Wednesday, June 2, 2010

Ambil tahu 14: Pengkhianat akan mendapat balasan

Dah lama tak ada entri tentang cerita-cerita ambil tahu, yang last ambil tahu 13, apa tajuknya, aku sendiri pun tak ingat, boleh rujuk dan search di sini untuk ambil tahu :)

http://arkibceritakosong.blogspot.com/

Al-Hasyr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[2] Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali
(*) mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

* ahli kitab dalam ayat ini bermaksud orang-orang Yahudi bani Nadhir. Merekalah yang mula-mula dikumpulkan untuk diusir ke luar dari kota Madinah.

[3] Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.

[4] (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.

[5] Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.

Dalam suatu riwayat, surah al Anfaal turun ketika Perang Badar dan surah al Hasyr turun ketika peperangan dengan bani Nadhir. Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Ibnu Abbas.

Dalam suatu riwayat diberitahukan bahawa setelah 6-bulan perang Badar, Rasulullah telah mengepung orang Yahudi bani Nadhir (**) yang tinggal dan berkebun kurma di luar kota Madinah. Mereka diusir keluar dan dibenarkan bawa harta kekayaan sekadar yang mampu dipikul dan tidak boleh bawa senjata.

** Golongan ini mengkhianati Rasulullah. Ketika Rasulullah akan bermesyuarat dengan mereka tentang hal orang Islam yang dibunuh oleh kaum Yahudi, mereka telah mengkhianati baginda dengan meletakkan batu di atas pintu masuk bilik mesyuarat, supaya batu itu jatuh menimpa Rasulullah ketika baginda membuka pintu

Maka ayat 1 – 5, surah al Hasyr telah diturunkan untuk memberitahu bahawa pengkhianat akan mendapat balasan. Diriwayatkan oleh al Hakim dan disahihkannya dari Aisyah.

Rujukan:
1) Lubaabun Nuquul fii Asbaabun Nuzuul - karangan Imam Jamaluddin As Sayuthi Asbabun Nuzul (Sejarah turunnya ayat-ayat Al-Quran) (Terjemahan K.H.Q. Shaleh, H.A.A. Dahlan, Prof. Dr. H.M.D. Dahlan)]
2) Tafsir Al-Quran

p/s: terima kasih alvin, sudi follow blog maksu ini :D

Kempen anti israel, http://mofasad.blogspot.com/

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

9 comments:

embun d tengah malam said...

nice entri

PinQib said...

israel.. berkuburlah kamu!

ckLah said...

Bangsa laknatullah...

Nunn said...

bangsa ni dah terkandung dalam Al quran...bangsa yang akan memporak perandakan dunia

rynas said...

sejak dulu sampai sekarang..bangsa inilah yang akan memporakperandakan serta menghancurkan Islam..

kakpah said...

tercampaklah mereka dalam neraka jahannam

[-suziey-] said...

btul..semoga Allah memberi balasan setimpal pd golongan yahudi itu..jahanam israel

Mak Su said...

sedih tgk berita setiap hari..... ngeri, seriau, semua ada

rATu kEBaYA said...

kaum paling kejam dimuka bumi.. suka tgk darah je dalam hati dia.. turun temurun menjadi kaum paling kejam..