Wednesday, May 26, 2010

Nak berjalan malam

Cuti penggal persekolahan akan bermula di awal Jun ini, sebenarnya dah banyak kali anak aku, si kak lang tu ajak ke Zoo Negara, zoo malam. Last pergi pun masa dia berumur 3 atau 4 tahun kot.

Tunda punya tunda punya tunda, bila aku survey di internet nak tengok kadar bayaran masuk; aku dapati yang zoo malam tak ada, yang ada cuma zoo siang. Kata orang yang menjawab telefon tadi, kalau tak silap dia, pihak pentadbiran zoo dah hentikan zoo malam sejak bulan Mei atau Jun tahun lepas.

Bayaran masuk pun adalah RM25 untuk pemegang MyKad dan RM9 untuk pemegang MyKid. Rasa macam nak menyelinap masuk kat situ jer. Tapi kalau pergi ke Kuala Gandah tengok gajah pun seronok agaknya. Tak tahu lagilah, nak kena panggil mesyuarat tergempar ni... buat keputusan secara beramai-ramai. Dah boleh bincang dengan anak-anak dah, anak-anak pun dah besar, kecuali w, masih nak pesan gula-gula setiap kali menelefon dia :D

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara
.

38 comments:

julietchun said...

jgn menyelinap masuk kot kandang buaya atau singa dah ler,eheheheheh

Aleeya said...

sama cam damia..nk balik keje je klo kol msti suh pesan beli air kotak la, sweets laaaa

Alynn Notnot said...

waaaaaa dah lame tak jalan2 kat zoo! :(

HEMY said...

wauu...mahalnya..rasa dulu seploh ke 15 je...demmmmm

Chik chuMeLL said...

kuala gandah pilihan terbaik!!chik suka gi sana..mandi dgn gajah..hehehe

[-suziey-] said...

hiks..sy xbape minat p zoo..sgt jarang..ade la 2-3 kali pegi..

[-suziey-] said...

hiks..sy xbape minat p zoo..sgt jarang..ade la 2-3 kali pegi..

Mak Su said...

julietchun, hihihi, mesti hati2

aleeya, depa sekarang ni pandai memesan ek

alynn, kena ler gi lawat skali-skala ;)

hemy, iya ler, terasa mahai gaks tu

chik chumell, ada gaks perancangan

suziey, maksu ni lebih nak melayan anak2 jer ni

nabilah_2908 said...

lama betul tk masuk zoo...kali terakhir..3 thn lepas kot..tu pun sebab di hantar buat praktikal kt situ..huhu.. :)

pergi zoo...best..tp penat nk berjalan..:)

jom ke APA KATA HATI pulak,
WORD VERIFICATION

NaNaJoe said...

mak oi da mahal..lat nana g rm15 seorg..ehhehe~~

silbi abigail said...

alang2 berjln.. g la night safari spore.. berbaloi! nak arapkan zoo negara pun, mcm nilah jd lah..
http://www.nightsafari.com.sg/

PnConfused said...

ari tuh pergi dh nk tutup...


byk kali nak pegi.. xpernah2 dpt masuk.. huhuhuhuhu

azq said...

awal tahun hari tu saya pegi zoo johor, RM2 je tiket masuk tau! hahahhahah... tapi tiket zoo negara makin mahal yek skrg, iyelah, bahan makanan semua dah naik harga..

Rozita said...

entrance fee yg sungguh mahal...
adakalanya rasa buang duit je..masuk setengah jam ....pastu keluar.

puterikurekure said...

zoo negara memang mahal. tapi bila pikir2 kan diorang kena bagi binatang2 tu makan, nak maintain facilities tu semua, kira reasonable la jugak.

zoo taiping rm15 tak silap.

w masih minta gula2? alolo...comel je. tapi maksu jgn bagi dia makan gula2 banyak sangat tau. kang abis luruh semua gigi macam adik saya tu. sib baik gigi dia mau tumbuh balek. hehehe~

Mak Su said...

nabilah, lebih baik gi bukit broga, penat berjalan, paha pun cantik, oops! :)

nanajoe, iya ler, mahai dah, terasa sungguh

silbi, alamak, situ mmg best

pnconfused... awat ek... take a break kot

azq, rm2 jer? sohih , my next trip

rozita, iya ler, rasa mcm ralat

puterikurekure, zoo taiping malam, mmg dlm agenda nanti... :). kalu gigi tak nak tumbuh, kasik gigi pelesu, ahaks

annfrendly said...

mahalnya nak masuk zoo...
teringin nak gi..
last pegi masa umur 6 tahun..
sekarang dah 24 tahun..
lamenye tak gi..
nak follow maksu gi zoo la..hihiiikk

embun d tengah malam said...

rasanya dan bebelas tahun tak masuk zoo..hehehhe

KAKTINY said...

tiny ingat lagi pegi zoo musim cuti 22 tawon yg lampau...
zoo meriah giler.. s
iap ada big chicken KFC teman naik tram.. flaminggo berterbangan sampai ke atas jalan..
skrg.. NAN ADO!!.. mmg tak best!!... huhuhu..

baik tgk astro!..

Mak Su said...

ann :), skrg rasanya nak gi bukit broga or kuala gandah :)

embun d tgh mlm, last masa sekolah kot

kaktiny ;)

Ummi batrisya dan damya said...

jom datang taiping, ada lagi zoo malam :)

Zareda Norman said...

mak su
kuala gandah memang best.. cubalah pasti tak kecewa...

Datin El said...

salam maksu

dah lame sungguh tak jejak zoo entah ape kbr binatang kat dalam tu..hehe..anak2 dah besar panjang mase dorang kecik2 dulu slalu gak meronda dizoo negara..slmt bercuti buat anak2 maksu ye..

Tihara said...

tak penah pegi lagi zoo..semenjak kecik sampai dah tua bangka..saya tak penah gi zoo negara..ngaku siap2..hukhuk

kak ina kl said...

dah lama tak gi zoo..dulu masa kerja guru tabika..tiap-tiap tahun gi zoo..sampai jelak dibuatnya

Yunus Badawi said...

Kalau nak pergi zoo malam bolehlah ke zoo Taiping. Tapi weekend aje. Lepas tu boleh pergi Bukit Larut dan makan mee udang di Kuala Sepetang.

Baru cuti betul tu mak su.

tasekM said...

kitorang pun dh lama tak gi sana su...



.

kak Erna said...

mak su..akak lagi la..dah 20 tahun rasanya tak pergi zoo negara tu..yang akak bawak budak2 pi zoo melaka..yang malam pulak dulu bawak ke taiping..

xiiinam said...

Baru2 ni cklah sekeluarga bersafari night di zoo Taiping...


Huh..apa benda pun tak nampak....ambil gambar tak dibenarkan guna flash!

shasha said...

suka sgt night safari kat zoo taiping..terbaik!!!

LiNda said...

Sayakan, kalau gi zoo bawak bekal . jimat belanje . hahah


Pernah gi zoo taiping night . Memang besh . tapi menyeramkan ...

Uncle Lee said...

Hello Mak Su, is Zoo Negara still at Ulu Klang? My last time there was in the '60s....as it was very near to Merdeka studios where I had relatives and friends working.
Have fun, best regards, Lee.

rynas said...

maksu zoo taiping ada night Safari..best...

MOKCIK AZWA said...

Kalau dulu ada kerja kat Taiping, cik abe akan bawa anak2 pi meronda2 ke zoo Taiping sementara tunggu mokcik abis kerja hehehe..suka tengok orang utan yang besarrrr itu...hehehe

atty's said...

zoo salah satu tmpt selain swimming pool yang firdaus suka..
cuti sekolah dia ajak pegi muzium .nengok .pameran keranda.

Bro Framestone said...

lagi mahal dari zoo taiping he...23x

ada masa jom mak su he..23x

BroFramestone Blog

OliveAnna said...

maksu..kalau nak g..sound2 lah..mana kok kene time..bajet pong ok.. leh sey join sekali anak beranak.. tapi.. dewasa nya..apsal mahal sgt!!! ekk3 g klcc aqua pong ok...pong mahal.. tapi kids below 3yr foc.. ingat nak bwk lah anak2 b4 umur lebeh 3... wakakakakkakaka

Mr PenyuBiru said...

suatu masa dulu diorang pernah buat online streaming. tapi skang tak tau ada lagi ke tak.