Tuesday, June 15, 2010

Timun dan Inai dan Kenduri Kahwin

Kitorang balik ke utara hari Jumaat, sampai di sana lebihkurang pukul 3pagi, sebab abang ngah hubby nak suruh dia repair bilik air, untuk mak (MIL saya). Tapi memandangkan hari Jumaat lambat sangat tiba, abang ngah dah panggil tukang yang duduk dekat rumah dia tu.

Macamana nak buat, walaupun paksu chot tu ala-ala handyman, tapi tidaklah dia ada keupayaan nak ke sana ke sini dengan mudah dan cepat upon someone's request, kena ambil cuti, kena korek tabung untuk cari duit minyak duit tol lalalala.

Maka jadilah hari Jumaat tu sebagai hari untuk menggiling inai.
1 - seranting inai
2 - daun inai dah masuk bekas
3 - inai tidak berkulitkan timun, timun tu saya potong untuk dibuat ulam makan tengahari
4 - kakngah tengah menggiling inai
5 - inai sudah di jari
hari Ahad adalah hari kenduri,
1 - katil pengantin
2 - hantaran untuk lelaki
3 - closeup, bunga telur untuk lelaki
4 - kek 3 tingkat
5 - eh!? sapo tu? psssttt, ada hidangan cendol juga tau
hari Sabtu mereka dinikahkan,
1 - gemuruh tak?
2 - yea... dah kahwin
3 - mempelai di atas pelamin
4 - eh wah, bergaya ala model
5 - mempelai di pintu masuk
Dengan seronok dan kembang hati, gambar-gambar yang tertera di sini adalah hasil kerjatangan saya, hubby dan juga anak :)
p/s: kakak dan kaklang masih di kampung, yang ikut saya balik KL cuma kakngah dan baby w.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

24 comments:

kakngah said...

selamat pengantin baru..



maksu berinai sekali x??
rajinnya kakngah menggiling inai

Aleeya said...

inai gilingggg, kecik2 dulu salu tengok mak giling inai daun ..tapi skang da tarakkkk...guna tiub jewwww

h a n i e said...

ingat inai campur ngan timun...hahaha

skrg ni nk jumpe batu giling pun payah.

nabilah_2908 said...

lama tk tgk org guna batu giling ni..

kt rumah nenek ada...tp buat perhiasan jer...dh tk guna g dh.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
RENUNG-RENUNGKAN

Mak Su said...

kakngah, tak

aleeya, tradisional skit, kat tepi rumah ada pokok inai, petik jer :)

hanie, hehehe

nabilah, sesekali kembalikan gaya orang lama :)

ckLah said...

Selamat pengantun baru maksu...


Eh..silap...orang lain!


:)

shasha said...

dah lama tak menggiling inai...dah takde dah pun pokok dia...

suara said...

Saya pun balik kg weekend lepas sbb ada sedara kawin. Kata mertua saya, dia ada 9 jemputan kawin pd hari yang sama!

Ain said...

ain tak pernah giling inai, tumbuk pakai lesung batu jer....

hehehe

Mak Su said...

cklah, hahaha

shasha, inai serbuk ajer ler... ek :)

suara, 9? camno nak makan nasi tu? ;)

ain, maksu pernah tumbuk pakai lesung batu. tapi pakai serbuk aje ler, malas dah. hahaha

farwalis said...

maksu, nak inai jugak. heheh

Mak Su said...

farwalis, alah...dah abis dah... tunggu next wedding

kak Erna said...

mak su..akak cukup suka..berinai..tapi dah lama jugak tak berinai ni..
selamat pengantin baru..untuk sedara mak su tu..

[s][u][e][h][a][n][n] said...

wah inai giling mmg terbaek...huhuh

Mak Su said...

kak erna, tq on behalf :)

suehann, yezza

Khairi said...

inai giling feehhh... bau dia hui masih kuingat sentiasa...

Khairi said...

oh ya, adik saya wat inai pakai sirap je hahaha

Cik Pah said...

cerita pasal inai , teringat dulu time kawin, takut inai tak merah ,letak gambir banyak banyak.. dgn harapn merah cantik lah nnt.. tapi ..akhirnya merah kehitaman .. huhuhu

m.q said...

syoknya berinai...

nano said...

MAKSU,,,,,NANO NK BERINAI JUGAKKKKKKKKKKKKKKKK

Mak Su said...

khairi, kenangan manis tu..... ;)

cik pah.... waduh, eye catching :)

mq, sejuk jer rasa jari

nano... jum jum

julietchun said...

sana sini org kawen. baby w tak teringin nak berinai sama ke?

ain said...

selamat pengantin baru utk mempelai!! teringin plk nak berinai la.

Mak Su said...

julietchun, dia ber..... tapi tak merah sangat, hehehe

ain, thank u on behalf :D