Saturday, June 19, 2010

Ku bukan tapak sulaiman

bagai diriku bukan tapak sulaiman
bagai terdampar di lautan sepi
ooooo.... ooooo

Memang bukan, sebaliknya, TETAPI aku adalah!.... Bagaikan beggar.

Bukan burgerlah, beggar. Bukan bega bega kain langsir jadik selimut... tak, tak pandai menjahit.

Setiap tahun beginilah, bila tiba masa "akhir-tahun-year-financial-hujung-habis-end".

Masa rakyat jelata marhaen kemuncup di tepi seluar ni berkira-kira mencongak-congak bab gaji dan imbuhan samada lumayan atau tak, masa bapak-bapak tali leher sibuk bermusyawarah tentang berapa sen kah nak disedekahkan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik setia yang menunggu menadah tangan kais pagi makan pagi kais petang makan petang - masa itulah mereka-mereka yang di atas tu sibuk dan tak ada masa nak memikirkan tentang nasib poket poket golongan marhaen.

Malangnya selama 330 hari lebihkurang, ketika bapak-bapak dan ibu-ibu tali leher sibuk melata ke seluruh pelusuk bumi memberi arahan itu ini begitu begini, mereka hanya mahukan kepantasan, betul, segera, baik, menurut perintah dan sebagainya.

Kemudian ada pula pihak yang lagi satu menyuruh untuk memperingatkan...? Apakah maksud kalian? Selama 330 dari 365 hari tu mereka menggila merusuh berhamuk mendera, tiba-tiba bila tiba masa INI, ya, MASA INI...tiba-tiba engkau suruh kami all untuk meminta-minta?

Setiap tahun begini, setiap tahun begini.... awak tak suka orang ingat-ingatkan awak, awak sibuk, kan..... takkanlah setakat nak buat keputusan samada nak beri markah 1 atau 2 atau 3 atau 4 pun payah.... ataupun setakat nak putuskan bahawa , "oh... si bodoh hampeh tu kita beri begini begini, si bangang tu kita beri begini begini, susah sangatkah?"

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

rynas said...

dalam maksudnya tu Maksu..
tak nak jadi tapak Sulaiman

shasha said...

bonus kurang ke atau takde langsung mak su??

Purpleheart said...

luahan hati yang ikhlas..ikhlas dari hati..

zino said...

bonus oo bonus...

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, just dropped by....how is your sister? Hope she's doing well a speedy recovery.
My best regards, Lee.

izman said...

biasalah. kadang2 bila tanya, salah. kalau tak tanya, depa buat muka tak bersalah.

Cik Pah said...

hemm.. pasal apa marah sgt nih mak su..emosi berkecamuk nampaknya

Mak Su said...

terima kasih semua.... tak tahu nak cakap apa, sekadar frust :(