Tuesday, June 22, 2010

Warna-warna alam

Semalam kepenatan kemengantukan seharian. Hampir2 terlena masa jawab telefon, sangatlah sangap.

Memandangkan ramai yang suka ditiadakan butang read more, oklah, saya mengikut ajer (cakap sambil tersenyum simpul) (eh... macam time orang datang meminang plaks beberapa tahun yang lalu ;p)

Rasa-rasanya, warna biru background dan gambar background tu dah cantik dah, tak perlu nak ubahsuai lagi, cumanya sejak letak iklan Mangga, saya sudah jadi ahli ordinary saja dengan Nuffnang. Tak apalah, sebab saya nak terai Mangga juga.

Kalau kita ni kan, pergi melawat orang sakit ler... Siapakah yang sebenarnya kita lawati? Pesakitkah? Katil dia kah? Nurse yang cantik-cantikkah? Doktor yang macho-macho kah? (itupun kalau dia still macho lah, and kalau dia bujang lah, oops!), ataupun sebenarnya lawatan kita tu adalah untuk menunjukkan sokongan moral dan sebagai a shoulder to cry on untuk keluarga si pesakit?

Semalam masa di kedai makan masa aku memesan kueh tiaw goreng, terlihat orang lap peluh masa permainan bola tengah rancak di dalam hujan lebat di sanun nun. Haduh, terfikirkan bab early retirement pula bila melihat nombor kosong yang berbalas banyak terpampang di skrin tivi, sangat sadis. Kalau akulah jadi jurulatih, tentu letih.

Terfikir suatu cadangan, itupun kalaulah aku jurulatih, sebab kadang-kadang tengok orang kejar bola, aku tengok semua orang dok kejar bola, kecuali goal keeper, kalaulah goal keeper boleh kejar bola, tentu dia pun kejar kejar kejar. Aku nak gubal suatu rang undang-undang perbolaan, sesiapa pemain tinggalkan posisi dia lebih dari 5 minit, kena bayar denda sebanyak RM50.

Eh! apa barang RM50, RM2,000 lah!!!!

Susahnyaaaa.........

Terima kasih kepada azrina 0307, follower # 113. Sebenarnya saya juga nak ucap terimakasih atas kesudian mengfollow kepada follower # 112, juga # 111 :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

12 comments:

julie^beth said...

biasanya kita kasi sokongan moral kpd pesakit. tunjukkan concern.

Mak Su said...

julie - pesakitnya tak sedarkan diri :(

Ain said...

kalau gi hospital mesti la kita nak lawat pesakit tu kan....

nak tengok keadaan dan perkembangan pesakit tu macam mana....

ima said...

salam maksu...tentulah nak tengok orang sakit dan beri sokongan moral kat keluarganya...yang selebihnya terserah pada individu itu sendiri...

shasha said...

kalo saya...saya nak bagi dorang bola sorang satu...tak yah la dorang rebut satu bola tuh...kan kan?

Mak Su said...

ain, ima - betul :)

shasha... hehehe, sokong

MOKCIK AZWA said...

sana sini orang berkisah pasal portugal lawan korea 7-0...agak2nya kalau Malaysia main, berapa gol agaknya ek??

eh..cantik dah blog maksu ni..kalau boh banyak2 sangat nanti susah nak upload hehehe

Frodo Baggins said...

rule pe ni maksu??
hahahahhaha

>>___<<


7-0. cukupke? ehkekeke

sayangsayangibu said...

kalau melawat pesakit, memulo fikir nak bawak apo nih yo.. heheheh ;p

azq said...

wah! layout baru... oh, saya pun senang kalau post mcm ni, tak payah klik 'read more' :)

oh, maksu, penjara pudu sudah roboh...

Mak Su said...

tq mokcik azwa

frodo, hehehe

sayang2ibu... iya ler, bunga or buah or wang ringgit untuk bantu ringankan beban.... ?

azq, tq...:)
hah? dah roboh? alahai, tak dpt nak tour

PinQib said...

stress mksu masa kena tekan readmore tu.. sungguh