Alamak! Posting aku yang bertajuk hobin jang hobin adalah sangat mengelirukan, patutnya aku highlightkan, itu adalah metafora. Minta maaf atas semua salah faham, tapi aku tetap berterima kasih, alhamdulillah banyak-banyak, ramai sebenarnya yang prihatin kat dunia blog ni. Hanya segelintir orang di dunia nyata yang masih mengamalkan "apa aku pedulikan hal kau......! huh! tak tahu malu mahu minta simpati".
Aku menangis teresak-esak hari selasa petang, sendirian.... sedangkan keliling aku ramai manusia... hebat kan.. Apa kata mereka? tentu mereka kata, "nangis? bila nangis? tak sedar pun".
Iyalah, engkau kan... berprinsip, "aku jaga hal aku, engkau jaga hal engkau, aku manusia sempurna ciptaan Ilahi, engkau banyak onar, aku tak kawan engkau sebab engkau adalah a bosan human being". Kata maksu: Iyalah, teruskanlah. Moga engkau terpelihara dari memerlukan pemerhatian orang ataupun kasihsayang orang.
Lagipun, takkanlah aku si tua bangka ni tak nangis terjerit-jerit golek-golek di atas lantai tatkala dapat berita tentang seseorang yang berada di ijn, dalam kepayahan. Maka sebenarnya, "hobin jang hobin" dan "mak dan abah" adalah berkenaan perasaanku terhadap orang yang berada di ijn itu. Buat perkongsian bersama, aku mempunyai rasa yang super sensitif terhadap penderitaan orang lain. Dan biasa mendapat alamat-alamat yang tidak enak untuk dikongsikan dan tidak bagus untuk dicakap-cakapkan.... cuma boleh harap nauzubillah, ianya adalah tidak benar belaka biarpun kebiasaannya adalah BENAR BELAKA.
Semalam di ijn, aku berasakan senyumanku sungguh kelat dan gurau-sendaku bersama keluarga dia adalah sangat pahit, sepahit tiub-tiub, ubat-ubat dan wayar-wayar bak jalinan broadband di keliling katilnya. Kasihan kepada anak kepada si anak of mak dan abah, kurus-kurus dan kelat belaka senyuman mereka :(
Malangnya ada aliran air sungai yang tidak bisa dipotong oleh apapun bagaikan telah terpotong; mungkin kerana kesibukan duniawi. Maka tiadalah masa mereka itu untuk melawat dia yang terlantar unconscious di ijn selepas lebih 60jam pembedahan open heart. Sudahlah dibedah, kena serangan "tarik" pula!
Tak terbayangkan keperitan........
Takutnya dia tentu tidak terkira, kalaulah ada doa mak dan abah mengiringi anak mak dan abah itu ke dewan bedah haritu.........
Dating yang aku rancangkan di awal june haritu tidak menjadi kerana kesibukan masing-masing memberi support untuk perkahwinan-perkahwinan, aku ke utara, dia ke selatan.
Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.
© 2010 Hakcipta Terpelihara.
24 comments:
JGN NANGIS2 OK..
COOL..
SEMUA INI DUNIA...
>>___<<
...
JANGAN LUPA MAKAN TENGAH HARI OK!!!!
>>_____________<<
penyu menangis..... siapa yg tahu....
thanx farid, misti nangis, bila terkenangkan mimpi itew, dan petanda itew.... tak leh tahan
kakngah, ya...
susah nak cari kawan yg bole nangis sama2..
huhu
menangislah lagi..semoga tangisan itu akan meredakan beban perasaan yg ditanggung walaupun cuma seketika
:(
biar takde kawan janji ada airmata....
kerana dia setia disamping kita waktu kita perlukannya..
betul tak maksu....
speechless..
tahu apa itu 'kesedihan melihat penderitaan org lain'..
tahu apa itu 'rasa perit mendapat perkhabaran yg pahit'..
dan tahu.. ada manusia yg bukan matanya yg buta tapi HATI DI DALAM DADA...
maksu teruskan sikap prihatin itu, biar airmata itu membasuh kekotoran dosa dunia dan memberi kelembutan pada jiwa agar sentiasa insaf dan redha..
semoga segalanya berjalan sempurna dengan kehendak Ya Rabb..
tq makdara terdiva, ain, kaktiny
sabar itu pahit tapi buahnya sangat manis.
banyak banyak bersabar mak su..
begitu hidup ini seringkali teruji...sabar ye akak :)
salam bertandang
petang..moga harimu
ceria dan gembira
جزاك اللهُ خيراً
banyak bersabar ye mak su,
doakan semoga beliau cepat sembuh, amin
mimpi dan petanda itew teruk sgt ke mak su.
moga org yg brada di atas katil tu cepat sembuh.
p/s: jgnlah dipotong air sungai yg mmg x leh d potong.
kalau saya menangis..
tak payah berejam.. mesti orang dah tau.. sebab mata cepat bengkak/sembap.. bahana mmg kuat nangis dari dulu
doakan agar dia di IJN itu mendapat kesejahteraan Allah SWT jua, diberikan kesihatan dan keuatan untuk emnghadapi dugaan duni.. InsyaAllah
Jangan putus doa ya maksu
tq julietchun, cik pah, soffya, zulkbo, ummi, zue, yan, zar :D
(senyum juga, biarpun kelat)
begitu kah? alamak..tak tahu sey sanggup ke tidak nak menatap nya..saya ini jam lagik sensitip... oleh krn saya muda belia lagi, besar kemungkinan sya akan menangis tergolek golek lah maksu... camno?
oliveanna, ekau nangis golek2 boleh? nanti maksu cemat ekau yo....
mak su..tak terkata..kawan tu..
kalau menangis boleh meredakan perasaan .. teruskan la..
maksu..saya lagi mudah nangis...sgt mudah
tgok drama tivi entah apa2 pun boleh semangkuk airmata..hehe
setiap n3 maksu, semuanya punye makna tersurat dan tersirat.. :)
hmmm..tak tahu la kenapa..tapi sejak umur meningkat ni...pantang tgk org nangis..sure akan bergenang2 air mata sendiri...padahal tak tahu hujung pangkal pun..iskkkk
oh ya...tabahkan hati mak su! semoga dia beransur pulih!
takpe.. menangis je klu nak.. bkn tanda kita lemah kan, cuma tanda kita masih ber'hati' dan berjiwa..
Post a Comment