Thursday, June 10, 2010

Forwarding the mail

Kemudahan internet ini membolehkan kita mengforward emel dengan mudah, samada gambar-gambar lucu, cerita kelakar, cerita sedih, cerita iktibar, bantuan mohon derma juga cerita kesusahan sesama golongan marhaen dan sebagainya.

Semua pun tentu pernah terima emel-emel forwarded dari pelbagai sumber, dari rakan-rakan sebelah meja, dari rakan-rakan setempat kerja yang jarak 5 meja mahupun dari rakan sekolah.

Hari ini aku terima beberapa emel tentang rayuan bantuan untuk adik Adrianna Alysya Bt Mohd Hani, berumur 6 tahun 10 bulan dari KL. Pengidap penyakit kronik jantung
berlubang yang juga adalah OKU (kurang bab dengar, cakap, berdiri). Emel tu bertajuk "Fw: Merayu Bantuan (DAPAT DI PANJANGKAN EMAIL NI PUN JADI LAAa)".

Permohonan bantuan untuk:
1) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak, lebih kurang RM 3,000.00
2) Membayar IJN lebih kurang RM25,000.00.
3) Menampung perbelanjaan kos rawatan semasa.

Ada dilampirkan gambar adik ni pada emel yang saya terima. Diberikan no akaun bank CIMB untuk saluran bantuan:- Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521 (ibunya, Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030).

Apa yang aku nak highlight di sini, bukan tentang kisah adik yang minta bantuan ni, tapi tentang perihal mengforward emel. Emel lagi yang aku terima tentang ni siap tulis, marilah tambah saham pahala akhirat, dapat panjangkan emel pun jadilah. Daripada kasihan melihat gambar2 yang dilampirkan, aku tergelak seorang diri. Apa taknya, orang minta bantuan, berilah barang sekupang dua tiga posen, transferkanlah duit ke akaun banknya, boleh saja, mengikut kemampuan. Kalau nak derma, kalau tak nak derma pun tak apa. Duit kita kan, suka hati kita lah... ikhlas mana boleh dipaksa beb. Lagipun kita kena teliti, samada ni spam atau tak, nak tahu, call saja nombor telefon tu dan pergilah check kesahihan akaun tu kat cimb. Aku rasa itu tak salah, so that can channel the money to the right source.

Tapi masalah aku ni adalah, errr, macam ... errr... tak tahu nak cakap macamana. KALAULAH 20 - 30 orang dok forward emel ni dan tulis marilah kita tambah saham pahala akhirat kita dapat sekadar panjangkan emel pun jadilah... BILAKAH masanya itu anak kicik mau dapat itu kurusi roda?

Tepuk dada tanya selera. Terima kasih kepada akmal amil sudi follow blog ini :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

ejaMaria said...

mmm... saya pulak kalau yang mohon bantuan tu orang Malaysia, saya layan lagi foward e-mail tu... kalau org luar, tengok mood la, tak tau betul ke tak kan...

sahromnasrudin said...

salam perkenalan..TQ sudi singgah di blog sy...
perkongsian ilmu..takde mslh klu diforward mende yg baik2 kan

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..sy jd follower puan ke 108..jemput berkunjung lg ke blog sy..tenkiu

zulkbo said...

Salam Ziarah..
moga kita semua
sihat dan gembira
جزاك اللهُ خيراً‎

Mr feckry said...

gua cuma pandai foward email.

Mak Su said...

tq ejamaria, sahromnasrudin, zulkbo, mr feckry :)

tq encik sahrom, sudi folo blog ini, 108 tu nombor cantik tu :)

atty's said...

mungkin bila forward email .dalam seratus org yang dpt..ade kot 50 yang nak bantu .insyallah ade bantuan utk budak tu ..

Mak Su said...

ya lah, moga-moga :)