Tuesday, May 18, 2010

Sudah terima kad jemputan kahwin dari ieyna

Terima kasih cikgu ieyna atas kesudian jemput maksu meraikan hari berbahagianya, bertemu jodoh dengan buah hatinya pada 5 Jun 2010 nanti.

Malangnya tidak dapat hadir kerana jadual untuk bulan Jun ini, sudah pun penuh.


5 Jun, anak buah paksu diakad-nikahkah di Selangor
6 Jun, anak buah aku berakad-nikah di Johor
12 Jun, anak buah aku (yang lain) berakad-nikah di area Ampang, tapi katanya majlis kecil, maksu tak perlu datang meramaikan. Oh... so nice of you for not inviting me. Thanks, jimat duit minyak
12 Jun, anak buah paksu yang kahwin pada 5 Jun dihantar ke rumah lelaki di Perak
13 Jun, anak buah paksu (yang lain) diakah-nikahkan di kampungnya di utara Perak nun.
18 Jun, anak buah saya (yang 12 Jun ampang) berkenduri di rumah parents yang telah beli rumah di sanun nun.

19 Jun, 26 Jun, 27 Jun, aku pandang kau, kau pandang aku, kita sama-sama gigit jari sambil garu kepala sebab poket menipis, wakakaka.

Saya nak ucap terima kasih kat r@tn@, sudi follow blog ini.

Buat Ieyna, maksu thinking-thinking how..... hhmmm, susah gaks ni... tak apa, whatever it is, yang paling penting sekali....maksu doakan kebahagiaan buat Ieyna dan cik abang sayangnya :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

10 comments:

shasha said...

pening pening ek....

Mak Su said...

hehehe, shasha, penin nak fikir map ;)

embun d tengah malam said...

banyaknya aktiviti maksu

DrSam said...

salam maksu. lama tak singgah sini. tengok jadual mak su memang padat betul.

HEMY said...

wah..penuh jadual bulan 6..sy terpaksa kata awal2 kat kawan2 yg kawin bulan 6..sbb sy honeymoon

rynas said...

wah maksu cam YB pulak jadual lawatan kampung dah penuh..hehhe

sekamar rindu said...

salam..

selamat pengantin baru buat ieyna.
moga kekal hingga ke akhir hayat

puterikurekure said...

oh. saya pon tgh pening pikir bajet bulan depan. huhuhu~

Bro Framestone said...

bro masih xsempat nk plan kenduri kahwin yang dijemput..

pagi2 td bro terima call dari mak angkat di perlis suruh dtg kenduri...

selamat die ada simpan no tepon bro..tp nie kan no baru bro

BroFramestone Blog

IEYNA said...

uhuk uhuk...
sedey maksu xdpt dtg majlis saye...