Thursday, May 6, 2010

Siapa kata menggalas batu itu mudah?

Adakalanya aku menjadi sebal dan sebu bila berhadapan dengan orang yang penuh amarah, hidup sentiasa tertekan, mata berapi-api. Mereka ini sentiasa melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap orang lain. Yang menjadi mangsa selalu adalah orang bawahan @ orang yang bertugas menolong orang. Mentang-mentanglah dikalahkan oleh kuasa, kedudukan kewangan, pangkat, harta :(

Adakalanya aku menjadi simpati kepada mereka yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan tetapi tidak tahu cara untuk melepaskan diri, aku lihat mereka itu bagai hidup dalam keadaan terbelenggu, tidak lepas bebas, fikiran terkurung dalam musibah.

Iya, aku mengaku, aku bukan manusia sempurna, aku tertekan juga, tetapi ... malaslah nak fikir dan layan perasaan dukacita. Lebih baik diteruskan saja perjalanan hidup yang singkat di atas dunia ini dengan sebaik mungkin, walaupun mungkin diri aku ini bagaikan pulut-pulut yang mengganggu di seluar mahupun skirt sesiapa... huhuhu, dah tersedihlah pulak... padahal nak cerita lain.

Lihat ni, karangan Imam Ghazali, buku Mau'izatul Mukminin, aku ambil sebaris dua petikan:

- Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan merasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

- Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Jagalah jangan engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sekali-kali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda marahmu ucapkanlah isi hatimu dgn baik.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

14 comments:

zaidharis said...

hidup dalam sangkar perasaan,
:)

PnConfused said...

dah lama ISlam tunjukkan jalan, kita ja yg xtau..





nabi kata, kalau marah dan masa tuh tgh berdiri, duduk.. kalau masih marah, baring... kalau masih marah cpt2 p amek wudhuk...



maksu... esastera? :)

Mak Su said...

zaidharis :)

pnconfused, betul tu, ikutlah jalan terbaik yg ditunjukkan buat kita

zaidharis said...

Off topik,
Maksu tinggal area KL/Selangor?

Ke orang Utara?
hehe~

makdara terdiva said...

saya paling takut org marah pastu tengking2..rase nak menangis..huhu..mgkin sebab jiwa saya lembut..haha!

thunbergia said...

kita kawan kanns,

salamm,

Cik Pah said...

tulah sebab. biler nak marah atau berprasangka buruk.. kene cepat cepat beristigfar

Diarihatiku1976 said...

setiap kali nak marah..istigfar je byk2..

Tihara said...

hari tu saya terjumpa buku Imam Ghazali..tetiba tak cukup pitih nak beli..rugi nyer rasa..

Mak Su said...

zaid - dah jwb kat sinun

tb, of course :)

cik pah, diarihatiku1976, benar

tihara... alahai..tak per, tentu lepas ni ada rezeki

Zareda Norman said...

mak su

life goes on.. so teruskan melangkah walau apun terjadi

Mak Su said...

zar, benar... whatever it is, perjalanan hidup harus diteruskan

Kaseh NazLieza said...

ikut jalan agama insya Allah mnjanjikan yg tbaik...

p/s:inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

shasha said...

owh...sgt tak best marah2...tak ceria ok hidup dgn emotional nih...