Thursday, June 10, 2010

Menjawab tag happy dari Tihara dan nombor2

Tag ni bertarikh 26 Mei kot, dari Tihara, http://herba-tihara.blogspot.com/

Tag 10 Things that makes me happy
Saya tak tahu bila saya happy, tapi lebihkurang macam ni lah.....

1. dapat tulis tulis, tak kiralah di kertas, esp bloglah, seronok, serasa bebas, bila emosi tertekan, saya tulis kat blog, saya luahkan jer... :D

2. tiada gangguan bodoh-bodoh di tempat cari makan.

3. pabila tak ada orang perlakukan saya macam amah, biarpun memanglah kerja saya adalah 'kerja orang tolong orang', walaupun low class, tapi halal.

4. ambil gambar tangkap gambar, syok-syok sendiri main dengan creativity

5. bila orang muda tidak sombong dan cakap dengan penuh egoistik maklumlah depa sekolah tinggi bertingkat-tingkat

6. shopping seorang diri tanpa kawan-kawan atau suami, serasa shopping complex tu ana yang empunya

7. mandi laut yang jernih boleh nampak bulu kaki sendiri, wakakaka, tak suka mandi di laut yang keruh kotor warna kecoklatan

8. makan makanan manis seperti egg tart, aiskrim, agar-agar warna-warni, kek dan krimnya juga

9. berbual-bual dengan bayi atau anak kecil yang baru pandai bercakap, juga berjumpa orang tua yang tak annoying, mereka tak memandang kepada anda macam nak cari salah anda, malahan mereka sanggup bercerita dengan berlapang dada untuk kebaikan dan iktibar

10. tengok filem aksi be it Tamil movie, cerita Cina, omputeh. Cerita thriller, saspense (Anthony Hopkins berlakon jadi saiko adalah sangat best). Oh ya! malam tadi saya tengok cerita Tamil lakunan Vijay arahan Prabudeva... best giler, giler kentang goreng rangup!! Rasa macam nak jadik fan club! Penuh warna-warni dan emosi yang true, dialog lucu dan menggeletek usus perut :)

Saya kenakan tag ni kepada izman, http://izzi-income.blogspot.com/

Seterusnya, dua awards ni dari Tihara juga, terima kasih banyak diucapkan.

Seterusnya terima kasih diucapkan kat sahromnasrudin, follower #108, cantik nombor tu... campur campur jadik 9. Nombor saya di Gatsby adalah 99 (saya belum ambil sijil Malaysia Book of Records kat pejabat Nuffnang, huhuhu, kirim kat sesapa boleh tak?)

Hubby dapat nombor 70.

Selepas salin baju t-shirt merah, ambil gambar di dinding :)
Tengahari yang lapar, mana nasi saya?

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

9 comments:

Kniedaz said...

Maksu tgk citer tamil lakonan vijay tu tajuk apa? kami satu family minat Vijay..hehe

nabilah_2908 said...

rajin maksu layan tag..hehe..

sy ada egg tart lagi sejibik..nk..? (^_^)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MUSIC PLAYER DI BLOG

Mak Su said...

kniedaz, alamak, tang tajuk tak pasan plaks, hehehe

nabilah, egg tart? ai loikeee

aNIe said...

Maksu...dpt sijil Malaysia book or Records ye...bestnya...akak tak dpt..huhuhu....

Maksu...agaknya kat airlaut mana yang jernih boleh nampak bulu kaki tu ye...heheheh...

Mak Su said...

kak anie.. hehehe, kat pantai timur ada lagi rasanya, kat area pulau pulau

annfrendly said...

hihii.. entry maksu ni buat saya tersenyum lebar.. bestnya maksu dapat sijil dari malaysia book of records.. sayangnya kalau tak ambil..

baru saya tahu maksu dulu pernah duduk kat kg cheras baru... berjiran lah kita dulu tapi saya tak pernah nampak maksu..

addyaholix said...

rajin maksu jawab tag. saya nak buka blog pon dah macam tak punya masa haha!

salam maksu. rindu!

nuraarin-life said...

saya pun peminat filem tamil... ingat satu cerita mengenai lelaki yg hilang ingatan setiap 5 minit (tak ingat tajuk).. best giler

shasha said...

wow...mak su dalam senarai...