Tuesday, May 11, 2010

Tahniah kepada pasukan kawad kaki KRS

Pada hari Sabtu lepas, seperti diberitahu, ketiga-tiga anakku yang menganggotai KRS telah berada di tempat pertandingan seawal 7.30am. Ini kerana pasukan mereka, KRS perempuan, akan mengadakan persembahan pertama.



[dok gelak-gelak sebelum pertandingan bermula]


[sudah kena betulkan barisan]

[sila berdiri dengan cermat dan tegap ya]

[ha, macam tu lah, dongak, jangan tunduk pandang ke lantai, ni nak kawad, tapi kalau nak lalu depan mertua, kena tunduk hormat ya]

[yaahhhhh, caiyuk caiyuk, mulakan langkah, Serentak!]
[ini pula adalah pasukan KRS lelaki]

[tahan panas tu, anggap sebagai ujian]

Hasilnya, kedua-dua pasukan dapat tempat ke tiga. Satu peningkatan, pada tahun 2009 - pasukan perempuan dapat no. 8, sementara pasukan budak-budak laki-laki dapat no. 13. Tahun depan cuba lagi :)

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

7 comments:

Jard The Great said...

tahniah.. tak sia2 berlatih di bawah panas matahari.. ehehe

Mak Su said...

tq jard :)

kak Erna said...

tahniah untuk anak2 mak su jugak..mak su pi tengok ke..akak ni kan..ada satu alahan..tak bolih tengok anak beraksi..dari kecik sampai kebesar..kalau pi tengok mesti nangis,..tu yang malas tu..malu..

xiiinam said...

Tahniah anak-anak...



Kulit 'sun-burn' tak berlatih berhari-hari?

Anak sulung cklah dulu, masa darjah 6, bertanding di peringkat kebangsaan di UUM, sampai sekarang kulit gelap....sekarang dah ting 5(salahkan matahari..he..he..)

shasha said...

rajinnya mak su~..dah la sekarang ni cuaca panas sgt2...

makdara terdiva said...

Mak su...ade smart TAG utk maksu

Sierrauniform said...

bersemangat 3 beradik masuk kawad..bleh ni pelapis2 bakal tentera lagi 10 tahun..:)