Sunday, June 13, 2010

Petua halau lalat

Mengikut cerita orang yang biasa rumah mereka dikerumuni lalat, binatang ini adalah bermusim. Nampaknya macam betul, macam ada 1 rumah tu, saya tengok banyak sungguh lalat.... janganlah terlupa tutup lauk ataupun tutup lauk tak rapat, habislah diselami oleh lalat. Bukan setakat selam, siap berenang-renang gaya kupu-kupu. Tapi kadang-kadang, seekor pun tak ada... hairan bin ajaib.

Jadinya, saya pun tanya sana tanya sini tanya kenalan, sumber emel pun ada, dapatlah dikumpulkan beberapa petua:
1- bakar duit syiling (syiling 1 sen kalau masih simpan, atau guna syiling 5 senlah) dengan lighter, letakkan di tempat yang ada lalat. Keberkesanan adalah dalam lingkungan 3 kaki persegi lebihkurang.

2- taburkan daun kari dalam rumah

3- guna perangkap serangga macam di kedai-kedai, yang ada lampu ungu tu.

4- gantung air paip di dalam bekas plastik jernih

5- letakkan perangkap lalat yang berupa kertas

6- rendam bunga cengkih beberapa kuntum di dalam mangkuk atau cawan dan biarkan terbuka moga baunya boleh menghalau lalat

dan misteriusly, lalat tak datang dalam rumah yang sentiasa dihidupkan dengan bacaan Al-Quran dan penghuninya tidak meninggalkan solat.

Lalat terbahagi kepada 6 jahanam jenis,
lalat rumah, lalat hijau, lalat tsetse (berasal dari Afrika - menyebarkan penyakit tidur, biasanya menghisap darah manusia / binatang), lalat bunga, lalat buah, lalat askar hitam (terbang dekat-dekat kompos untuk mengawan dan bertelur), http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

ckLah said...

Kat Lekir banyak lalat...mungkin kerana banyak pengusaha burung walid, atau kilang ikan berhampiran.

kak Erna said...

mak su..kat kampong tak bolih nak dikira musim lalat..sebab.bila orang yang menanam sayur dibelakang tu tabur baja organan..lalat pun beribu datang..

shasha said...

selalu gak nampak org idupkan lilin utk halau lalat...menjadi ke ek?...anyway..thanks for the tips mak su...maybe berguna di masa akan datang...

err..petua nak halau semut ada tak?

azieazah said...

MAKSU... lalat ni memang beri kesan besar, kita geli dan rasa marah. Kotor.

Biasanya saya lihat orang guna kertas perangkap lalat (yg sediaada gam tu)

one said...

erm..auto-update ya..ke dah boleh berlayar kat rumah sekarang?!
lalat,cm ralat,i don't like..
moksu,wolkap ni nak sape menang,kalu moksu x tgk ce tye poksu?

julie^beth said...

lalat memang bermusim. kat kampung saya, biasanya orang akan beli kertas yang ada gam. gam tu macam berkilat, so lalat akan tertarik. bila terlekat, tak boleh lari, then lalat akan mati kat situ jugak. kertas tu tak mahal, 20 sen je.

echah_syed said...

kalau ade ladang ayam,lembu,kambing dan sewaktunya perangkap apa pun tak berkesan.serius!

melainkan kita bako jer ladang tersebut.ade berani??

kakpah said...

petua kakpah:
sembur je dengan sheltox

zaidharis said...

hurm,
lalat2,
tapi rasa2nye,
cara paling mudah ialah menjaga kebersihan rumah,
=)

zino said...

kalau kat kampong tu nak hilang kan lalat hapuskan kebun sayur tu.. di situ lah punca nya hehe

Aleeya said...

bagusla ade tips...ermmm kat umah takde lalat..tapi umah mentua byk lalat..leh la prektikkan neh hehe

MOKCIK AZWA said...

musim kenduri kendara nampaknya banyak lalat mari...mungkin terhidu bau rendang daging pengantin hahaha

Yunus Badawi said...

Dulu org kata kalau nak musim haji banyak lalat. Skrg tak kira musim ada lalat. Rumah kakka ipar saya bnyk lalat sebab ada pengusaha bela ayam tak jauh dari rumah dia. Org lain yg kaya, dia yg sengsara huhuhu

Mak Su said...

kik kik kik, bako ladang sayur....? ok gaks tu :)

Terima kasih semua, utk respon-respon anda :)