Tuesday, June 8, 2010

Kakak-kakak yang tidak sihat

Ingat entri, misi itu panggil saya adik? Kitorang kan baru saja menjalani pemeriksaan kesihatan general di mana misi datang ke tempat cari makan ni, cek darah, cek tinggi, BMI, dll.

Ada seorang kakak di sini telah didetected dengan masalah buah pinggang dan penyakit kencing manis pada tahap 13. Dia telah dimasukkan ke wad, tapi telah keluar dan menjalani rawatan susulan, usia kakak tu dah 53 kot. Pucat dan kurus saja nampaknya. Kakak ni orang NS juga, pantang ternampak aku dia dah tanya dah, 'ekau balik kampong tak? dah musim buah lom?"

Sekarang kakak ni diam jer, katanya badannya kebas-kebas, nak bergerak pun tak boleh lincah-lindah dah......Tapi katanya dia sendiri heran, selama dia hidup, tak pernah ada masalah sebegitu, tup tup telah mendapat. Sekarang kencing manisnya adalah ditahap 4. Aku tak tahu baca nombor, mungkin 4 adalah normal (?).

Sementara itu, petang ni tadi, seorang dari kakak2 aku yang ramai tu dah masuk ke IJN.

Hhhmmmm, didoakan yang baik-baik saja buat mereka.

Oh ya, sebelum terlupa, terima kasih kepada kabakoga, ~aSHa~, kerana sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

Zareda Norman said...

sakit ni kifarah dosa dosa kecil so bersabarlah.. setiap penyakit pasti ada penawarnya

kak Erna said...

mak su..bukan kita pinta sakit tukan..semoga yang sakit..dilindongi allah dan diberi kesihatan yang baik.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kadang2 kita tak sedar kita sakit

nanaruzana said...

semoga sume ok yek maksu..

Catwoman said...

Salam Mak Su.....

Baru ptg tadi sy dpt khabar berita ibu angkat sy sakit dlm diam. Jantungnya bengkak.

Selama ini dia ceria dan suka beriadah. Tadi anaknya dtg ke tempat keje sy dan khabarkan yg Mak nya (ibu angkat sy) sakit.

Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yg terbaik buat hamba2-Nya.

aNIe said...

Maksu...seandainya seorang hamba ALLAH itu redha akan penyakit yang diberi ALLAH sebagai ujian baginya...maka akan diampunkan dosa2 kecil yang dilakukan...Insyaallah

Semoga kakak2 itu akan segera sembuh...

fa10 said...

sakit akan menguji kesabaran kita dan orang2 sekeliling kita...
sakit juga menguji keimanan kita...

GDIZ said...

sama-samalah kita jaga kesihatan maksu.:)

Uncle Lee said...

Hi Mak Su, our life is not a dress rehearsal, we only get to play one round.....so make sure macham kereta, check out your self thru annual checkups or servicing.
You keep well, Mak Su, have a nice day, Lee.

Aleeya said...

mcm2 penyakit dlm dunia ni kan...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

saya panggil mak

DrSinga said...

gula dah di paras 4 mmol/l tu...
dah normal lah tu...

Mak Su said...

ooohh... tq drsinga.... tapi akak tu masih lesu ler.. heran gaks

annfrendly said...

Semoga kakak maksu sembuh dengan cepat..