Friday, June 25, 2010

Ghairah si udang butter

Mari lihat gambar, sila meleleh airliur melihat udang butter yang berwarna oren ini, lihatlah pinggan lapiknya yang berwarna putih berseri, ada pula karot buat pengisi ruangan kosong... lihatlah.... lihatlah.....Berbalik kepada agenda awal, pengantin lelaki dengan bungga manggar berbentuk payung sedang bercakap-cakap dengan pasukan pancaragam kompang.
Beras kuning kunyit menyambut ketibaan ketika pengantin lalu di bawah gerbang indah bertemakan putih dan oren.Bersenyumanlah yang gembira di atas pelamin.Untuk gambar di hadapan santapan di bawah ni, saya suka aksi ni, sebenarnya kebetulan sangat-sangat. Kedua-dua pengantin sedang mendengar/bercakap dengan pengapit masing-masing.Senyum sikit....... camera woman nak ambil gambar
Eh! budak baju pink pun ada.... hehehe


Sudah kenyang, rasa gembira :D

Itu tadi adalah gambar-gambar yang diabadikan di Palong 4, pengantin perempuan adalah anak saudara kepada paksu chot.

Di bawah ni adalah di Ipoh, kenduri kahwin anak saudara saya (yang lelaki)

Gambar dari celah pagar ni adalah hasil bidikan budak w itew....Dan kedua-dua pengantin berpakaian putih sedondon senyum gembira melihat ramai tetamu yang hadir meraikan mereka.
Gambar last, Saya - di Palong 4, juga di Ipoh... macamana tu? Pada hari yang samakah? Saya adalah sangat magician.
Scene 1 - di Ipoh, saya dengan abang saya, hari Sabtu
Scene 2 - (dekat pintu gerbang), di Palong 4, saya dengan paksu chot, katanya, 'walaupun hang pakai baju ni 2 hari berturut-turut, abang tak kesah'....wakakaka. terbongkar rahsia.

Rancangan asal tidak akan ke Palong 4 pun, sebab letihlah ke utara ke selatan. Tapi abang long paksu chot panggil kami buat meramaikan majlis, tanpa ada kesempatan untuk balik ke rumah untuk replenish supply, kami follow saja rombongan pengantin yang dari utara bergerak ke Gemas, NS pada hari Ahadnya pula.

Waduh........... Anyway, it's exciting.
1. saya tak pernah sampai ke Palong, saya dah sampai dah.
2. saya tak pernah dijemput makan di meja pengantin, dah dapat dah... (masa saya kawin dulu, hidangan dibentangkan di depan pelamin sahaja di dalam rumah kampung, tak ada meja, duduk bersila). Bila dah jadi mak saudara, tada satu anak saudara or kaum-keluarga pelawa saya makan kat meja pengantin pun... huhuhu, sedih, adakah sebab saya tara cun...?
3. dalam 2 hari saya cover 5 kewilayahan! Perak (Taiping, Ipoh), KL (IJN), Selangor (bertemu dengan adik-beradik paksu chot di Klang sebelum gerak ke Melaka), Melaka (bermalam di sini dengn adik-beradik paksu chot), NS (Gemas)

Makan sambal telurlah :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

22 comments:

pB said...

BARU CLEAR ....WAJAHNYER

julietchun said...

pewittttttttt..romantis gitu.

kakngah said...

kaler udang sama tema ngn bj pengantin hihihi!!!




palong 4?? dh dekat sgt ngn kmpung sy tu maksu..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hehehe...

hajat suma dh termakbul..

romantiknya mak su dgn pak su chot

Fara said...

Mak Su...
Semangat Fara nak tgk hapdate terbaru ble tgk tajok tu...
Igtkan Mak Su masak udang butter...
sodap tuh...
rupenye psl wedding...
hehehe

tp best part, dh dpt tgk wajah mak su!

:)

Mak Su said...

pb, wajah sapo?

julietchun, pengantin mestilah roman... huhuhu

kakngah, kek mano tu? palong berapo? koh kek pokan Gomeh koh?

gadis kg separa bandar... huhuhu

fara - hik hik hik

Eis said...

mak su ni mmg ceria orgnya :)
oklah mak su, nak google resepi udang butter jap :D

frwls said...

penat tu nak kover hampir separuh semenanjung. well done paksu chot!

ain said...

baru nmpak muka maksu terang lg nyata!

Mak Su said...

eis, nak masak utk dinner ker?

frwls, hehehe

ain :)

kella said...

wah,,, sangat best udang itu!
dan sangat suka lah kaler baju pengantin itu! ceria!

salam ziarah jumaat ya maksu! terima kasih :)

cik pingu said...

maksu.. terima kasih komen kat blog saya..

saya nk jd geng maksu, dah follow dah.

tibe2 saya teringat rumah bila tgk gambar2 maksu.. saya ingat mak saya.. :(

kenari said...

musim cuti sekolah sudah berakhir
musim org kawen pun dah berlalu
skrg ni musim hujan kat kedah
dan musim buah2 kayu bakal menyusul

Cik Pah said...

cantiklah bungga manggar tuh.. lain dari yg lain kan..

nabilah_2908 said...

kenapa udang butter tu tinggal kepala jer maksu..mn badan dia..? hehehe... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH

tasekM said...

aku rasa nk kawen lagi sekali plak su. hahaha...



.

shasha said...

butter prawn..nyum!!!...ayam masak merah ada tak mak su??

h a n i e said...

hahaha..xpe maksu..pakai bj sm kat kenduri lain2..xde hal..

puterikurekure said...

cute je maksu amek gambar dgn tangan good good. hehehe.

ala...nape tak bagitau maksu kat ipoh? leh kite jumpa2...
:)

PinQib said...

Napa makanan ring tu wat sy leleh ayaq lioq??

Zareda Norman said...

wah wah maksu.. baru nampak jelas orangnya... hehehe

Tyra♥is♥me♥ said...

nice nickname ;)
http://sweetastyra.blogspot.com/