Friday, June 11, 2010

Saya bengang sebab mengantuk

Saya ada terbaca di blog anakbuah saya, http://oliveanna.blogspot.com/, yang anak-anaknya susah nak tidur malam. Sebenarnya bukan dia saja, saya pun sama. Budak w tu, susah sungguh nak tidur, dah berapa kali dah saya terbangun, ingatkan tengah malam, rupa-rupanya pukul lima pagi!!! televisyen terpasang! siaran kartun 24 jam tu.

Banyak kali macam tu, samada kakngah temankan dia, hubby temankan dia... mereka ni sabar, tapi saya tak, adakalanya saya temankan w, saya terlena, saya terjaga pukul 2pagi, dia belum tidur, saya terjaga pukul 3pagi, dia belum tidur, dan saya terjaga lagi, pukul 5pagi, dia baru lena!!!! Geram dibuatnya.

Lalu saya mainkan peranan diktator, tak boleh berlemah-lembut saikologi lagi, NO MORE!. Kena buat undang-undang paksaan. Memandangkan dia dah pandai pilih siaran apa dia nak tengok, saya kata, 12malam mesti tutup tivi, sebagai latihan untuk ke sekolah di tahun 2011. Dia macam faham.

Malam 1, dia nangis kuat-kuat macam kena rotan sampai ayahnya keluar dari bilik dan pujuk dia, saya bantai lena, bo layan.

Malam 2, dia menangis lagi, saya slow talk dengan dia

Malam 3, dia nangis juga, saya tak peduli, undang2 sudah tetap.

Seterusnya, dia sekarang ikut arahan saya, kena tidur bila dah pukul 12. Tutup tv, tutup lampu, pasang lampu kecil saja, semua orang pun kena tidur! Bila w dah lena, barulah saya selimutkan dia elok-elok dan saya pun terjah katil sendiri.

Masa tahun 90an dulu senang, tiada tivi 24 jam. Tapi memang style saya, tutup lampu, tutup tivi, senyap-sunyi, anak-anak memang tidur. Budak w tu pun, bila saya ketatkan undang-undang, dia lena tak sampai sejam, 45 minit, 30 minit, 20 minit, dah lelap dah. Syukur alhamdulillah.

Tapi tak semua budak sama caranya, ada macam-macam perangai, petua yang saya pernah tahu:
jangan berikan anak-anak makanan minuman manis berkafein sebelum tidur, makan nasi sebelum 7pm or sebelum isyak ler, cat rumah dengan cat yang soothing calming, pakaian tidur yang selesa dan lembut warna lembut, bercerita, baca buku cerita, kurangkan tidur siang, tetapkan waktu tidur malam yang tetap. Bawa anak jumpa doktor jika didapati anak-anak hiperaktif. Juga jangan lupakan doa. Gembira dapat pewangi ketiak.


Testing pakai tudung sekolah.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

HEMY said...

tu dia..mak su juniorrr

m.q said...

aloh aloh cumelnya pakai tudung
latihan utk ke sekolah yer..huhuhuh

nanaruzana said...
This comment has been removed by the author.
nanaruzana said...

dulu mase skolah2 dlu..mama ngan ayah tutup tv pukul 10mlm..teringat aktiviti yang BOLEH dibuat:
7.00-7.30:makan
7.30-8.00:ngaji
8.00-8.30:kene tgk berite
8.30-10:stadi..
8.30-10.30:tgk cerite omputeh atau mama tgk cerekarama..(jumaat)
10-sume kene tido..
sekse je kalo ingat2 dlu..haihhh

eis said...

baby w dah pakai deodorant? :D

nabilah_2908 said...

hehe..Mak Su Jr yg comel... :)

bagus la dia dah boleh ikut undng2..takde dh nk protest bagai..hehe.. :)

erm...if maksu free...maksu tgk la cerita nanny 911 kt ntv7 kul 830 hari isnin..pasal parenting gak.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BABIES

annfrendly said...

salam...
nanti dah ada anak.. saya pun nak ikut stail maksu..hihii..

dulu ayah saya selalu angkut tv masuk dalam bilik dia... sebab tak bagi kami leka asik tengok tv..
masa exam penting macam UPSR,PMR, SPM pulak sehari saya hanya dibenarkan tengok TV 1jam sehari...
peraturan yang tidak boleh diingkari..
hehhe..

comel2 anak maksu...

ckLah said...

Mereka susah tidur sebab belum tahu nikmatnya tidur...
Nanti,kalau dah faham nikmatnya tidur...mereka akan susah bangun tidur...macam cklah..he..he..

kak Erna said...

mak su..ya allah hai..tahan nya mata baby w tu..pukol lima baru tidor..pukol lima tu kan waktu kita dah bangun...

silbi abigail said...

nikmatnya klu ngantuk..

Cik Pah said...

bebudak mmg camtuh. kat umah tuh, mmg on cartoon dari pagi sampai kol 10 mlm jer.. nak tgk berita pun mmg tak leh nak celah,, tapi lepas 10 jer mmg cik pah tukar chanel lain.. so.. diorang pun automatik tido

shasha said...

dulu kecik2 tinggal dgn nenek dan atuk..so sgt manja ikut sukahati nak tido ke..tanak tido...teruk kan saya??heheheh

Mak Su said...

bila baca semula, saya plaks yang ngantuk.... hehehe. thanks uols :D