Wednesday, June 2, 2010

Tun Tuah tidak turut mendaki Gunung Ledang

kerana menurut Hikayat Hang Tuah yang pernah ku baca di tahun 1980an dulu, Tun Tuah telah meningkat usia dan tidak larat untuk mendaki Gunung Ledang; untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka ketika itu.

Pada hematku, mungkin usia Laksamana Tun Tuah ketika itu sudahpun melebihi tahap usia pencen 55 tahun sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh penjajah British yang pernah menjajah Malaya di tahun 1950an dulu. Sekarang usia pencen 56 tahun dah kot? Aku pun tak pasti, hihihi.

Itu cerita Tun Tuah, dia menunggu rombongan meminang di kaki Gunung Ledang, tapi kalau mengikut peringkat ilmu dan usia Tun Tuah tu, kalau setakat Bukit Broga yang berketinggian 1.7 km, rasa-rasanya dia akan berlari-lari anak sahaja mendaki bukit ni.

Kronologi pendakian kami, dari rumah, kami pergi ke Semenyih, di sebelah kanan ada masjid dan sekolah rendah, kami teruskan perjalanan masuk simpang kiri mengarah ke Taman Sentosa. Melalui University of Nottingham, tapi tiada pula kuda perang wirawan dahulukala di sana, yang ada hanyalah kompleks tempat orang belajar (bila sebut Nottingham, tiba-tiba teringat Robin Hood (Kevin Costner)).

Naik kereta sambil baca map yang telah diprint mencari pekan Broga dan barulah aku tahu tempat itu bersempadan dengan NS, kampung den,...oooh, tompek waghih.

Kami teruskan perjalanan hingga terdampar berhampiran Excel training center. Memang nampak bukit, tapi mana kelapa sawitnya? Semua yang dah ke sana, pasti akan letakkan gambar ladang kelapa sawit yang juga berfungsi sebagai tempat parking.

Patah balik ke belakang, sampai ke Rabbit Fun Land, berhadapannya ada ladang kelapa sawit berpapan-tanda parking RM2 dan ada nyonya di situ. "Hello nyonya, saya nak tumpang tanya", hubby memulakan bicara.

"RM2", balas nyonya dengan penuh konfiden. Kami berpandangan sambil gelak-gelak, nak tumpang tanya pun kena RM2?

"Sini tempat orang daki bukitkah", tanya hubby lagi. "iya betul, RM2, letak kereta mana-mana pun boleh".

yeah! dah sampai! seronok, walaupun tersesat.


1 - memulakan pendakian, aik? aku yang paling besar dalam gambar ni... huhuhu
2 - hubby menjadi tourist guide, tadi kami dah baca signboard, Bukit Broga 1.7km, Gunung Tok Wan adalah 4.5km. Tempat ini ada 4 puncak. Kami bercadang ke Bukit Broga sahaja
3 - Penatnya, rehat jap.

4 - kakngah dan kaklang di puncak 1 Bukit Broga
5 - (gambar besar yang ada arrow), mereka bergembira di atas, orang yang di bawah tu tudung biru tu tertanya-tanya, larat tak agaknya kalau daki jugak?
6 - anak-anak yang kepenatan, tak boleh cakap.

7 - tepi, tepi, mak datang, nak bersandar pada kereta.
Begitulah ceritanya pendakian kami ke Bukit Broga. Out of 1.7km, I think I managed to climb to 1.55km only...... huhuhuu, felt like i cannot carry my own leg, no stamina at all!

In this case, how to climb Gunung Tok Wan?

Kesimpulannya, Tun Tuah tidak turut mendaki Gunung Ledang, aku pula tidak turut mendaki hingga ke puncak Bukit Broga.... hehehe

Terima kasih Ina Hashim, sudi folo blog ini.

Kempen anti israel, http://mofasad.blogspot.com/



Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

18 comments:

PinQib said...

wakaka.. kesian.. ku ingt kan hang tuah gagah perkasa.. mcam mana la Puteri Gunung ledang leh tangkap cintun

Mak Su said...

adik pinqib, menurut hikayat hang tuah, tun tuah ketika itu dah pencen jadik laksamana... ketika itu yang naik meminang adalah Tun Mamat, kalau tak silap ingatan ler.

Mengenai cerita wayang PGL yang muda-mudi sekelian tonton di zaman moden ni, memang menyimpang ler dari yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah. ikut hemat maksu, cerita wayang PGL itu adalah mengikut citarasa dan kesesuaian mengikut kehendak penerbitnya sendiri ;)

sekadar tontonan untuk hiburan.

tapi sebagai orang yang dah masuk ke umur 40 tahun, maksu tetap ambil cerita hang tuah, menurut cerita di dalam Hikayat Hang Tuah, carilah bukunya, best gaks.

Tie said...

Eh... maksu ke tu ? Macam tak caya gak! Biasa maksu sorok belakang pasu, hihihi.... Comel pun!! Uwaaaa...

shasha said...

gagah semacam la mak su...mau jadi macam Tun Teja??heheheh

zue said...

klu dibandingkan citer hang tuah dgn pendakian mak su di bukit broga..mmg sah hang tuah tak akan smpai ke puncak PGL..umur2 40an & 50an yg dah pencen iteww larat ke?

syabas mak su krn smpai mendaki hingga ke 1.55km dari 1.7km.

Mak Su said...

tie... hahaha, sejak letak gambar, inilah 1st time ada orang kata saya comel.. sbb saya mmg tak comel, thanks tie :)

shasha, hahaha, tun teja pun orait gaks

zue, tun tuah banyak ilmu, saya ni. ilmu makan jer. oops!

makdara terdiva said...

jomla maksu naik lagi.. :)

fa*atip said...

Salam.

Rajinnya dia gi panjat bukit! Bagus, bagus...(tapi kalau I, confirm semmmputtttt...huhuhu)

Jemput datang rumah ye. I pun baru pindah. hehehe...

Mak Su said...

makdara - mmg nak pegi lagi rasa-rasanya

faatip - okie dokie

DrSinga said...

hahaha..
pancittt!!!!!!!!
:)

nabilah_2908 said...

tak pe maksu..kalau selalu naik bukit tu...nnti ada la staminanya..silap2 gunung kinabalu pun mampu maksu jelajah...hehehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KOMEN OH KOMEN

puterikurekure said...

terer aaa makus panjat2 bukit. tabik spring ooo~

Tihara said...

maksu kena badi bukit Broga...saya kena badi Cameron Highlands :)..

aNIe said...

Bravo Maksu...jelas maksu lebih gagah dari Laksamana Hang Tuah...hehehhe

silbi abigail said...

masa hang tuah smpai di kaki gunung ledang, tuah mulanya nak naik tp dia asyik memandang persekitaran yang strategik tuk membuka kilang kopi..
kopi Tuah..!

itulah punca hang jebat mengamuk kerana tidak di pelawa mjadi partner.. kerana dendam, Jebat membuka Jebat Security Services..

skang, Tuah d kawal leh Jebat..

KAMATO said...

Mak su naik tak hello2 pun, kalau tak kita boleh berlumba sapa sampai atas dulu he he....

annfrendly said...

saya teringin ke bukit Broga.. tapi belum ada rezeki :(
cam best je.. maksu dah sampai.. saya belum lagi :( sedih...

pak long said...

salam..
nampak best jer mak su mendaki...nanti kalau ada masa..nak jugak gi tempat tu..