Tuesday, June 1, 2010

Selesaikan cepat-cepat

Kan aku ada banyak jemputan untuk menghadiri kenduri kahwin pada bulan Jun ini, kenduri kahwin anak-anak saudara. Anak saudara aku dan anak saudara paksu chot.

Aku bertanya-tanya kepada birasku tentang perbelanjaan mengahwinkan anak ni. Anak sulungnyalah yang akan dikahwinkan pada 5 Jun nanti. Katanya belanja dari pihaknya saja mencecah 15k. Itupun dengan ada sedikit duit hantaran dari pihak lelaki, duit simpanan dia sendiri dan sedikit duit simpanan dari si pengantin perempuan.

Kenduri 2 hari, hari sabtu buat akad nikah, hari ahad majlis bersanding.

Teringat masa aku dulu, hari ahad itulah kita dinikahkan, eh! kita pulak.. i and you, eh wah. Auuww, malulah. Dan hari ahad juga kita disandingkan...eh! kita lagi!!!

Pada awal perkahwinanku dulu, hinggalah sekarang, aku menghadiri majlis kahwin seseorang pengantin sebanyak 2 kali, hari akad nikah, kemudian datang lagi untuk hari bersanding (of course, jika melibatkan saudara).

Pada mulanya aku hairan, kenapakah bila selepas diakad nikahkan, pengantin lelaki akan balik ke rumahnya, kenapa dia tidak tinggal saja di rumah pengantin perempuan, kan dah kahwin, dah sah suami isteri??

Tapi menurut pengantin perempuan, "apalah maksu ni, belum sandinglah, esok husband saya datang lagi, datang dengan beg pakaian dia". Oh, baru aku tahu. Yalah, aku dulu majlisnya sehari saja, kasi selesai cepat-cepat, penat pun sehari saja.

Aku sebenarnya kasihan pada pasangan pengantin tersebut : kata dah halal tapi kena postpone to tomorrow, oopps!

Tapi sebagai mak kepada 4 orang anak perempuan, adat sebegini sudah mula mengkhuatirkan aku, kenduri kecil untuk akad nikah, sekian sekian duitnya, masak mee hoon kah, mee gorengkah, popiakah, nasi goreng chinese stylekah. Sewa khemah kecil, buat pelamin mini untuk pengantin bergambar selepas nikahlah... bla bla bla.

Majlis bersanding rasmi keesokan harinya pula, khemah? dewan orangramai? makanan katering? goodies bags?

Alamak............!!!!

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

julietchun said...

belanja kawen sorang anak buleh buat down payment sebijik aparment,haih,berpeluh.

puterikurekure said...

nak kawenkan anak memang pakai banyak duit. macam saya dulu, part makan2, khemah je dah 10ribu (ni kira paling murah zaman skang). belum kira pelamin, baju, mekap bagai semua. haihhhh~

one said...

tu la tu,ptpn tak habih,pinjam belanja kawen,nak pinjam utk keta lagi,rumah lagi (pinajaman ntah islamik ke x)selepas kawen..anak2 lagi blanja..
terer yahudi buat umat islam berhutang...sedar2lah umat (emo, kes sedang hangat seantero dunia)

echah_syed said...

amboi maksu tak sabo nmpk..pospone sari jek.ishh takan lari ehem dikejo tehehee ;p

banyak eh belanja kawin ni.adik combi buat simple pun habis gak rm20k.tu yg paling simple jemput org dlm 200 jer termasuk hantaran dan katering.

tapi anak buah combi kawin katering jer rm15k tak masuk hantaran dan yg lain-lain.bayangkan!

bukan masalah tak ikut sunnah tapi mmg begitu lah bila nak buat kenduri kawin.lain lah kalau dah mmg desperate sgt nak bermenantu,gi masjid angkat nikah pastu balik,9 bulan dapat cucu.

kalau combi minta maaf banyak-banyak ye.not me ;)

Mak Su said...

julietchun, mmg berpeluh

puerikurekure, one, combi, huhuhu

xiiinam said...

Nak datang jemputan pun...kena sedia sampul-sampul duit raya jugak ya maksu!

:)

Ummi batrisya dan damya said...

mak su kena simpan duit dari sekarang, tabung gajah besar sikit :)

Yunus Badawi said...

Kalau anak perempuan boleh tahan lagi sebab ada wang hantaran dari sebelah lelaki, tapi kalau anak lelaki lagi besarlah belanjanya. Anak saya ramai yg lelaki huhuhu

Mak Su said...

cklah, dan kalu nak bagi, biarlah berpatutan ek. janganlah sabotaj tuan rumah dgn tisu kosong jer :(

ummi :)

yb, alamak..... kena bersiap dari sekarng ler yb

en_me said...

thanx mak su singgah blog me yg itteww.. ehehe

LiNda said...

Mak suuu...

Lepas akad nikah, pengatin lelaki kenalah balik . Dikuatiri esok bersanding dah tak bermaya ! lemah ..

hahahaha

HEMY said...

kos kawin makin lama makin mahal...huhu...sebaik dah lepas..yeahhhh

shasha said...

yup...serious....skang ni belanja utk kenduri kawin sgt mahal

mama zharfan said...

salam ziarah..me blogwalking...nice blog :)

PinQib said...

mahal2 pun adatleh.. kena ngan zaman globalisasi..;)

kakpah said...

poning mengahwinkan anak ni maksu. Kakpah dah duo kali poning. Ado onam lagi nak poning2. itu pun kalau sompek nak poning....

Zareda Norman said...

selamat makan kenduri maksu

pak long said...

salam...
dunia dah berubah...maka semua berubah...
ala emak aku dah kawin...

DrSinga said...

mulalah kumpul duit dari sekarang MakSu!!
untuk masa depan..

Ina Hashim said...

salam ziarah balas Mak Su... i follow youuuu ^_^