Friday, June 18, 2010

Solat sunat tahyatul masjid

Kehadiran saya di beberapa kenduri kahwin dan bersumberkan kepada pengetahuan am saya sendiri, dan juga websites ini, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/04/91-solat-tahiyatul-masjid.html, http://fekah.blogspot.com/2008/01/solat-sunat-tahiyatul-masjid.html, http://walausetitik.blogspot.com/2007/08/akad-nikah-di-masjid-ketika-sedang-haid.html membuatkan saya terfikir tentang beberapa perkara.

Perkara utama yang saya terfikirkan adalah tentang solat sunat tahyatul masjid. Berkaitan dengan alasan mengambil berkat masjid / mengadakan akad nikah di masjid. Saya tahu, memang amalan mengadakan akad nikah bagaikan sudah sebati di kalangan kita-kita, bila ditanya kenapa? Maka terdengarlah jawapan, 'mengambil berkat'.

Berkenaan dengan bab solat sunat, saya ciluk beberapa hadis dari blog di atas, "Jika salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Solat, no. 444. Muslim, Kitab Musafir & Qasarnya, no. 714)

“Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no. 1163)

Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.

Sebagai seorang penyibuk, saya dapati di sini sudah ada beberapa kekurangan,
1 - siapa nak buat solat sunat sedangkan semua sudah datang dengan siap bertouch-up apatah lagi pengantin perempuan. Secara amnya mereka semua datang dengan niat nak bagi pengantin kahwin lepas tu boleh balik rumah makan makan
2 - anak-anak kecil berlari ke sana ke sini, hingar-bingar, tidak terkawal
3 - rombongan yang menghantar beramah-mesra antara mereka sebab lama tak jumpa, kalau tak ada hari raya, mereka cuma dapat berjumpa masa kenduri-kendara.
4 - wanita berhaid juga masuk ke masjid sebab dia nak meraikan kegirangan kedua-dua mempelai
5 - jurukamera sibuk ke sana ke sini mengambil gambar
6 - pengapit pengantin perempuan / keluarga rapat pengantin perempuan sibuk lap-lap peluh si pengantin yang berpeluh menunggu selesai upacara akad nikah
7 - sibuk ambil gambar di dalam masjid bla bla bla selepas selesai akad nikah
8 - pok pek pok pek
9 - cok cek cok cek

Habis tu bila saya highlightkan perkara ni, tentu timbul persoalan, habis tu maknanya berdosakah buat akad nikah di masjid..? Maksu cerita kosong penyibuk tu adalah totally penyibuk.... Dun worry.

Bahawasanya akad nikah disunnahkan dilakukan di dalam masjid (Sunnah bukan SUNAT). Tapi masjid tidak boleh dimasuki oleh orang yang sedang dalam keadaan janabah (contohnya,wanita yang sedang haid). Berkenaan kalau ibubapa mahupun pengantin nak juga mengambil berkat masjid, ketahuilah bahawa akad nikah tidak perlukan kehadiran kaum wanita. Memadailah 4 orang laki-laki saja iaitu,
1. Calon suami atau wakilnya
2. Calon mertua laki-laki atau wakilnya
3. Saksi laki-laki pertama
4. Saksi lak-laki kedua

Juga sebagai ulangkaji kepada orang-orang yang dah berkahwin, Rukun nikah ada lima iaitu,
Ada calon suami yang sudah tertentu, Ada calon isteri yang sudah tertentu, wali, dua saksi dan ijab dan kabul (rujukan, http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/2-perkahwinan-mengikut-islam/8-pernikahan-dan-syarat-syaratnya).

Pada tahun 1992, saya mencadangkan kepada arwah mak saya, yang saya nak supaya akad nikah antara saya dan paksu chot dijalankan di masjid, maklumlah masa tu orang dah mula menjalankan upacara akadnikah di masjid-masjid, jadi...SAYA NAK IKUT TRENdlah, tidaklah nanti orang kata saya kolot dan tiada pembaharuan, tapi abang saya halang, katanya, 'buat apa buat di masjid, rumah kita kan ada, rumah pun besar, lebih elok buat di rumah'.

Hari ini di tahun 2010, saya sokong kata-katanya.

By the way, saya cuma utarakan selatankan pemerhatian dan fikiran saya yang tak pandai ini di blog, bukan apa-apa pun, saja saja jer ;) , saya ni sekolah pun tak tinggi setakat 2 tingkat jer, tak pernah masuk sekolah pondok pun.... jangan ambil hati ya.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

17 comments:

m.q said...

saya sokong maksu
betul jugak pendapt yg di utara-selatan kan oleh maksu tu.
mmg betol lah pendek katanya..

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, I regret to learn of your elder's sister's health problems.
Here's wishing her a full and speedy recovery. I'm sure she'll be fine soon.

Just give her some TLC and manjah manjah, maybe make her tu ikan tenggiri goreng with sumbat sambal for her lunch, knowing what hospital food can be like...
Oooops, if she's allowed that spicy fish.
My thoughts and prayers are with you and your sister's recovery soon. Best regards, you keep well, Mak Su, Lee.

shasha said...

agreed!! sebab tu dulu saya nikah kat umah je...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betul2....saya sokong mak su.

atty's said...

aty pun sokong sgt.tu sbb aty pun dulu nikah kat umah ..gak .

makdara terdiva said...

lepas ni nak nikah kat pejabat kadi jer..ringkas dan murah..save bajet...
haha

balik baru kepochi kat blog.. :P

iva saionji said...

maksu Alhamdulillah 10 bulan yang lalu saya ambil keputusan yang betul iaitu nikah dirumah....walaupon masjid beberapa langkah je dari rumah...

Yan said...

yan dulu wat kat masjid.. pasal imam mintak kat masjid sekali ngan 2 lagi pasangan yg nak nikah hari same..
klu pk2 balik.. nak wat kat rumah mmg tak leh.. uma asben kecik..
yan lak duk uma sewa jauh dari uma imam..

kak Erna said...

mak su..zaman akak dulu..tahun..81,82 tu..dah buat nikah kat masji kampong tu..tapi pengantin pompuannya..tinggal kat rumah..dah siap nikah..baru datang rumah .

Mr PenyuBiru said...

salah satu kelebihan buat kat masjid ni,bleh hindarkan dari perbuatan khianat atau dengki pihak² tertentu. perkara yg maksu senaraikan kat atas tu menunjukkan mereka yg dtg tu tak tau adap berada dalam masjid la tu.

Mr feckry said...

kalau surau?

jane said...

maksu..org selalu nikah kat umah saya

sebab abah saya nikahkan dorg semua


ngahhahahhahaha

>______<

nanaruzana said...

saye pon nikah kat umah...sebab nak sume ade...tak susah2 nak pk (atau merayu) sape nak drive..dan as far yg ble nmpk...kat umah lebeh mudah dan cpt...but ade imam yang insist buat kat masjid juge...hmmm ntah le...yg pergi tu..sendre pk la kan maksu..?

Yunus Badawi said...

Salam mak su,
Kalau nak buat juga kat masjid kena jaga adab2 spt yg mak su senaraikan tu. Ada yg buat kat masjd atau surau sbb rumah mereka sempit

ckLah said...

Saat aqad niqah, adalah saat paling penting untuk menghalalkan hubungan dua insan sebagai suami isteri. Seboleh2nya...jangan lah ada sesuatu yang 'menjejaskan' detik suci itu. Pernah melihat,di suatu majlis, wanita2 yang tidak bertudung diminta keluar dari ruangan......

Wanita2 itu merungut2, kerana mereka tidak faham adab majlis...

Ummi said...

mak su,

betul apa yang mak su cakapkan itu, ummi sokong :)

Mak Su said...

tq semua, apa yg berlaku ada sebab musabab ek.... saya ambil apa yang saya lihat, sebagai iktibar. walau bagaimanapun, tak boleh elak takdir, apa yang kita rancang Allah yang tentukan... thanks again :)