Sunday, May 30, 2010

My wish

Orang kata buat wish di wishing well, kebanyakan well yang saya jumpa adalah blinded well (perigi buta).

Tak apalah, saya minta doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, murahkanlah rezekiku, supaya aku tidak menyusahkan orang, dan aku perlukan barang-barang ini juga, untuk mencapai matlamat dalam memajukan diri sendiri, seterusnya untuk kebaikan ahli keluargaku... amin ya rabbal alamin"

Saya perlukan suatu kelengkapan capaian internet untuk memudahkan saya berblog di mana dan dari mana saja waima sedang buat apa pun walaupun di dalam bilik termenung, (tegarlah katakan), tapi saya masih dalam kebuntuan bab bajet (biasalah tu), keperluan yang bersesuaian dengan spesifikasi saya.

desktop kah laptop?
iphone kah blackberry?
macamana dengan printer? printer colour kah printer biasa?
kamera digital kah kamera dslr?
mpv kah sedan? (anak semua perempuan, ada 4 orang)
asb kah unit trust?
personal insuran kah trust fund?

untuk cita-cita saya untuk duduk di rumah pula:
berniaga barang kering seperti kain baju handbeg telekung kah ataupun barang makanan seperti kuih raya, homemade jem/kaya, cookies?
mencuba menulis novel kah ataupun membuat blook?
hantar puisi ke majalah kah ke suratkhabar?

eh.... bertambah panjang pula list ni. Mula-mula tadi sebenarnya saya nak minta pendapat, patutkah saya dapatkan laptop atau desktop? iphone atau blackberry.... melalut pula, hehehe

Buat semua rakan-rakan, tolong berikan cadangan, komen ya.... duitnya belum pun nampak lagi, buat masa ni, saya pasang angan-angan saja dulu, kadang-kadang kesian dengan anak-anak pun ada, nak kena cari gambar ataupun maklumat di internet, cc pula tak buka (pekedai cc tu buka cc bila-bila masa dia suka saja, freelance cc kot).

Saya pula, saya suka kalau dapat berblog 24 jam, dengan capaian internet yang laju mengalahkan kapal angkasa yang naik ke angkasaraya yang membawa pelancung angkasa.

Semua coretan adalah hakmilik Mak Su dan tidak boleh diulangsiar oleh sesiapa pun tanpa keizinan dari Mak Su.

© 2010 Hakcipta Terpelihara.

13 comments:

Tie said...

Maksu, beli desktop laa... sesuai utk anak-anak nak buat kerja sekolah tu. Sekarang ni sibuk dengan scrapbook dan kerja khusus, kan...

Pastu beli printer colour yang boleh scan dan photostat tu.. senang. Tie beli jenis Hp1315 all-in-one. Harga dalam RM200++. Kalau nak xerox tak yah pergi kedai. Anak2 Tie tu selalu guna untuk sekolah.

Maklumlah sekarang ni cikgu suruh xerox je, tak perlu lukis2 macam kita dulu-dulu. Cuma inknya mahal sikit. Tie cuma print yang betul2 perlu je. Tapi, tahan lama kalau kita cermat.

Ain said...

terpulang dekat budget mak su sebenarnya.....

kalau ada budget lebih takde masalah nak beli lappy, tapi kalau budget kecik jer beli desktop pun dah kira ok....

janji boleh online kan....

xiiinam said...

...pening membajet ya maksu!

Chik chuMeLL said...

laptop bleh dibawa kemana saje...dlm selimut pn bleh berblogging...:D

rynas said...

maksu desktop tak leh bawa ke bilik termenung kalau laptop ke mana2 sahaja boleh dong aahh..

kak Erna said...

salam mak su..dulu akak guna desktop..dah dua kali beli..dua2 rosak..kan dulu gomen bagi loan supaya setiap rumah ada komputer..rosak....dah malas repair..beli pulak..masa epf bagi keluar duit..pun rosak juga..last ni..akak beli laptop je..senang sikit nak bawak kekedai..alhamdulillah..o.klagi..sehingga kini..miudah2an..selamat dan tak meragam la dia...

qyme.fuz said...

laptop senang sikit nak bawak maksu.
tapi blackberry complete.ok jugak.

silbi abigail said...

sbaiknya.. desktop dan iphone la.. kunci pintu rezki, brdoa agar dpt myempatkan diri/punya waktu tuk beribadah, mnolong org lemah/susah, byk istighfar, tinggalkan yg dosa dan tunaikan hajat org len..

zino said...

sekarang ni orang gilakan ipad hehe

shasha said...

desktop la mak su...anak2 leh tumpang guna sekali..kan?

HEMY said...

alang2..amek netbook...anak2 pun leh pakai..hehehe

Chik chuMeLL said...

mak su......meh2 amik award kt blog chik ye..

http://thegreatillusions.blogspot.com/2010/05/weeheeeeaward-lagiiiii.html

Chik chuMeLL said...

mak su......meh2 amik award kt blog chik ye..

http://thegreatillusions.blogspot.com/2010/05/weeheeeeaward-lagiiiii.html