Wednesday, June 9, 2010

Alhamdulillah, dapat buku... TAPI..... :(



Balik dari makan, di tempat cari makan ni, pada minggu yang lalu, aku tersua buku ni, di atas meja. Alhamdulillah, PPZ hantar buku, compliment, dan kali ini adalah surah Al-Kahfi. Terjemahan dan huraian.

Walau bagaimanapun, sekarang aku rasa macam sesal kerana menggunakan alamat cari makan sebagai communication address dan postal address.

Tahun lepas ketika aku dapat buku Al-Mulk (kalau tak silap), adalah seorang wanita ni tanya-tanya tentang zakat. Aku terangkan kepadanya dah. Aku kata bayaran zakat adalah mudah, macam-macam cara telah disediakan. Melalui perbankan internet, melalui cek, pergi ke kaunter.

Jadi baru-baru ni, wanita itu, sebaik ternampak Al-Kahfi terletak di atas meja, dia pun datang lagi bertanya dengan suara yang kuat tentang zakat, bla bla bla, lepas tu siap nak bincang tentang hafazan quran pula. Tahun lepas aku dah pesan, you jangan kuatkan suara bila nak bercakap dengan i tentang zakat, i takut kalau orang sekeliling i terdengar, nanti dorang kata i nak menunjuk-nunjuk. Iyalah, zakat setakat beberapa sen sebulan, nak heboh.

Masalahnya aku tolak dari akaun pendapatan bulanan sejumlah yang amat minimal ke PPZ, alamat yang terdapat di bank berkenaan adalah alamat tempat cari makan, aku tak guna alamat rumah sebab takut surat-menyurat hilang, maklumlah, aku duduk rumah flat. Sekarang aku rasa, patutkah aku tukar alamat saja, aku tak sukalah kecoh-kecoh macam ni.

Jangan kata aku poyo pulak, wanita itu dengan excited dan penuh teruja dok ajak aku berdiskusi tentang tabiat menghafal quran sehingga 2 hari, bayaran zakat, buku-buku percuma dari PPZ, lagi apa lagi yang aku dapat dari PPZ bla bla bla semuanya diakibatkan oleh buku complimentary yang dia tengok ada di atas meja aku, by the way, she borrowed the book immediately that day. Itu tak jadi hal, tapi tak payahlah nak sebut-sebut banyak-banyak hari kuat-kuat supaya semua orang dengar.... aku rimaslah, nanti yang kena kata, kena kutuk... akuuuu jugak.

Dari segi yang lain, memang bagus, orang jadi tertarik nak bayar zakat, tapi do you need one year to decide? Pergi holiday oversea boleh, takkanlah bayar zakat tak boleh. Eh! suka hatilah, ya tak... duit hang, hang pandailah. Tapi janganlah ketawakan aku di khalayak ramai bila aku kata aku ni seumur hidup tak pernah naik kapalterbang, apatah lagi nak shopping telekung dari luar negara. Dan tak perlulah nak diskus bab halaf quran dengan aku, kuat-kuat, di tempat cari makan ni... sedangkan bab solat pun boleh dikembang-kembangkan menjadi keluh-kesah lain (seperti di entri sebelum ini).

Teruk kan... why lah....oh dunia.......

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

Cik Pah said...

bnk kepochi ke kat opis mak su.. bolayan jelah kak diorang tu

Mak Su said...

cik pah... banyak :(

farwalis said...

yang penting niat kita. nabi dulu pun orang tentang.

rilek. kool maksu, kool...

shasha said...

hmm...org yg sama ek....

Ummi batrisya dan damya said...

buat dunno aje orang macam tu mak su

kat sini pun ada macam tu jugak, macam dia sorang aje buat keje, apalah yang dia nak banggakan, ini semua harta dunia, ummi tak hairan sikit pun, tunggu masa aje ummi nak can cin cau dari sini, tapi yang peliknya mak su, solat tak pulak ummi nampak dia buat, sedih sungguh , tak pe lah itu antara dia dan Allah

doakan yang terbaik buat ummi ye mak su

julietchun said...

rambut sama hitam hati lain2 kan

julietchun said...
This comment has been removed by the author.
nanaruzana said...

ntah la maksu...selalu macam tu...

aloy_paradoks said...

dunia ada caturannya..

Mak Su said...

tq, tq...and sorri...saya membosankan uols.... huhuhu

puterikurekure said...

maksu menceriakan hari saya dgn cerita2 maksu. mana ada boring. heheh~

HEMY said...

sy dapat gak..mak su baca kan entri dajal saya..hehehe..

tp mmg susah la nk suh org byar zakat walaupun skit..ramai yg saya nasihat..tp tak byar pn

annfrendly said...

OMG... payahnya nak deal gan orang camtukan... ish..menakitkan hati...