Thursday, June 24, 2010

Like doubling the tears

Semalam aku tak sihat - so tak ada postinglah. Terasa sakit di tangan kiriku ini sejak hari Isnin dan kesakitan sangat terasa pada sebelah malamnya. Nak gerakkan sakit, nak angkat barang sakit, nak cuit apa-apa dengan ibujari pun sakit, nak dial telefon dengan jari kiri sakit, semua sakit. Bila jumpa dokter, dia beri losen minyak panas, katanya aku kena muscle strain.

Ada masa lagi selepas jumpa dokter, lalu aku buat keputusan sendiri untuk terus pergi melawat dia di ijn, dia ni bukanlah anak buah kepadaku, tapi adalah saudara satu mak satu bapak. Redah jer, stereng di tangan, kayuhlah. Sesat dari Maluri nak masuk ke bulatan Kg Pandan, eh! dah lain lah!!! tersesat masuk ke sg besi, terpaksa U-turn di Loke Yew masuk semula ke Jln Tun Razak.

Rupa-rupanya dia sudah ditukarkan ke wad lain, masuk ke wad 1 katil dengan 24 jam under nurse watch, the term is "limited- visitor" or "no-visitor at all" (nasib baik aku tanya dulu di kaunter penyambut tetamu yang sentiasa ramah dan manis dengan senyuman, kalau tak tentu aku sesat di ijn)

Wayar-wayar masih berselirat di sana sini, alhamdulillah dia sudah sedar betul, bukan seperti minggu lepas, banyak pula ceritanya - serasa tak cukup pula masa melawat yang diberikan.

Menitis juga airmata ini sedikit, terharu campur gembira campur sedih, feels like to double the tears from last week upon seeing her condition. Don't know what to say.

Organ dalaman ada moisture sebab dia tak upaya nak buang air kecil, dan bengkak pula lengan kiri :(, sakit katanya, tapi sudah buat senaman fisioterapi.

Lain pula ceritanya dengan anak aku si w tu, sudah kehilangan botol susu. Bila dibancuhkan susu dalam cawan, tak sedap katanya. Dah pesan dah, nak botol susu pink, nak baju pink seluar pink kasut pink beg pink sikat pink llalalalaalla.Terima kasih kepada Erina Asmawani dan Su atas kesudian follow saya di blog yang santek kebiruan kehijauan ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Maksu,

Semoga cepat sembuh tu...pada maksu n saudara d ijn juga.

lalala comelnya gadis pakai baju pink itteww....

nabilah_2908 said...

Pinky Maksu jr.. :)

owh..'dia' tu adk beradik maksu ye..hmm...semoga dia cepat sembuh.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KEROPOK LEKOR

Ibuhani said...

IJN bawa byk nostalgia sedih pd k.ani sekeluarga. Semoga saudara mak su cpt sembuh...........

Mak Su said...

tq mokcik azwa, nabilah, ibuhani

Zareda Norman said...

maksu

alhamdullillah.. harap dia segera sembuh

shasha said...

semoga beliau cepat sembuh dan sentiasa tabah menghadapi dugaan ya mak su...

makdara terdiva said...

wah! pink so comel.. :)

semoga sakit ditangan cepat sembuh..

kakngah said...

saya jumpa botol susu adief dlm esbok
cer maksu tgk kot2 botol susu bby w pun dlm esbok gak hihihi!!!

noorlara said...

mudah-mudahan kesihatan maksu dan saudara tu dah bertambah baik dan beransur pulih, kata org tetua penyakit ni dtg macam ribut pergi macam semut soo bebanyak sabar ye hadek manis.

PinQib said...

get well mksu..

zulkbo said...

Salam bertandang sini
moga anda sihat dan ceria
simpati terinagt masa ayahanda
saya di rawat di IJN tahun lepas

Masy said...

jgn susu pon dia nk kaler pink dah la ye maksu :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tomeynya dia...

julietchun said...

nasib baik tak sakit nak pulas stereng, kalo tidak susah juga ye.
agak2 kalo beli kaler lain baby w mengamuk tak? :P

Zaitun said...

Semoga tangan maksu dan saudara cepat sembuh.

Cik Pah said...

kita doakan yg terbaiklah yer..

cik pah skang pun dah start suka warna pink . eh.. nak jadik bebudak balik ker?

CikguZue said...

semoga cepat baiknya,amin...

sungguh tebal sifat keperempuanan baby w tu...semua nak pink. hehe

nanaruzana said...

maksu....jage diri sendre juge ye...

ryann said...

kesiannya..juga berharap akan segera sembuh

zino said...

abang je tak sempat nak ke IJN tu lagi.. semuga dia cepat sembuh..

Redbloodsnow said...

wahhh semua nak pink ek die kak..hikss

HEMY said...

susahnya diuji macam tu kan..harapnya allah uji saya yg besa2 saja lah..amiiinn