Friday, June 11, 2010

Awak cakaplah, saya dengar

Iya, saya dengar, betul, saya serius ni, insyallah, saya akan cuba untuk:

. tak korek hidung tika awak bercakap atau periksa samada ada taik mata atau tak
. tak membuang pandang ke tempat lain
. hanya tumpukan perhatian kepada segi tiga, maksud saya ialah menggilirkan pandangan mata saya kepada mata kanan mata kiri dan mulut awak dengan sopan dan tidak keterlaluan
. tidak garu-garu kepala atau cabut uban
. tidak tumpukan perhatikan kepada televisyen ataupun mp3 4 5, walkman cdman apa man
. tidak menyampuk masa awak sedang serius berkata-kata
. tidak gelak tak tentu hala macam kena rasuk hantu
. mengangguk-anggukkan kepala dan kata a'ah, a'ah sekali-sekala melambangkan saya berminat dengan topik yang awak utara selatan timur baratkan
. tidak menjejeh airliur sambil menguap berkali-kali menahan kantuk
. tidak kentut halus or kasar bertalu-talu
. tidak akan menjawab panggilan telefon seandainya tidak perlu
. saya akan dengar hingga awak habiskan cakap, kemudian baru saya cakap

TAPI, awak jangan pula cakap dengan volume yang kuat hinggakan audience awak bukan sahaja saya, tapi sampai semua orang kat bangunan boleh dengar, saya malulah.

Dah tu, awak jangan pula sombong, asyik awak saja nak cakap, kasi canlah saya cakap pula. Takkanlah saya saja kena jadi good listener, dan awak maintain good talker...aduhs, where got road?

Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya: "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

8 comments:

aNIe said...

Maksu...kena muhasabah diri ni...suara ni macam keldai tak? Rasa-rasanya tak kot...

Yunus Badawi said...

Mak Su dah sampaikan kat org tu tak apa yg maksu tulis ni? Its a fair request.

zino said...

jadi pendengar yg baik..dan boleh menyimpan rahsia..

shasha said...

errr....bole tak kalo saya tutup telinga bila dia bercakap??hehehe

Catwoman said...

Salam Mak Su....

Sy pasti akan pandang tepat pd mata seseorg yg sedang b`cakap dgn sy. Eye-contact la katakan....

Telinga kene dgr betul2 apa yg org cakapkan supaya tak salah info.

:)

kak Erna said...

mak su..dengar bolih..pakai jangan..kalau tak betul la..

one said...

moksu, saya x boleh jadi good listener, ......
saya tak mapu melihat mata yg menikam kalbu serta mulut bak merah delima..
sebab moksu JAMILAH YANG AYU... hehehe
i'm sorry...(ala2 dlm raje lwk)

Mak Su said...

ada-ada aje si one ni......