan seram dia dah buat dia lihat macam-macam, terasa yang bukan-bukan, ni saya tanya ni, siapa dia tu?’

’aku pun tak kenal siapa’, kata pakcik Graham Muller, ’tapi aku percaya cerita dia, dulu tempat ni memang tempat jin bertendang, dulu-dulu orang kata ada suatu pokok besar tak boleh nak tolak dengan jentolak, lepas tu ada orang panggil bomoh semahkan dengan darah kambing, barulah pokok besar tu boleh ditolak’.

’wow! Siap panggil bomoh, bomoh Melayu ker bomoh apa?’.

’tak tahu’, kata pakcik graham muller.

Aku nak cakap lagi, aku nak menjawab, kecil pula rasa hati ini, aku cerita dia kata perasaan saja, tapi yang dia dengar cerita dari siapa entah, dia percaya sungguh-sungguh pula?? Kenapa? orang melayu kuat auta? orang lain adalah betul?

Nasib baiklah ketika itu orang yang ditunggu-tunggu pun sampai, dan sampai sekarang, aku tak tahu siapakah manager Cina yang di dalam cerita ini.

Aku pula, berasa bengang terhadap pakcik Graham Muller, janganlah perlecehkan orang sesuka hati dan percaya kepada cerita-cerita dari orang yang berpangkat sahaja. Apa...! ingat orang bawahan ni suka mereka-reka cerita sebab nak cari glamourkah? Tidak ada yang seronoknya dalam pengalaman encounter dengan paranormal.

Siapa dia aku pun tak tahu, inilah dia suatu kisah cerita atas cerita.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

anymz said...

Ini lah lumrah kehidupan yang paling kita tension mak su...bila yang berpangkat dan berduit ckp auta temberang pun semua org percaya..kita yang ciput2 ni cakap benar,mati hidup balik pun belum tentu lagi orang nak percaya..
tensi...tensi...

kakcikseroja said...

Hadoi! bertambah pening kepalaku yang sedia pening ini... (tapi... kakcik selalu jadi tukang bukak opis.. macam hari ni - pukul 6.25 pagi dah terconggok sensorang kat opis ni..)

Cik Pah said...

ohh..cik pah kardashian tetiba rase seram ngan cite diatas.. hah..malam nih mlm jemahat kan..

Mak Su said...

kak anymz, iya ler.... janganler pandang rendah ek...

kakcikseroja, jangan pening2 ya... hehehe

cik pah kardashian, jangan fikir, jangan fikir

Ibuhani said...

cerita atas cerita....selalunya akan ditokok tambah n akan jdlah cerita benar pun akan jd auta......hahahaha...:)

Mak Su said...

ibuhani, yes, itulah yang sebenar2nya... ;p

AngahSayang2314 said...

salam mak su..angah datang tinjau2

& i follow uuu

iva saionji said...

hehehehe...cerita kalau dah bertukau² dari mulut ke mulut macam² leh jadi..hikhikhik

nabilah_2908 said...

hmm..betul la tu..

"kau buat kerja kau..aku buat kerja aku.."

if sy nmpk..sy akan pura2 tk nmpk bnda2 ni..setan ni nk mengacau jr..:)

pasal cerita lak...betul juga..if dh bnyk sngt mulut..daripada fakta akan bertukar jadi auta..

kita ni la yg kena main peranan..menilai mana yg betul..mn yg tidak.. ;)



jom ke APA KATA HATI pulak,
KERJA & BLOGGING

makdara TERDIVA said...

tiba2 teringat tentang kisah '3 beradik' huhu

shasha said...

tempat tu keras sbb dibuat dari konkrit apa...kan mak su kan??

Shukri Mohd Ali said...

alamak...rumitnya. tapi thrill =D

aNIe said...

Mentang2 dia manager...terus percaya...orang pangkat besar tak pernah menipu ke?

Yang herannya bila tanya manager yang mana...banyak tak taunya dari taunya...hehehe..

مريم أبو أحمد said...

cerita atas cerita... takleh caya, kan maksu? biarlah cerita first hand, baru best dan menyeronokkan.. hehe (kena konsep tak ni?)

HEMY said...

hahah..citer hantu pn nak ikut pangkat...ahahahaha..kelakar la

LiNda said...

Memula tuh rasa mula nak seram
pehtuh,
baca pertengahan dah mula naik bulu roma ..
last sekali dah tak seram . geram adalah !

Mr PenyuBiru said...

cerita hantu ni aku kurang percaya skit.kekadang bayang dari bangunan sebelah pun bleh jadik kecoh.hehe

T@sh Sch@ said...

waka waka kaka africa ...

bagus la kegeraman maksu ni ... menggelikan hati sayer jerr