Tuesday, July 13, 2010

Berada dalam DILEMA

Bila dalam dilema, makan buah delima pun tak terasa kemanisannya.

Begitulah yang aku rasa sekarang. Antara nak tengok Ong Bak, atau Mantra. Ong Bak memang tak dinafikan suatu filem aksi yang menjadi minat utamaku. Tapi selepas melihat cara pembikinan Mantra, aku jadi tertarik juga. Kedua-duanya akan ditayangkan bermula pada esok 15 Julai.

Satu lagi dilema yang besar sedang melanda diri aku ini ialah babysitter w yang baru tu sudah hendak berhenti pula menjadi babysitter beginning 16 July. Jawatan babysitternya hanya akan berkuatkuasa hingga tarikh 15 Julai sahaja. Selepas itu, dia pencen, opt for early retirement di negeri Selangor ini dan akan pindah ke negeri lain pada hujung minggu ini mengikut suaminya yang dapat kerja di utara.

Waduh....macamana nak handle permasalahan ini ya kawan-kawan?

Dulu, sedua tiga bulan yang lalu, aku baru saja pindahkan baby w kat Puan L ni, sebab w tak mahu lagi tinggal dengan auntie A, yang menjaga dia dari umur setahun lebih. Sekarang dia dah happy tinggal dengan Puan L, tapi malangnya Puan L pula nak pencen dah.

Apa yang harus aku lakukan?
. aku cuba cari orang lain untuk jaga w, sudah pasti tak akan hantar dia ke auntie a lagi.
. aku berhenti kerja?
. paksu chot berhenti kerja dan jadi househusband?
. orang gelakkan dan ejek paksu chot sebab berhenti kerja ??
. aku berhenti kerja dan jadi surirumah dan cuba cari duit tambahan dengan jaga anak orang lain pula dan berisiko samada dibayar atau tak dibayar (seperti yang selalu aku dengar rungutan2 dari para penjaga kanak-kanak di rumah)
. aku berhenti kerja, ambil upah jaga anak orang, kehilangan a few privileges kerana bakal kekurangan pendapatan yang besar seperti kebiasaan, simpanan epf pun akan berkurangan

Aku tak kisah kekurangan pendapatan, kalau makan nasi lauk telur mata masak kicap setiap hari pun tak apa, kalau jemu buat sambal ikan bilis, kalau jemu ikan temenung pun ada - aku ni low maintenance, beranak pun aku tak mahu dah, 4 is enough.

Motor dah habis bayar, kereta sedan lagi 3 tahun habislah hutang tu. Rumah kecik flat ni pun oklah, kalau bosan sangat, dapat duit epf nanti, baliklah ke kampung halaman.

Entahlah, nak buat solat istikharahkah? Antara patutkah aku berhenti kerja or paksu chot berhenti kerja or cari lagi babysitter baru.

p/s: w sudah pandai tulis 'a' capital. Tanpa aku ajar. Seronotnya..... hari tu, lepas dia taruh timun kat mata dan hidung, lepas tu dia mencakar2 pula, aku ingat nak lukis gambar alien, rupa-rupanya dia tulis A, 0, +, -.

Good observation W!! caiyuk caiyuk

p/s lagi: terimakasih kat Donny dan Whitetulip tales sebab sudi follow kita dan jadi geng kita yang tak kosong :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

21 comments:

Ummi said...

kalau itu yang terbaik, apa salahnya, rezeki di bumi Allah ini luas, di mana-mana sahaja ada rezeki cuma perlu berusaha aje :)


so mak su apa lagi, housewife, jiwa pun tenang, cuma kena buat budget habis-habisan aje :)

shasha said...

hmm..baby w bakal jadi doktor tu maksu...dia tahu dah jenis2 darah...

puterikurekure said...

isk..susah kan? saya pon terpikir2 kalau babysitter skang ni tetiba nak berpindah ke apa ke...

Cik Pah said...

carik baby sitter lainlah mak su.. tapi kene pilih betul betul lah..

pB said...

salam Mak SU ...


susah gak nak buar keputusan nie.
Cuba riki riki kat area tu ada ker yang nak jaga ...

Mak Su said...

ummi, agree with u

shasha, hehehe, maksu ingat dia lukis gambar atap rumah tapi A tu quite perfectlah utk budak umur nak masuk 4 tahun, dia marah, dia cakap, w tulis A lah.

intan, huhuhu

cik pah, pb - w saya tu dah "pandai", susah nak tackle hati dia

مريم أبو أحمد said...

maksu, W mau pegi sekolah tak? hantar pra tadika, menarik juga untuk dia.. huhu

Ibu n Abah said...

salam maksu...
setuju dengan pB.. memang susah nak bagi pandangan.. tapi cubalah riki-riki disekitar kawasan rumah maksu kot-kot adalah babysitter yg sesuai dengan w... Insya'Allah... bertemu juga nanti..tapi kenalah rajin turun kereta..ketuk rumah.. bertanya itu ini... dan bila dah puas hati, bolehlah cuba...

Ain said...

memang susah nak buat keputusan bila masuk bab penjagaan anak2....

kalau tak dapat carik pengasuh yang sesuai, hantar baby w ke taska mcm mana?

boleh jugak dia belajar dan bergaul dengan kengkawan baru....

nas aliff said...

penah dgr byk cite pasal babysitter dr kwn2.. xle caye sgt kt diowg tu..
huhu

HEMY said...

ong bak 3 tu tgok byk kali syok..dload la mksud saya..mantra?? errrr..citer melayu tgk wayang cuma hasil afdlin shauki je

Ina Hashim said...

salam maksu

aduh...dilema sungguh psl babysitter tu kan...papepun, semoga membuat keputusan yg terbaik utk semua :)

ima said...

salam mak su...semoga mak su dapat menyelesaikan dengan baik...

nabilah_2908 said...

kalau maksu kata tak kisah..ok la kot if berhenti kerja..

maksu boleh juga tmbh pndptn dgn buat bsns kecil2lan..bsns on9 ke.. :)

apa pun...sy doakan moga maksu dpt membuat keputusan yg trebaik.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AHAD YANG LEPAS

kakpah said...

cari dulu babysitter lain. takyah berenti. nanti nyesal. taska pun banyak kan?

MOKCIK AZWA said...

memang buah delima betul la kannn...

cuba try test risik2 kalau ada taska yang boleh dipercayai area maksu tu..semoga bertemu jalan penyelesaian terbaik

m.q said...

maksu berhenti kerja dan buat bisnes online dari rumah :)

kak Erna said...

maksu anta taska la..baby w dah besar dan cerdik..pagi tadika..petang taska..sampai ada yang dah balik kerja untuk ambik dia..

Zaitun said...

Ikhtiar yang lain dulu,kalau berhenti kerja banyak benda yang tearjerkers,lainlah macam masaalah kak Zai dulu anak sakit susah nak cari orang yang sanggup jaga.

Pok Li said...

Dilema suami isteri bekerja

DrSinga said...

anda membuatkan saya bernyanyi-nyanyi lagu 'dipersimpangan dilema' hari ini...
:)