Friday, June 4, 2010

Cerita kosong: bunyi pelik tengah malam

Ini adalah sebuah kisah benar, yang diceritakan oleh seorang orang, kepada seorang orang...

Sehabis menziarahi pusara, Alisa Mokhtar bergegas ke bilik air sambil mencapai tuala yang disidai berhampiran pintu bilik air.

Tak tahan dah ni nak [tettttt], dari tadi menahan, cari-cari bilik air tak ketemu.

Sebelum masuk ke rumah tadi, seperti yang biasa Alisa Mokhtar amalkan setiap hari, dia melangkah masuk dengan kaki kanan dan Bismillah, diikuti dengan assalamualaikum.

Selesai mandi, Alisa Mokhtar mengerjakan solat maghrib, mengaji semuka surat dua al quran sambil menunggu azan isyak. Setelah selesai tugasan wajib, dia lepak-lepak di hadapan tivi bersama rakan serumah. Entah apa cerita yang ditonton, kerana mereka lebih banyak berbual. Apa yang menarik ialah cerita ketika mereka berziarah pusara siang tadi, kalau tak silap, Alisa Mokhtar terlihat satu kelibat lembaga di kepala suatu kuburan yang dia tidak pasti siapa empunyanya. Alisa Mokhtar tidak peduli, sebagaimana kebiasaan, dia akan sedekahkan al-fatihah kepada mereka, penghuni alam kuburan.

Lama-kelamaan, kopi pun sudah habis, keropok pun selamat masuk ke perut masing-masing, semua dah mengantuk. Alisa Mokhtar masuk ke bilik untuk tidur. Dia terkejut kerana tiba-tiba dia terlihat bagaikan ada satu kelibat lembaga di atas katil, iaitu di bahagian kaki, sama seperti apa yang dilihatnya siang tadi. Lembaga itu sedang duduk di situ, namun nasib baik Alisa Mokhtar tak nampak mukanya. Dia terfikir, "takkanlah kau ikut aku sampai ke rumah? aku tak buat apa-apa yang boleh menaikkan marah kau...hhmmmm, tapi entahlah, kalau-kalau ada kelakuan aku yang tak sesuai tadi, hhmmm".

Alisa Mokhtar jadi takut, tapi dia memberanikan diri. Dia rebahkan saja badan ke atas katil. Alisa Mokhtar letak bantal di kiri kanannya dan dia selimutkan dirinya sendiri hingga ke kepala. Alisa Mokhtar membaca al-fatihah diikuti ayatul kursi. Dia teringat kepada pesanan emaknya semasa dia hendak memulakan hidup di asrama suatu ketika dahulu. ”Setiap malam bacalah ayatul kursi sebelum tidur dan hembuskan ke keliling kamu”, kata emaknya. ’hembuskan ke empat penjuru angin,’ tambah emaknya lagi.

Telah lama Alisa Mokhtar lupakan pesanannya itu, dan malam ini, Alisa Mokhtar melakukannya semula. Dia mengintai dari celah selimut melihat ke kiri dan ke kanan dan memandangkan dia masih tak berpuas hati, Alisa Mokhtar baca pula ayat 3 Kul, kemudian mengikut pesanan Rasulullah saw, sehabis membaca An-Nas, Alisa Mokhtar hembuskan ke tapak tangan, dan sapukan ke seluruh tubuh dari kepala hingga ke hujung jari kaki. Kemudian dia pun melelapkan mata, entah bila Alisa Mokhtar terlena, dia sendiri pun tak sedar.

Tiba-tiba Alisa Mokhtar terkejut terdengar bunyi ’gedebammm!!’, bunyi suatu benda berat jatuh. Bunyi itu seperti datang dari sebalik dinding. Alisa Mokhtar selak selimut sedikit dan lihat ke kiri dan ke kanan. Dia tidak ambil peduli, serasa malas nak siasat, malas nak fikir, terlalu mengantuk dan letih. Bagi seorang perempuan yang seperti alisa mokhtar, memang biasalah tu kedengaran bunyi benda berat jatuh di tengah malam. Lalu dia menutup kelopak matanya semula. Alisa Mokhtar kembali lena.

Tiba-tiba Alisa Mokhtar terkejut lagi, kali ini bunyi yang Alisa Mokhtar dengar sangat pelik. Juga kedengaran bunyi seperti di sebalik dinding (ataukah di dunia yang lain? Iaitu di dunia tiga dimensi?). kalian mahu tahu apa yang Alisa Mokhtar dengar? Alisa Mokhtar tak pasti adakah dia patut ketawa di dalam kegelapan malam yang sunyi ketika dia keseorangan di bilik tidur. Bunyi itu adalah sebegini, PPOOOTTT

Betul, benar, Alisa Mokhtar terdengar bunyi kentut. Siapa yang kentut ni? Takkanlah dia sendiri kentut dia tak tahu, kalau Alisa Mokhtar sendiri yang kentut, tentu akan kata, ”oh.. lega, dah kurang kekembungan perut ni”.

Tapi bunyi itu Alisa Mokhtar dengar dari sebalik dinding, apakah benar seperti yang pernah Alisa Mokhtar baca bahawa bila azan berkumandang, syaitan akan tercirit-cirit dan terkentut-kentut kerana takut.

Tadi tu Alisa Mokhtar cuma baca fatihah, ayatul kursi dan 3 Kul.

Subhanallah.... ini memang sangat pelik. Allahuakbar.

Tamatlah kisah, bunyi pelik tengah malam....

Ingatlah, berkelakuan baiklah di atas muka bumi, penghuni bumi bukan manusia saja.
Kempen anti israel, http://mofasad.blogspot.com/

p/s: yea yea, Fisha adalah follower ke 100, thanks Fisha! :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

20 comments:

Tihara said...

bunyi kentut bunian ek..seram arr cerita ni kalo abca tetengah mlm..mujur tgh hari buta..


p/s maksu, saya folower ke berapa?..hik hik :)

~wAniE~ said...

nsb baek bunyi kentut aje..huhu..tp kalo wanie la..x mau tido kt bilik tu...

Mak Su said...

tihara, wanie - mmg seram..... masa saya taip tadi, dok rasa seram jer. masa orang tu cerita, mmg dah seram daaaah......

kak Erna said...

mak su..kalau dah penakut macam akak ni...dah tak tunggu kat rumah tu dah...

ckLah said...

Disertai bau-bauan tak maksu...

nanaruzana said...

adeh..lame jugak dah tak amalkan surah an-nas sblm tdo..kalo pas tgk cite antu je baru bace segala macam doa...manusia mudah lupa... :(

OliveAnna said...

wakakakkaka...kelakar pun ado..seram dan insap pun yo... hehehehhe

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

salam singgah di belog maksu

~ yus ~ said...

errkk..maksu ni, mmg penuh dgn macam2 cerita...

Farid said...

serius ke????

sape nak teman kan ai yang comel nie tido malam nie????


huhuhuhu

paperpun thanz pasal banner 2..



>>_________________<<

nabilah_2908 said...

erk....Alisa dgr jer kn...ada bau tak..? hehehe


jom ke APA KATA HATI pulak,
THE SWIMMER

shasha said...

eh mak su..tah tah alisa sendiri yg kentut tak?
hmm..alisa mokhtar tu a.k.a mak su ke?

julietchun said...

kalo bunyi benda jatuh tu harus ku angkat kaki terus,eheheeheh.

Mr feckry said...

kentut pun menjadi misteri?

zue said...

baca aje dah suspen..akhir skali terus tergelak.

sah org puye citer tu yg kentut. ada betul?

etomyam said...

ada aktiviti paranormal tu...kena berhati2

Zareda Norman said...

agaknya setan tu kembong perut kena tuju degn ayat al-quran.. tu yg sampai terkentot kentot tu

rynas said...

suspen..dan seram..meremang bulu bila baca malam2..bulu roma da...

embun d tengah malam said...

seram juga baca

SUZIE APAI said...

kasik myk telon...hahaha klako...antu bley kentut ker?