Monday, July 26, 2010

Berani belasah sajalah

Sebagaimana yang telah diberitahu, aku pun balik kampung aku pada semalam, aku lima beranak saja tanpa paksu chot, dia tak nak ikut katanya, penat nak tidur-tidur saja di rumah. Biarpun aku berani-berani takut nak memandu, aku beranikan diri belasah saja, aku pasti tak sesat, sebab nak balik ke kampung sendiri. Aku pun memandu masuk ke LEKAS dan melepasi simpang Temiang, terus ke simpang Jelebu / Kuala Pilah / Ampangan. Aku fikir takkanlah aku akan sesat di Ampangan, arwah uwan den dulu duduk di Ampangan tu lamo...... Sebaik bertemu traffic light di kawasan tu, aku mula gelabah, semuanya nampak asing, alien, co-pilot pun tidak banyak membantu. Adakah patut guna jari untuk tunjukkan simpang kiri atau kanan yang patut aku ambil, aku ni kan adalah pemandu amatur yang dah lama ada lesen..... hue hue hue.

Sudahnya, aku termasuk ke simpang Port Dickson sedangkan sepatutnya aku masuk ke simpang Rembau/Tampin. Alahai, nasib baik mata yang berusia 40 tahun 10 bulan ini ternampak signboard PLUS Johor Bharu, aku berani belasah saja terus memandu ke simpang itu, dan memasuki PLUS. Ingat nak jimatkan duit tol sikit, sebab belum gaji lagi ni.... huwaaaa huwaaaaaa huwaaaaa

Perjalanan yang seronok bermula semula selepas saspen tadi, sesampainya di simpang nak masuk ke kampung aku, aku disambut dengan pembangunan! Usaha membesarkan jalan sedang rancak dijalankan!


Kuranglah sikit takut aku untuk memandu di kampung sendiri jikalau jalanraya dah besar, hahaha...

Peace peace.....

Berjanji dengan kawan-kawan nak ada di rumah pengantin pada pukul 1pm, tapi aku sampai cepat, berani belasah makanan dahulu ..... yes!!

Pengantin sudah sampai lah!!! Mari sambut.


Pakcik ni sedang menari tarian piring (dulu2 depa taruh lilin supaya lebih dramatik), buka gelanggang :)

Ewah pakcik, gelek pakcik, gelek, goyang perut tu....
Sedang menari tarian piring, kting kting kting, eh wah, kting kting kting

kting kting lagikkk
Anak-anak aku sangatlah teruja, tak biasa tengok persembahan tarian lilin. Dulu-dulu, pengantin akan diarak di atas tandu untuk masuk ke kawasan rumah, tapi sekarang tak ada siapa nak angkat tandu kot, kenalah berjalan sendiri, kalau tidak, tentu menjadi kenangan manis buat anak-anak aku. Silat pulut tak dak, tapi orang kompang dan rebana adalah pakcik-pakcik belaka, mana orang muda?

Dari kiri berdiri: M, L, H, A (kawan baik masa darjah 1).
Duduk dari kiri: J, [tetttttt], bini kepada I.
Budak kocik tudung pink tu anak sapo ontah.......oh, anak M ler.... Sama-sama dengan w main pasir kat bawah rumah guest, hahaha
Guys: M, L, R (dia ni adalah anak buah saya) dan Az (dia ni husband kepada J, bila masa dorang bercinta entah, rasa-rasanya mereka mula bercintan masa di U, kebetulan mereka di U yang sama katanya)
Jelitawan-jelitawan SPM 1986: P, J dan [tettttt]
Huih, ramai sangat dalam gambar ni, aku pun tak larat nak namakan mereka. W totap ado :) Tapi kita tak bawak cekotak.
Wealls lagi!!! Yeaaa.... bilakah next event for reunion budak-budak SPM 1986?

Gambar-gambar lain: kaki anak perempuan sapo ni? huhuhu
Musim rambutan dah, kakngah dok usha rambutan jer kerjanya.
Sekian, terima kasih :D
Terima kasih kat cik oryza sudi follow blog ni :D
Hadiah kahwin? Mula-mula tu tak nak bawa w balik, so aku cadang nak singgah kat pasaraya kek rembau nun cari cawan koh pinggan koh mangkuk koh. Tapi w sedar dan nangis nak ikut, bila bawa dia, aku tak mahu jejak kaki kat mall mana-mana, kesudahannya, ang pau lagi........
Perasaan aku, seronok sungguh dapat jumpa kawan-kawan. Last beramah-tamah dengan mereka adalah pada tahun 1986, jumpa semula tahun 1987 untuk ambil keputusan SPM, lepas tu putus hubungan, dan jumpa semula di sini. Terimakasihlah A, kawan baik aku masa di darjah 1, dialah yang temui aku di facebook. Aku tak tukar nama pun.
Kenapa laki aku tak nak ikut balik ek..... padahal aku ni, bini dia, adalah pempuan yang boyfren_less masa di bangku sekolah, tak dek sapa nak buat aku jadik gepren depa, apatah lagi bila depa baca nama penuh aku, depa trus jadik trauma... huhuhu, Aku rasa faktor utama adalah semua segan + sangat segan kepada arwah abah.... hihihi. Tak kisahlah, aku lebih senang berkawan sebegini.....jujur, telus dan tulus.
Weiiii... korang dengar tak? i miss u all.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

makdara TERDIVA said...

bestnye reunion..

tp tema pengantin hijau pink memang mabeles!

Mak Su said...

makdara terdiva, 2 dekad lebih tak jumpa, bila dah jumpa semua berubah dah... hahaha

shasha said...

hahah...panik sekejap bila tgk SPM 1986 tu macam SPM 1996....
bila pulak saya ngan mak su ni sebaya ek??
*sengih2 manja kat mak su!

azq said...

kawan darjah 1? lama betul tuh... huhuhuhu....tahun '86 saya baru darjah 3.. hihihihi...

pB said...

Akhirnyaaaaaaaa

Mak Su said...

shasha, azq, ahaks

pb :)

Cik Pah said...

cantik kan combination hijau ngan pink...

kalau sya balik seremban pun skang nih mmg ikut lekas jer.. murah dan mmg lekas sgt lah..

julietchun said...

lamanya maksu tak jumpa kawan2.sekarang ni kat kampung2 dah banyak pembangunan, tak balik 2minggu je dah berubah. nasib tak lepas sampai ke singapore ye maksu :P

en_me said...

ammvoiii.. meriahnyerr uoolsss

T@sh Sch@ said...

waaaa....
windu nak balik umah nenek kat ampangan ...

uuwwwaaaaa ....

Ibu n Abah said...

maksu...
jgn kan alien, akak pun tak suka nak bercakap kiri atau kanan..takut silap sebut sebab mulut ckp kanan tp sebenarnya kiri.. senang tunjukkan tangan jer...
tak kuasa nak gaduh benda kecik cenggitu.........

Zareda Norman said...

MAK SU

Meriah kenduri kawin meriah lagi dapat jumpa kawan kawan lama kan

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

bestnyer, meriah sungguh

kakngah said...

thn 86.. ayo baghu dajah duo....

sahromnasrudin said...

salam..hiway LEKAS tue sunyi sepi kan..layan makan durian tak biler lik kampong? heheheheh

nabilah_2908 said...

wah...seronoknya...next time buat la reunion yg betul2 punya...sure lagi gempak..hehe..

1986..? sy baru setahun.. (^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DEMAM CEKODOK

syaf said...

camat pengantin baru,...


remau adelah kg saye...sekian,

Pelatt said...

wah...


syioknya!!

Adry said...

meriahnyerrrrrr


Adry @ http://www.adrysabry.com

Choko said...

maksu dah x menyorok lagi...heheheheheh

MOKCIK AZWA said...

banyak2 gambar, gambar peace peace paling meletops, menarik, tertarik, ko memang da bomb mak su!

bestnyer jupe kekawan masa darjah 1...wow...

zino said...

kenduri kek mano tu ada ustaz rashid tu..