Monday, May 31, 2010

Seikat lidi adalah teguh

Pernah masa kecil dulu, arwah mak mengajar saya yang seikat lidi penyapu adalah lebih teguh dibandingkan dengan sebatang lidi penyapu. Dia pula telah diajar oleh siapa agaknya.

Saya ada juga beritahu pada anak-anak, bahawa rezeki bukan di tangan manusia, rezeki di tangan Tuhan, tiada manusia yang boleh memberikan mudarat kepada manusia lain.

Tapi andainya perkara yang kita harapkan rancangkan tidak menjadi, bumi Allah ini besar.

Saya kata, mungkin pada suatu hari nanti, saya akan duduk di rumah dan menunggu mereka pulang dari bekerja, saya akan memasak makanan yang lazat-lazat dan ayah mereka, paksu chot balik ke rumah dengan hati yang senang, kerana rumah berkemas bersih.

Seandainya itu terjadi, apakah tindakan mereka?

Kakngah kata tak perlu khuatir, sedangkan sekarang pun dia dah mula mencari rezeki secara sambilan, mengikuti seorang jiran kami menjual sayur-sayuran dan ikan-ikan di pasar tani.

Gambar di atas tu adalah dari handphone kakngah, pemandangan di pasar tani. Sekali kakngah pergi, dapatlah upah antara RM20 - RM40.00.

Terima kasih.

Buat masa ni nampaknya, kakngah memang matang dalam hal ni, saya selalu cakapkan padanya, sentiasa tenang dan jauhkan sifat melatah dalam diri.

hhhmmm, begitulah....entahlah, tak tahu apa nak diceritakan lagi.... we see how.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

14 comments:

Aleeya said...

kak ngah pandai bedikari yer..

kakngah said...

kali pertama saya cr duit poket, ms lps PMR. keje kilang mamee..

nabilah_2908 said...

hmm..bagus la..dari kecil kak ngah dah tau betapa susah nya unutk mencari duit..pengalamn ni akan membuatkn dia berjaya dlm hidup 1 hari kelak.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
IKAN SWEETSOUR & SUP TULANG

shasha said...

mak aih...kagum dgn anak2 mak su....

aNIe said...

Anak2 kena diajar bahawa rezeki itu mesti dicari...bukannya dtg bergolek...anak2 akak dulu pun kalau masa tunggu keputusan membuat kerja sambilan...lepaslah untuk tanggungan diri sendiri

DrSinga said...

simpan di ASB ya...
:)

Ummi batrisya dan damya said...

mak su,

apasal masalah kita sama, ummi pun tengah fikir macam tu, dok rumah, kemas rumah bersih2 dan concentrate dengan belajar

dah habis belajar yang ini, ummi nak sambung belajar yang itu pulak

pening2 kepala mak cik skrg ini

kakpah said...

anak2 yang belajar mencari rezki pandai menilai betapa susahnya mak bapak cari duit.
hmm.. simpan duit tu sikit kakngah, haha..

PnConfused said...

wah2... syabas kakngah...

atty's said...

bAgusnya kak ngah .pandai cari duit sendiri .nanti simpan kat bank tau

HEMY said...

bagus..sudah pandai berdikari...sama mcm zaman sy sekolah dulu..huhu

KAKTINY said...

betul.. bumi Allah ni luas maksu..
walaupun satu hari nanti maksu duduk di rumah, masak dan tunggu anak2 dan paksu chot balik.. tapi masih ada gak yg boleh dilakukan..

buat kuih, kek, nasi lemak ker, letak kat kedai... ada gak hasilnya.. duduk umah pon kena kreatif, ramai blogger yg berjaya dgn duduk umah.. makan gaji ni tak menjanjikan apa2..
(sungguh, saya teringin nk buat kerja dari rumah.. tapi, dh o-som ngan husband.. dia yg berhenti kerja dan buat kerja yg tak terikat dgn masa pejabat...)..

Tihara said...

wahh..kagum saya dgn kak ngah..dia memang matang..ada potensi berjaya di masa depan..Insya Allah ;)

Mak Su said...

terima kasih semua... :)