Monday, June 21, 2010

Penat menjelajah Malaysia

Aduh, badan penat....

Hari Jumaat pergi IJN, didapati blood dia ada infection kuman pula, dah bertambah pula dah jumlah kuman dalam darah.

Kisahnya, ada satu hari tu dia guna mesin cuci-cuci di suatu tempat, tanpa disedari darah dia dan beberapa orang lagi telah dijangkiti kuman hepatitis c dari mesin cuci-cuci. Alahai, lepas satu, satu.... huhuhu.

Dengan tanda soal yang banyak, petang tu kami sekeluarga ke utara, mengambil anak-anak (kakak dan kaklang) di rumah abang iparku, dan hari Sabtu ke Ipoh pula untuk menghadiri kenduri kahwin sambut menantu anakbuah lelakiku, dia bertemu jodoh dengan orang KL.

Sabtu tengahari, bergegas semula ke IJN, Sabtu malam pula berkumpul beramai-ramai di sentral Malaysia dengan adik-beradik hubby pula. Hari Ahad, aku dan adik-beradik hubby berempat kereta ke Palong 4. Anak buah hubby yang kahwin pada 13 Jun hari tu, bertemu jodoh dengan orang Nogori (sama macam aku ler, cumanya aku ni orang Rembau, jodoh dia tu orang Gomeh [Gemas])

Dah selesai kenduri di sana, baliklah wealls ke rumah kami. Bersama baju bertimbun-timbun nak didobi, nasib baik sempat kemas rumah sebelum bergerak ke utara ke selatan, kalau tak, lagiii lah penat.

Malam semalam, masak nasi, buat sambal telur penantin sambil cicah gula-gula dari rumah penantin, pemanis mulut pula adalah wajik dan bahulu dari rumah penantin :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

26 comments:

Farid MOFASAD said...

semoga yang sakit 2 cepat sembuh ye kak

Mak Su said...

terima kasih Farid, aminnn :)

Aleeya said...

bizi nampak..maksu pun kena rest nehhh

Alia said...

Semoga cepat sembuh!

Tapi kenapa diorg tak cuci mesin tu?? I mean dah sah sah beribu orang guna, they could at least disinfect thoroughly it first kan!

puterikurekure said...

sape yang kena blood infection tu maksu? kesiannya.

maksu rest la ye.

GDIZ said...

cuti sekolah mmg kita byk berjalan maksu. Byk jemputan ;p. semoga yg sakit tu cepat sembuh maksu :)

Mak Su said...

aleeya, nak berurutler, lenguh2 badan ni....

alia, center tu tak perasan kot, entahlah.....

puterikurekure, orang yang di ijn tu.....

gdiz, tq

Farid MOFASAD said...

amin...



>>___________<<

DrSinga said...

mesin contaminated...
geramnya....

Yan said...

tu yg maleh tu klu berjalan lame2.. nanti balik umah nak mendobi baju yg menimbun..

Yunus Badawi said...

jauh berjalan luas pandangan. Jauh maksu berjalan2 tu.

Emak Adam pun rajin buat sambal kalau dah dapat telur banyak2 dari rumah pengantin hehehe

Mak Su said...

farid :)

drsinga..ya, betul...

yan, jum budak kedai dobi ;)

yb - menu wajib selepas balik dari kenduri kawin ;)

Kniedaz said...

harus tu kalau dapat telur pengantin banyak wat sambal tumis telur..hehe

Rozita said...

org yang kawen, kita yg penat ye..
I suka wajik tau..nyum3x

Masy said...

moga cepat sembuh maksu..

Mak Su said...

kniedaz, wajib, hehehe

rozita, layan... sekarang jarang jumpa wajik

tq masy

kayteeze said...

Ish..... teruklah bila mesin tu dah dijangkiti kuman. Dapat penyakit lain pulak. Semoga cepat sembuh.

ikan emas said...

kempen melayan ahli keluarga ..

moga yang sakit cepat sembuhnya..

moga yang jadi pengantin bahagia hingga ke akhir hayat.

moga yang dah lama kahwin bertambah bahagia..aman makmur ,rezeki melimpah ruah sonang nak ziarah sanak keluarga 1Malaysia !

Purpleheart said...

semoga yg sakit tu cepat sembuh ye..

julietchun said...

penat tapi seronok dapat kumpul ramai2.

julie^beth said...

sambal telur pengantin tu the best!

Tihara said...

fuhh dahsyat..round utara selatan..mesti letih superb kan mak su tp makan kenduri is syiokk

Ain said...

dah la penat berjalan kan, sampai rumah penat nak mendobi pulak....

huhuhu.... pompuan memang tak habis dengan tanggungjawab....

rehat dulu la maksu, pastu baru wat kerja....

en_me said...

jalan sakanns.. ehehe

Mak Su said...

tq semua :)

alvin takda rumah harga 8juta.... said...

maksu..

harap mak su baik2 je k..

sibuk sgt nampak maksu ni.