Tuesday, July 6, 2010

Cakap sorang-sorang, Jimat tenaga

Aik?! Sunyi sungguh hari ini, huhuhu, nampaknya aku cakap sorang-sorang kat blog, feeling feeling macam this is beginning of my blogging hobby di tahun 2006 sebelum baby w lahir. Memang cakap sorang-sorang, tiada kenalan. Hari ini? ada kekangan di mana-mana agaknya.

Kat sini orang-orang bertali leher mewar-warkan penjimatan tenaga elektrik bangunan, gunakanlah tangga.

Bila banyak bergerak makanya badan pun penat apatah lagi hati ini, lagilah penat. Oleh itu aku bertindak menjimatkan tenaga dengan tidak menggunakan tangga, i.e jimatkan tenaga aku.

Nanti kalau aku jatuh terjelepuk di tangga, adakah orang datang menjenguk? mereka-mereka itu (?)

Semalam ada perempuan yang langsung tak pernah bertali leher sepanjang kariernya, asyik menerima arahan dari mereka-mereka telah pengsan di kerusinya. Sebelum-sebelum itu, sama juga, perempuan yang tidak pernah merasa bertali leher sepanjang kariernya, telah jatuh sakit, badan dari 70kg jadi 50kg, kurus kecut kerana kekurangan kesihatan.

Sebelum sebelum sebelum itu, sama juga, perempuan, juga tiada tali leher, sakit dan masih mc, pengsan di kerusinya. Kenapa?

Tenaga mahu jimat, hati orang-orang yang tiada pernah memakai tali leher seperti aku ini, jagalah sebaik mungkin, tiada orang macam perempuan-perempuan untuk memudahkan kerja... maka akan sukarlah pekerjaan depa.

Mereka yang pengsan tersebut berusia sudah cecah / melebihi 40 tahun, ada yang dah capai 50 tahun - tak pernah sakit sepanjang kareer mereka.

Sebenarnya aku pernah tercakap sebelum ini, orang-orang bawahan ini akan jatuh sakit juga satu hari nanti jadi minta belas ihsan, lebihkanlah bajet perubatan, kalau boleh berikanlah kemudahan periksa kesihatan tahunan.

Hhhmmmm.... sigh :(

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

5 comments:

iina said...

Wah nie kes kena jimat tenaga ke?? kurangkan guna lif dan gunakan tangga??

Setiap organisasi kena ambik kisah jugalah kan soal kesihatan nie.. bkn takat soal kesihatan tapi keselamatan juga ;)

Pok Li said...

setuju

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, From what little of my bahasa I remember, what you mentioned is right....
We only have this one life. No spare....
You keep well, Mak Su, best regards, Lee.

shasha said...

yup..sebab org bawahan yg byk buat keje sebenarnya...org atasan review saja...kan kan??

Mak Su said...

iina, betui tu

thanks pok li, uncle lee

shasha, ini yang tengah sedih ni, tapi takut plaks, takut2 orang kata saya kuat komplen, huhuhu, tapi ini facts