Wednesday, June 30, 2010

Vice Versa

Bila balik kerja sambil membonceng motosikal paksu chot, aku kadang-kadang berasa sakit hati bila ada pemandu kereta kecil comel memandu kereta mereka seperti sedang menunggang motosikal pula, cilok sana cilok sini, duduk di lane tengah (atas garisan putih) macamlah kereta mereka tu bersaiz motosikal! Tak tentu hala, tah hapa-hapa ntah.

Baru-baru ni, sambil mendekati sebuah plaza tol, aku menyuruh paksu chot ambil lorong yang di kiri sekali, supaya senang nak terus masuk ke simpang ke kawasan kami.

Dengan berhati-hati, paksu chot memandu kereta buatan nasional mendekat lorong yang di kiri sekali, tiba-tiba kedengaran hon comel di belakang kami, sebuah motosikal berhenti dan ada seorang lelaki yang sedang marah-marah. Alamak!!!!

Kami berada di lorong yang dikhaskan untuk motosikal. Sambil malu-malu kucing mengangkat tangan, paksu chot reverse kereta buatan nasional masuk semula ke lorong paling kiri yang dikhaskan untuk kereta.

Ish ish ish, vice versalah pulak... maluuuuu

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

19 comments:

zino said...

masuk lorong motosikal nanti tak payah bayar tol hehe

kal jis (im not carl zeiss) said...

Sib baik boleh reverse, klu idak camana? hehehe..

frwls said...

kuangkuangkuanggggg hehe

shasha said...

aiyoh!! camna bole terlupa ni maksu
??

puterikurekure said...

hahaha. klakar la maksu ni.

m.q said...

cmne boleh tersalah masuk line tu maksu?
hahahah

SUZIE APAI said...

tmpang gelak sajork..klako jugak tu...

Masy said...

hahahahahha mmg cari nahas betul ;)))

pB said...

ada member tu , hari hari dia guna motor. hari tu , dia naik kereta. terus jer masuk lorong motor. memang tak leh reverse sebab time dia perasan , dia dah separuh jalan ...


kuang kuang kuang

nuraarin-life said...

mesti cuak masa tue kan.. sib baik boleh reverse...

Mak Su said...

kih kih kih, malu bebeno ;), kes tersasul

DrSinga said...

kahkahkah!!!!!!
guling2 gelak ni !!!!
.
pssst... pakai helmet tak dalam kereta???

Ummi said...

tersasul ke? sebab selalu naik limosin :)

nabilah_2908 said...

hehehe...takpe la...malu kejap jer.. pengalaman manis tu...hehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MASSAGE BOX

Purpleheart said...

hahahaha..tergelak kejap...

Mak Su said...

:D

Zaitun said...

Kadang2 tersasul juga ya,cool....

shahrul said...

hahahahah..klako,klako...

:p

PinQib said...

hehe.. siyes ketawa sorang3 baca entry ni.. mesti panik gile kan??


Jum singgah belog Pink!

Cute tu hodoh!